TH SALUR RM1.4 JUTA ZAKAT WAKALAH KEPADA 14 SEKOLAH PENDIDIKAN ISLAM

KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2026: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyumbang  RM1.4 juta zakat wakalah kepada 14 buah sekolah berteraskan pendidikan Islam di  seluruh negara, bagi menyokong inisiatif Program Sekolah Angkat MADANI. 

Sumbangan sebanyak RM100,000 bagi setiap sekolah samada sekolah agama,  madrasah, pondok dan tahfiz di 14 buah negeri, melibatkan 700 orang pelajar, akan  membantu dari segi penambahbaikan fasiliti, sokongan kewangan kepada pelajar  yang layak, serta pembangunan akademik dan sahsiah pelajar. 

Agihan keuntungan selepas pelunasan zakat bagi pihak pendeposit adalah antara  keistimewaan simpanan di THTH akan melaksanakan program zakat wakalah bagi  mengagihkan zakat secara terus kepada asnaf secara tersusun dan berimpak tinggi  setelah menerima wakalah dari Masjid Agama Negeri demi manfaat ummah,  khususnya dalam sektor pendidikan. 

“Pengagihan zakat wakalah TH melalui program yang dirancang secara khusus  adalah selaras dengan Maqasid Shariah bagi memastikan zakat dimanfaatkan  secara strategik dan mampan. Zakat wakalah TH yang disalurkan bagi  memartabatkan pendidikan Islam ini diyakini mampu melahirkan modal insan yang  berilmu, berakhlak dan berkemahiran tinggi, seterusnya menyumbang kepada  pembangunan negara secara mampan,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan  Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Haji Mustakim Mohamad. 

Program-program zakat wakalah TH adalah selari dengan nilai teras Malaysia MADANI  seperti ihsan, akhlak dan daya cipta yang memberi penekanan kepada  pemerkasaan komuniti, mobiliti sosial serta peningkatan taraf hidup. 

Sumbangan ini diharapkan dapat membantu menyediakan kemudahan  pembelajaran yang lebih baik dan selesa di sekolah-sekolah berteraskan pendidikan  Islam selain menyumbang kepada keberkesanan pengurusan serta operasi  pendidikan Islam. 

Selaras dengan keputusan Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS) TH, zakat wakalah TH bagi Program Sekolah Angkat MADANI diagihkan mengikut nisbah 40 peratus untuk  penambahbaikan kemudahan sekolah, 40 peratus bagi bantuan kewangan  termasuk pembayaran yuran pelajar fakir miskin, serta 20 peratus untuk bimbingan  akademik dan latihan guru, bagi memastikan impak yang menyeluruh dan  berterusan.