Penamaan Waris

Pemilik akaun dewasa mestilah menamakan seorang atau dua orang sebagai Penerima Namaan. Penerima ini bertujuan membolehkan pembayaran sebarang baki dalam akaun TH kepada Penerima Namaan sekiranya berlaku pemilik akaun meninggal dunia.


Waris-waris yang berhak

Pemilik akaun dewasa dikehendaki menamakan penerima namaan sebagai waris yang berhak mengikut hukum syarak.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun carta waris penamaan.

Waris Lelaki
1

Anak lelaki

2

Cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah

3

Bapa

4

Datuk sebelah bapa dan ke atas

5

Adik-beradik lelaki kandung

6

Adik-beradik lelaki sebapa

7

Adik-beradik lelaki seibu

8

Anak lelaki daripada adik-beradik lelaki kandung

9

Anak lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa dan ke bawah

10

Bapa saudara sekandung dengan bapa

11

Bapa saudara sebapa dengan bapa

12

Anak lelaki daripada bapa saudara sekandung dengan bapa

13

Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa dengan bapa

14

Suami

Waris Perempuan
1

Anak perempuan

2

Cucu perempuan daripada anak lelaki

3

Ibu

4

Nenek sebelah ibu

5

Nenek sebelah bapa

6

Adik-beradik perempuan kandung

7

Adik-beradik perempuan sebapa

8

Adik-beradik perempuan seibu

9

Isteri

Tujuan

Penamaan dibuat untuk memudahkan waris membuat pengeluaran wang simpanan si mati tanpa perlu mengemukakan Surat Kuasa atau Perintah daripada pihak berkaitan (Bicara Kecil Pejabat Tanah, Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil, Amanah Raya Berhad).

Penamaan mestilah dibuat oleh pemilik akaun semasa hayatnya dengan melengkapkan Borang Penamaan yang disediakan oleh TH dan dihantar ke mana-mana pejabat TH yang berhampiran untuk didaftarkan ke dalam sistem TH. Tarikh kuat kuasa penamaan adalah pada tarikh borang penamaan diterima dan didaftarkan.

Sesuatu penamaan akan terbatal dalam keadaan-keadaan yang berikut (merujuk kepada Akta Lembaga Tabung Haji 1995, Peraturan-Peraturan Lembaga Tabung Haji (Deposit dan Pengeluaran) 2002, Pindaan 2003, Pindaan 2013 dan Pindaan 2017) :

1

Dengan kematian penama, atau jika terdapat lebih daripada seorang penama, dengan kematian semua penama itu semasa hayat pemilik akaun;
(maksud: semua orang yang dinamakan meninggal dunia semasa hayat pemilik akaun).

2

Berhubung dengan kepentingan di bawah penamaan bagi mana-mana penama, dengan kematian penama itu semasa hayat pemilik akaun, melainkan jika kepentingan penama dilupuskan oleh penamaan itu;
(maksud: pemilik akaun semasa hayatnya membuat penamaan baharu dengan melengkapkan Borang yang ditetapkan oleh TH).

3

Dengan notis pembatalan bertulis yang diberikan oleh pemilik akaun dan diterima oleh TH semasa hayat pemilik akaun; atau
(maksud: pemilik akaun semasa hayatnya membuat pembatalan penamaan yang telah dibuat dengan melengkapkan Borang yang ditetapkan oleh TH).

4

Dengan suatu penamaan kemudian yang dibuat mengikut subperaturan (3) oleh pemilik akaun yang melupuskan penamaan yang terdahulu.
(maksud: pemilik akaun semasa hayatnya membuat pertukaran penamaan yang telah dibuat dengan melengkapkan Borang yang ditetapkan oleh TH).