TH Gerak

Inisiatif TH Gerak merupakan salah satu strategi utama dalam memperkasakan aktiviti pemasaran luar premis melalui pengoperasian kaunter bergerak atau TH Komuniti di lokasi-lokasi terpilih.

Langkah ini sejajar dengan hala tuju FAITH27, yang menekankan keperluan untuk menyantuni para pendeposit dengan menyediakan perkhidmatan dan produk secara lebih berkesan, interaktif, serta memastikan penyampaian sampai kepada golongan sasaran.

Untuk senarai TH Gerak di lokasi terpilih, sila klik untuk maklumat lanjut pautan di sini untuk maklumat lanjut.

NOTA: Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan TH Gerak, sila hubungi THCC atau kunjungi cawangan TH yang berhampiran.


Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan adalah

1

Simpanan Tunai (dihadkan RM3,000 bagi setiap akaun sahaja sehari)

2

Pembukaan Akaun Baharu  TH.

3

Pengeluaran Tunai (maksimum RM500 bagi setiap akaun sahaja sehari)

4

Pindahan Simpanan

5

Pindahan Telegrafik

6

Permohonan Pusaka

7

Penutupan Akaun

8

Pendaftaran Haji

9

Pembatalan Haji

10

Kemaskini Maklumat

11

Pertukaran Akaun Kanak – kanak ke Dewasa

12

Permohonan Penyata Akaun

13

Pengurusan Akaun Dorman