Happy family

#THelakscam

Inisiatif TH untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pelbagai bentuk penipuan (scam) yang boleh menjejaskan keselamatan maklumat peribadi dan kewangan. Pendeposit dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mengesahkan maklumat, serta memastikan semua urusan hanya dilakukan melalui saluran rasmi TH.

5 Langkah Segera Yang Perlu Diambil Jika Menjadi Mangsa Scam

Ambil tindakan berikut.

1

Tukar kata laluan aplikasi THiJARI dengan segera.
Tekan untuk ke THiJARI

2

Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di +603-6207 1919, e-mel th-info@lth.gov.my, atau kunjungi Cawangan TH berhampiran.
Cari Kaunter TH dan TH Gerak terdekat

3

Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

4

Jika akaun bank terlibat, hubungi segera pusat khidmat pelanggan bank berkenaan.

5

Terdapat pelbagai jenis scam yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya mangsa.

Jenis-jenis Scam

Terdapat beberapa jenis scam yang kerap digunakan untuk memanipulasi mangsa.

Scam Panggilan Telefon (Phone Scam)

Panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau wakil organisasi tertentu dengan tujuan mengugut mangsa supaya membuat bayaran atau mendedahkan maklumat peribadi.

Bagaimana Scam Panggilan Telefon Berlaku?

1

Mangsa menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai wakil agensi kerajaan, syarikat swasta, pihak berkuasa, ejen insurans, syarikat kurier atau platform e-dagang.

2

Mangsa dituduh terlibat dalam jenayah seperti pengubahan wang haram atau penyalahgunaan akaun.

3

Ugutan seperti waran tangkap atau pembekuan akaun digunakan serta mangsa dilarang berkongsi maklumat perbualan.

4

Mangsa didesak memindahkan wang ke “akaun selamat” atau akaun pihak ketiga serta berkongsi maklumat THiJARI atau perbankan.


Scam Pancingan Data (Phishing Scam)

Pautan palsu yang dihantar melalui e-mel, aplikasi telekomunikasi atau media sosial bagi mencuri maklumat peribadi dan kewangan.

Bagaimana Scam Pancingan Data Berlaku?

1

Scammer menawarkan hadiah, baucar atau ganjaran menarik.

2

Mangsa diberikan pautan palsu yang menyerupai laman web rasmi.

3

Mangsa diminta memasukkan maklumat THiJARI atau perbankan.

4

Mangsa diarahkan mengesahkan transaksi atau berkongsi kod TAC bagi tujuan penipuan.

5

Mangsa diarahkan menyerahkan kad bank, dokumen atau barangan berharga kepada pihak tertentu.


Scam Perisian Hasad (Malware Scam)

Penipuan yang melibatkan penggunaan perisian atau aplikasi berbahaya untuk mendapatkan akses ke peranti mangsa dan mencuri maklumat peribadi serta kewangan.

Bagaimana Scam Perisian Hasad Berlaku?

1

Fail atau aplikasi berbahaya (contohnya fail .APK) dihantar melalui e-mel atau aplikasi telekomunikasi.

2

Mangsa digesa memuat turun aplikasi ke dalam peranti.

3

Aplikasi tersebut akan mendapat akses kepada tetapan dan fungsi peranti.

4

Apabila akses dibenarkan, scammer boleh memperoleh kawalan jauh (remote access) ke atas peranti.

5

Maklumat peribadi dan kewangan termasuk akaun THiJARI dan perbankan boleh terdedah.

6

Aplikasi boleh memaparkan halaman pembayaran palsu untuk memperdaya mangsa.


Soalan Lazim

Soalan lazim berkaitan scam, sila baca di sini..