Pelaburan TH

Alokasi Aset Strategik

Di TH, kami memfokuskan kepada portfolio patuh syariah yang selamat, pelbagai dan mampan untuk jangka panjang bagi menjana pulangan konsisten. Menerusi strategi pelaburan yang berasaskan Alokasi Aset Strategik (SAA), kami mengamalkan lima (5) kelas aset utama yang merangkumi pendapatan tetap, ekuiti tersenarai, hartanah, ekuiti tidak tersenarai dan pasaran wang.

image

Keupayaan Strategik

Di TH, keupayaan strategik kami merangkumi pelbagai sektor utama yang menyokong penciptaan nilai jangka panjang. Sekaligus, memperkukuh daya tahan portfolio, menyokong pulangan mampan dan mengekalkan mandat kami sebagai institusi patuh syariah.