Hibah Amanah

Hibah Amanah TH merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela dan tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.

Harta Hibah Amanah ini akan dipegang oleh Pemberi Hibah Amanah yang bertindak sebagai Pemegang Amanah. Jika Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu, harta tersebut akan diserahkan kepada warisnya.

Hukum hibah adalah sunat yang dianjurkan dalam Islam, berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”

(Surah Al-Nisa’: 4)

“….dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya”

(Surah Al-Baqarah: 177)

Rukun Hibah

Terdiri dari lima (5) perkara iaitu

1

Pemberi hibah (Wahib)

2

Penerima hibah (Mawhub lahu)

3

Harta yang dihibahkan (Mawhub)

4

Sighah (Ijab dan Qabul)

5

Penerimaan hibah (Qabd)

Konsep Hibah Amanah

Empat (4) konsep utama Hibah Amanah TH ialah seperti berikut:

1

Perkhidmatan berlandaskan Syariah yang menggabungkan konsep Hibah dan Amanah

2

Pemberian Harta Hibah Amanah oleh Pemberi Hibah Amanah atas dasar kasih sayang pada masa hayat Pemberi Hibah Amanah melalui Suratikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil

3

Pemberi Hibah Amanah merupakan Pemegang Amanah kepada Penerima Hibah Amanah. TH bertindak sebagai Pemegang Amanah Gantian untuk mentadbir dan mengurus Harta Hibah Amanah tersebut

4

Pembahagian dan pembayaran Harta Hibah Amanah dilakukan apabila dituntut selepas kematian Pemberi Hibah Amanah atau Penerima Hibah Amanah berdasarkan baki simpanan semasa kematian pihak-pihak tersebut

Kelebihan

1

Pemberi Hibah Amanah bebas menghibahkan harta hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan beragama Islam.

2

Pemberian Hibah Amanah tidak tertakluk kepada hukum faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menerima harta hibah.

3

Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut hukum faraid.

4

Sebagai suatu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta kepada saudara baru / mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat.

5

Pemberi Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi Pemberi dan Penerima Hibah Amanah masih hidup.

Waris-waris yang berhak

Pendeposit dikehendaki menamakan waris sebagai Penerima penamaan yang berhak mengikut Hukum Syarak.

Pemberi Hibah Amanah TH

1

Pendeposit TH yang mempunyai akaun dewasa

2

Waras

3

Berumur 18 tahun dan ke atas

4

Tertakluk kepada terma dan syarat di bawah Surat Ikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil

Penerima Hibah Amanah TH

1

Warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia

2

Beragama Islam atau bukan beragama Islam

3

Waras (sekiranya tidak waras, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah)

4

Tiada had umur (sekiranya Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah)

5

Tiada had bilangan Penerima Hibah Amanah

Terma dan Syarat

tag1

Hibah Amanah TH adalah pemberian Harta Hibah Amanah oleh Pemberi Hibah Amanah semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang secara sukarela, tanpa paksaan dan tanpa mengenakan sebarang balasan dan berlakunya ijab dan qabul di antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah di mana Harta Hibah Amanah tersebut akan dipegang oleh Pemegang Amanah dan diserahmilikkan kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah. Sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah, Hibah Amanah tersebut akan menjadi harta pusaka Penerima Hibah Amanah yang akan dibayar kepada waris Penerima Hibah Amanah dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga apabila membuat tuntutan.

tag2

Pemberi Hibah Amanah mestilah seorang pendeposit TH yang mempunyai akaun simpanan dewasa, waras, berumur 18 tahun ke atas serta tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam Borang Permohonan Hibah Amanah TH / *Penamaan dan Suratikatan Hibah Amanah.

tag3

Harta yang telah dihibahkan secara sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut hukum faraid.

tag4

Sebagai suatu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta kepada saudara muallaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat.

tag5

Pemberi Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi Pemberi dan Penerima Hibah Amanah masih hidup.

Pembatalan dan Pemindaan

tag1

Pembatalan dan Pemindahan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah.

tag2

Walau bagaimanapun, pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya Penerima Hibah Amanah adalah daripada kalangan anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah yang masih hidup.

Proses Pelaksanaan

Yuran+

RM 190

Syarat-syarat+
  1. Pemberi Hibah Amanah boleh memilih sama ada ingin membuat Hibah Amanah secara keseluruhan ataupun gabungan Hibah Amanah dan Penamaan.
  2. Jumlah keseluruhan peratusan bahagian Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan hendaklah berjumlah seratus peratus (100%). Sekiranya Pemberi Hibah Amanah memilih untuk membuat Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan, mana-mana Penamaan yang telah dibuat sebelum ini adalah terbatal.
  3. Baki minimum yang perlu ada dalam akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit semasa permohonan Hibah Amanah TH dibuat adalah seperti berikut:
  • Baki minimum sebanyak RM1,200.00 sekiranya Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit tidak membuat pendaftaran haji.
  • Baki minimum sebanyak RM1,200.00 dan Yuran Pendaftaran Haji yang telah ditetapkan oleh TH sekiranya pendaftaran haji telah dibuat oleh Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit.
Dokumen yang diperlukan+
  1. Borang Permohonan Hibah Amanah TH/*Penamaan (JP031) dan Surat Kuasa Wakil (boleh didapati di Pejabat Cawangan TH).
  2. Dokumen pengenalan diri Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit (asal dan salinan yang diakui sah).
  3. Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan bagi Penerima Hibah Amanah yang berumur di bawah 18 tahun (salinan yang diakui sah).
  4. Dokumen sokongan Penerima Hibah Amanah yang tidak waras (salinan yang diakui sah).
  5. Dokumen pengenalan diri Penerima Hibah Amanah/*Penerima Namaan/ Penjaga Sah (salinan yang diakui sah).

Nota: Surat Ikatan Hibah Amanah (hanya akan dicetak setelah semua dokumen dilengkapkan dan didaftarkan).