Seruan Istito'ah – Pelan Persediaan Haji

SERUAN ISTITO'AHPELAN PERSEDIAAN HAJI

  1. 1

    Seruan Istito'ah diperkenalkan sebagai Pelan Persediaan Haji untuk membantu pendeposit dalam membuat persediaan untuk menunaikan ibadah haji dengan lebih mudah, ringkas dan lancar.

  2. 2

    Kelayakan Giliran Haji Automatik kepada pendeposit yang memenuhi syarat simpanan tanpa perlu membuat pendaftaran secara manual.

  3. 3

    Simpanan minimum RM15,000 diperlukan untuk layak mendapat Kelayakan Giliran Haji Automatik.

  4. 4

    Pendeposit yang telah mendaftar haji diberi tempoh sehingga 31 Disember 2028 untuk mencapai simpanan minimum yang ditetapkan.

  5. 5

    Pengenalan Tabung Istito'ah untuk membantu membentuk disiplin simpanan dengan lebih terancang bagi mencapai sasaran simpanan haji.

KELAYAKAN GILIRAN HAJI AUTOMATIK

Kini persediaan haji anda menjadi lebih mudah. Anda akan menerima Kelayakan Giliran Haji Automatik apabila mencapai simpanan minimum RM15,000.

Bagi yang telah mendaftar haji, anda diberikan tempoh peralihan sehingga 31 Disember 2028 untuk mencapai jumlah tersebut bagi mengekalkan giliran haji sedia ada.

Bermula 1 Januari 2029, kelayakan giliran haji akan diselaraskan berdasarkan pematuhan syarat simpanan minimum RM15,000.

SUDAH DAFTAR HAJI?

  • Teruskan menyimpan sehingga mencapai minimum

    RM15,000

  • Masih ada masa sehingga

    31 Disember 2028

  • Pelarasan giliran haji

    berdasarkan syarat simpanan minimum pada

BELUM DAFTAR HAJI?

  • Simpan dan kekalkan jumlah minimum

    RM15,000

  • Anda akan layak menerima

    Kelayakan Giliran Haji Automatik

  • Pelarasan giliran haji

    berdasarkan syarat simpanan minimum pada

SATU AKAUN, DUA TABUNG

AKAUN TH ANDA KEKAL, KINI DIURUSKAN DENGAN DUA FUNGSI BERBEZA:

AKAUN TH ANDA

Tabung Am

Tabung Am

Tabung untuk urusan simpanan dan pengeluaran bagi memenuhi keperluan kewangan harian anda seperti biasa.

Tabung Istito'ah

Tabung Istito'ah

Tabung yang menempatkan simpanan sebagai penanda aras kesiapsiagaan kewangan untuk Kelayakan Giliran Haji Automatik.

MANFAAT KEKAL SEPERTI SEDIA ADA UNTUK KEDUA-DUA TABUNG.

ANDA DALAM KATEGORI MANA?

PROFIL BERBEZA, TUJUAN TETAP SAMA

Setiap individu mempunyai latar belakang dan tahap persediaan yang berbeza dalam perjalanan mencapai impian haji. Buat semakan dengan klik profil Bakal Haji (BH).

Rancang simpanan yang diperlukan
untuk mencapai sasaran.

Lakukan transaksi
simpanan dengan mudah.

Muat turun PDF untuk maklumat lanjut semua profil.

TH komited untuk terus menyokong persediaan haji anda melalui perancangan kewangan yang memberi keyakinan dan ketenangan sehingga tiba masanya menyahut panggilan Baitullah.

Anda boleh meneruskan simpanan dengan mudah melalui:

  • THiJARI atau kaunter TH

  • Direct Debit di THiJARI untuk simpanan berkala secara automatik

  • Pelaksanaan potongan gaji bulanan agar simpanan lebih teratur dan berterusan

Setiap langkah persediaan hari ini, membawa anda lebih dekat ke Tanah Suci.

Perjalanan Teragung Anda, Amanah Kami.

Soalan Lazim

Soalan lazim tentang Seruan Istito'ah - Pelan Persediaan Haji, sila baca di sini.