Happy family

Menzahirkan niat suci
mengiringi perjalanan haji

Perjalanan haji bukan sekadar tentang destinasi, tetapi setiap langkah menuju ke sana. Berpandukan pandangan jauh dan pengurusan yang teliti, Tabung Haji mengiringi niat suci anda dengan kejujuran dan tanggungjawab sehingga amanah ini disempurnakan.

Sejarah Penubuhan

image

Logo Korporat

Logo korporat Tabung Haji merupakan asas kepada identiti jenama Tabung Haji sebagai institusi amanah yang membimbing perjalanan simpanan haji umat Islam di Malaysia.

Reka bentuk logo ini diinspirasikan oleh lafaz Talbiyah “Labbaik Allahumma Labbaik”, yang bermaksud menyahut panggilan Allah. Aspirasi ini melambangkan kesediaan dan keikhlasan setiap pendeposit yang memulakan perjalanan haji, serta komitmen Tabung Haji untuk menyambut dan memudahkan perjalanan tersebut dengan penuh amanah.

Logo Tabung Haji terdiri daripada dua elemen utama: nama Tabung Haji dan simbol TaHa (تح). Simbol TaHa melambangkan peranan Tabung Haji dalam mengurus simpanan secara patuh syariah, sambil membimbing pendeposit langkah demi langkah menuju haji dengan lebih teratur dan yakin.

Bentuk simbol TaHa yang baharu lebih tegak dan stabil, mencerminkan keyakinan, keteguhan serta peranan Tabung Haji sebagai penjaga amanah simpanan pendeposit. Sudut yang membulat mengekalkan sifat mesra dan berteraskan manusia, selari dengan pendekatan Tabung Haji yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan pendeposit.

Secara keseluruhan, logo ini mencerminkan satu janji:
Tabung Haji sentiasa bersedia menyahut seruan haji bersama anda, dari langkah pertama menyimpan, hingga ke Tanah Suci.

Penafian: Lembaga Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan kepada syarikat, individu dan orang awam bahawa TH ialah pemilik berdaftar cap dagangan di atas. Cap dagangan milik TH dilindungi di bawah Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815), dan pendaftaran cap dagangan tersebut memberikan TH hak eksklusif untuk menggunakan serta melindungi cap dagangannya. TH dengan ini memaklumkan kepada syarikat, individu dan orang awam bahawa penggunaan cap dagangan TH atau sebarang variasi logo dan/atau nama pada sebarang visual atau barangan memerlukan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada TH. Sebarang penggunaan atau penjualan barangan yang memaparkan cap dagangan TH atau menyerupainya tanpa kebenaran bertulis daripada TH akan dianggap sebagai pelanggaran cap dagangan di bawah undang-undang. TH mempunyai hak dan remedi undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak untuk mendapatkan perintah injunksi, ganti rugi, dan kos guaman bagi melindungi cap dagangannya sekiranya berlaku sebarang salah gambaran, pelanggaran, atau penggunaan tanpa kebenaran cap dagangan TH oleh individu, entiti atau organisasi lain. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Jabatan Komunikasi Korporat di +603-2054 2132.