Happy family
Apa Itu Istito’ah?
Istito’ah bermaksud anda sudah bersedia untuk menunaikan Haji, bersedia dari segi perancangan, keupayaan dan ketenangan diri.

Kesediaan ini dilihat melalui empat aspek utama, supaya perjalanan Haji dapat dilaksanakan dengan tenang dan teratur. Ia bukan sekadar sampai ke Tanah Suci, tetapi benar-benar bersedia untuk menunaikan rukun Islam ke-5.

Asas Istito’ah Dalam menunaikan rukun Islam ke-5

Surah Ali ‘Imran, ayat 97
“Dan (antara) kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadat Haji ke Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepada-Nya.”

Ketahui Konsep 4K Istito'ah

Kewangan

Simpanan anda mencukupi untuk menampung kos Haji tanpa menjejaskan keperluan diri dan keluarga.

Kesihatan

Anda berada dalam keadaan fizikal dan mental yang baik untuk menjalani perjalanan dan ibadat Haji dengan selasa.

Keselamatan

Perjalanan anda terurus dan dilindungi, supaya anda dapat beribadat dengan tenang tanpa kebimbangan terhadap diri atau harta serta terhindar daripada sebarang wabak penyakit.

Kebenaran & Kuota

Anda memenuhi kelayakan Haji dan terpilih mengikut kuota serta ketetapan semasa.

Perjalanan Teragung Anda, Amanah Kami.

Keempat-empat aspek ini membantu memastikan apabila tiba waktunya, anda melangkah ke Tanah Suci dengan yakin dan bersedia.

Mulakan Dengan Langkah Pertama

KIRA SIMPANAN HAJI ANDA DI SINI