Kumpulan 1 (BH1) - Telah mendaftar haji:
- TH akan memindahkan sebanyak RM1,300 ke Tabung Istito'ah dan jumlah tersebut perlu dikekalkan di Tabung Istito'ah.
- Pendeposit perlu mencukupkan simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 di akaun TH selewat-lewatnya pada 31 Disember 2028 bagi mengekalkan kelayakan giliran haji.
Kumpulan 2 (BH2) - Telah mendaftar haji melalui EPF:
- TH akan memindahkan sebanyak RM5 dari Tabung Am ke Tabung Istito'ah dan jumlah tersebut perlu dikekalkan di Tabung Istito'ah.
- Pendeposit perlu mencukupkan simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 di akaun TH selewat-lewatnya pada 31 Disember 2028 bagi mengekalkan kelayakan giliran haji.
Kumpulan 3 (BH3) - Belum mendaftar haji, baki simpanan RM15,000 dan ke atas:
- Pendeposit sedia ada yang tiada pendaftaran haji tetapi mempunyai simpanan RM15,000 dan ke atas akan menerima notifikasi emel daripada TH memaklumkan simpanan telah mencukupi dan akan diberikan Kelayakan Giliran Haji Automatik.
- Pendeposit perlu mengekalkan baki minimum RM15,000 pada setiap masa dalam tempoh 1 bulan dari tarikh notifikasi.
- TH akan memindahkan RM14,995 ke Tabung Istito'ah.
- Pendeposit perlu mengekalkan simpanan minimum RM15,000 di akaun TH pada setiap masa untuk terus berada dalam giliran haji.
Kumpulan 4 (BH4) - Belum mendaftar haji, baki simpanan kurang RM15,000:
- Pendeposit belum mencapai jumlah simpanan minimum RM15,000 untuk menerima Kelayakan Giliran Haji Automatik.
- Sekiranya baki keseluruhan simpanan di akaun TH mencapai RM15,000, pendeposit akan menerima emel daripada TH memaklumkan simpanan telah mencukupi dan perlu mengekalkan baki minimum RM15,000 pada setiap masa dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh notifikasi.
- TH akan memindahkan RM14,995 ke Tabung Istito'ah.
- Merit kelayakan giliran haji adalah berdasarkan tarikh pendeposit mencapai RM15,000 dalam akaun TH.
- Pendeposit perlu mengekalkan simpanan minimum RM15,000 di akaun TH pada setiap masa untuk terus berada dalam giliran haji.
Kumpulan 5 (Alumni Haji) - Telah menunaikan haji:
Pendeposit boleh membuat tambahan simpanan ke Tabung Istito'ah secara sukarela dengan memindahkan simpanan dari Tabung Am ke Tabung Istito'ah melalui THiJARI atau hadir ke kaunter cawangan TH bagi tujuan atau matlamat khusus. Pendeposit tidak layak untuk mendapat giliran haji walaupun baki simpanan mencukupi RM15,000.