Haji
Kumpulan Terakhir Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di KLIA
Lembaga Tabung Haji (TH) telah selesai Fasa Kedua Operasi Haji dengan ketibaan kumpulan terakhir Jemaah Haji Malaysia KT68 seramai 475 orang menerusi penerbangan carter MH8383 pada 4.10 pagi tadi.Para jemaah tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 1:58 petang waktu Arab Saudi (12 September 2019).
Kunjungan Hormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Ke Tabung Haji
KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan kehormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah dan delegasi dalam lawatannya ke Menara TH Tun Razak Kuala Lumpur.
Dr Tawfiq Al-Rabiah memuji TH sebagai institusi Islam contoh yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam pengurusan haji. Beliau turut melapangkan masa berbincang dengan pihak Pengurusan dan bertemu dengan warga kerja TH.
Kuota Haji
Kuota Haji Malaysia
Penetapan 0.1% kuota haji daripada jumlah penduduk Islam sesebuah negara berdasarkan keputusan persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (Organisation of Islamic Cooperation – OIC) atau OIC pada tahun 1988 di Amman, Jordan.
Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi 1445H/2024M.
Kursus Haji
Kursus Haji adalah salah satu usaha TH untuk memberikan persediaan yang secukupnya kepada bakal-bakal haji dalam aspek ilmu agama terutama dalam ibadah haji. Kursus haji terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu Kursus Asas Haji (KAH), Kursus Intensif Haji (KIH), Kursus Khas Haji (KKH) dan Kursus Perdana Haji (KPH).
Kursus Perdana Haji (KPH) Peringkat Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR, 20 April 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Kursus Perdana Haji (KPH) Peringkat Wilayah Wilayah Persekutuan 1445H/2024M dan dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Naim Bin Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Wilayah Persekutuan.
Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 15 Mei 2022 - Lembaga Tabung Haji hari ini, mengadakan Kursus Perdana Haji bagi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari ini yang bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Haji.
Kursus ini merupakan kesinambungan daripada Kursus Asas Haji yang dianjurkan TH sebelum ini. Kira-kira lebih 400 orang bakal haji menyertai kursus ini yang memfokuskan pelaksanaan ibadat haji secara praktikal.
Langkah Persediaan Latihan Kecemasan Kebakaran Untuk Bakal Jemaah Haji Di KLIA
Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Latihan Kecemasan Kebakaran di Bangunan Satelit, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai langkah memastikan pergerakan jemaah haji negara teratur sekiranya berlaku insiden kebakaran ketika Operasi Haji Tanah Air 1440H/ 2019M. Latihan ini diadakan sebagai langkah persediaan dan menguji tahap keberkesanan lapangan terbang tersebut mengendalikan insiden kecemasan.