Pakej Pengelola Jemaah Haji (PJH)

Objektif Perkhidmatan PJH:

Membolehkan jemaah haji mendapat perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah.

Membuka peluang kepada Agensi Pelancongan Bumiputera Muslim untuk mengendalikan jemaah haji secara terkawal sebagai PJH.

Membolehkan TH bergerak ke hadapan menuju matlamat mengawal selia keseluruhan pengurusan haji dengan tanggungan kos yang paling minimum.

e-Brosur Pakej Haji 1447H/2026M

Untuk memuat turun dokumen flip book, klik pautan di bawah.

Muat Turun e-Brosur Pakej Haji 1447H/2026M

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

PERINGATAN

Bakal Haji Visa Haji Urusan Sendiri (“VHUS”)

Rakyat Malaysia (individu atau institusi) yang memperolehi Visa Furada atau Visa Mujamalah melalui jemputan daripada pihak Kerajaan Arab Saudi hanya dibenarkan untuk menunaikan haji melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH) termasuk TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) yang telah diluluskan lesen oleh TH menurut Seksyen 28 Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Permohonan untuk mengikuti PJH hanya boleh dilakukan semasa di tanah air sahaja manakala permohonan setelah bakal haji berada di Tanah Suci adalah tidak dibenarkan. Semua bakal haji VHUS wajib mendaftar haji dengan TH. Bayaran Haji yang akan ditetapkan oleh TH adalah merangkumi semua jenis perkhidmatan yang disediakan. Walau bagaimanapun, bakal haji VHUS tidak layak untuk menerima Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).

Bakal haji juga adalah tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh Pegawai Perubatan berdaftar dengan TH dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta direkodkan dalam Buku Rekod Rawatan Kesihatan (BRRK) bakal haji.

Paspot Malaysia Antarabangsa (PMA) milik bakal haji VHUS yang telah divisakan perlu diserahkan kepada TH untuk direkodkan dan akan dikembalikan semasa lapor diri sebelum berlepas ke Tanah Suci menggunakan penerbangan komersial yang disediakan oleh PJH. Perkhidmatan pakej haji ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan Bumiputera Muslim yang telah diberikan lesen oleh TH iaitu Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH).