Rayuan Haji

Objektif utama rayuan haji adalah untuk memberi peluang kepada bakal haji yang bukan dalam giliran tahun semasa agar mereka berpeluang menunaikan haji pada tahun tersebut.

Rayuan haji disediakan sebagai saluran bagi bakal haji untuk mengemukakan rayuan atas sebab-sebab tertentu untuk menunaikan haji lebih awal daripada tahun yang diperuntukan semasa mendaftar haji.

Merit Rayuan Haji

Pertimbangan rayuan haji adalah tertakluk kepada kekosongan tempat dan berdasarkan merit tertentu, seperti berikut:

1

Rayuan mahram bagi isteri atau suami kepada jemaah yang terpilih

2

Pengiring bagi bakal haji lanjut usia yang terpilih

3

Pengiring bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang terpilih. Bayaran haji bagi kategori ini adalah mengikut kadar bayaran haji asas yang terpilih.

4

Rayuan lain yang memenuhi kriteria merit, termasuk:

  • Purata simpanan 5 tahun
  • Tempoh pendaftaran haji
  • Faktor umur
  • Kekerapan rayuan haji, dan sama ada pemohon pertama kali atau pernah menunaikan haji
  • Kehadiran kursus haji (Bayaran haji bagi rayuan yang diluluskan adalah mengikut kos penuh bayaran haji)

Ingin membuat rayuan Haji?

Anda boleh membuat rayuan melalui THiJARI

Soalan Lazim

Soalan lazim tentang rayuan haji, sila baca di sini.

Kenyataan Akhbar Rayuan Haji

Muat turun Kenyataan Akhbar Rayuan Haji 1446H/2025M, muat turun di sini.