Pengeluaran dan Penutupan Akaun

Pengeluaran

Had Maksimum amaun pengeluaran tunai sehari bagi setiap pendeposit adalah RM10,000 melalui Kaunter TH / Uniteller Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) / Uniteller Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM).
Pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000 boleh dilakukan di semua TH Cawangan  melalui Pindahan Telegrafik ke Akaun Bank Pendeposit dalam negara sahaja.

Penutupan

Penutupan Akaun TH boleh dilakukan oleh pendeposit TH pada bila-bila masa, Penjaga Sah (berdasarkan rekod dalam sistem TH), Penama Pemegang Amanah dan dengan arahan Pihak Berkuasa.

Jenis sebab Penutupan Akaun

Arahan Pendeposit / Penjaga Sah+

Akaun yang boleh ditutup

1

Akaun Dewasa

2

Akaun Kanak-kanak

Dokumen yang perlu dibawa

1

Dokumen Pengenalan Diri
MyKad, MyKid, MyTentera, Sijil Kelahiran, Sijil Anak Angkat, dan Pasport Antarabangsa (dokumen rasmi sebagai pengesahan butir-butir peribadi seseorang).

Proses penutupan akaun di kaunter TH

1

Pendeposit / Penjaga Sah (berdasarkan rekod dalam sistem TH) perlu hadir ke kaunter TH.

2

Membawa bersama-sama dokumen yang lengkap. 

3

Kaedah bayaran penutupan akaun adalah seperti berikut:    

  • Secara tunai bagi jumlah tidak melebihi RM10,000.00     .
  • Melalui pindahan Akaun TH ke Akaun TH lain.
  • Secara pindahan Telegrafik.
  • Derma kepada Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia (TKJHM).

     

4

Melengkapkan Borang JP011: Borang Permohonan Penutupan Akaun.

Pendeposit Meninggal Dunia+

Tuntutan Pusaka

Penutupan akaun pendeposit (si mati) boleh dilakukan oleh

1

Penama.

2

Pemegang Amanah

3

Waris mengikut Hukum Syarak / Pihak Lain dengan mengemukakan Surat Kuasa / Perintah (Mahkamah Syariah / Mahkamah Sivil / Pejabat Tanah Daerah (Bicara Kecil) / Pejabat Probate / Amanah Raya Berhad).

Dokumen yang diperlukan

1

Dokumen Pengenalan Diri
Dokumen Pengenalan Diri Pemohon/Waris/Pentadbir/Surat permohonan (jika institusi/syarikat) yang melengkapkan Borang JP005/JP006.

2

Sijil Kematian Pendeposit / Laporan Kematian Luar Negara Pendeposit
Dikeluarkan oleh JPN

3

Surat Kuasa/Perintah
Jika pendeposit tidak membuat penamaan

4

Dokumen Pengenalan Diri Penjaga Sah
Jika penama/pemegang amanah/waris di bawah umur 18 tahun

5

Sijil Kelahiran
Jika penama/pemegang amanah/waris di bawah umur 18 tahun

6

Sijil Kematian/Laporan Kematian Luar Negara Penama/Pemegang Amanah/Waris
Jika penama/pemegang amanah/waris telah meninggal dunia.

7

Sijil Nikah suami/isteri simati
Diperlukan sekiranya baki akaun RM1,000.00 dan ke bawah dan tiada penama/pemegang amanah/surat kuasa/perintah

8

Sijil Kelahiran waris
Bagi pembuktian waris yang berhak berdasarkan Hukum Syarak (diperlukan sekiranya baki akaun RM1,000.00 dan ke bawah dan tiada penama/pemegang amanah/surat kuasa/perintah).

9

Surat Kuasa/Perintah
• Mahkamah Sivil • Mahkamah Syariah • Pejabat Tanah/Daerah (Bicara Kecil) • Pejabat Probate sekiranya Penama Waris dalam keadaan Koma/Tidak Kompeten/Tidak Berupaya (Incapacitated)/Nyanyuk/OKU (Tidak Waras).

10

Surat Akuan Bersumpah
Akta Akuan Berkanun 1960

11

Lain-lain dokumen sokongan
Sekiranya diperlukan oleh TH

Proses penutupan akaun TH di kaunter TH adalah seperti berikut

1

Penama atau Pemegang Amanah atau Waris perlu hadir ke kaunter TH.

2

Membawa bersama-sama dokumen yang lengkap.

3

  1. Melengkapkan Borang :

 

  • JP005: Borang Permohonan Pengeluaran Pusaka;
  • JP006: Borang Akuan Waris Pengeluaran Pusaka.

Kaedah pembayaran pusaka

1

Secara kredit ke Akaun TH pemohon.

2

Melalui cek (terhad kepada institusi / syarikat / bukan warganegara Malaysia /  individu bankrap).

3

Derma kepada Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia (TKJHM).

Tuntutan Hibah Amanah

Penutupan akaun pendeposit (si mati) boleh dilakukan oleh

1

Penerima Hibah Amanah

2

Penjaga Sah yang dinamakan di dalam dokumen Hibah Amanah TH.

Dokumen yang diperlukan

1

Sijil Kematian Pemberi Hibah Amanah / Laporan Kematian Luar Negara Pemberi Hibah Amanah
Dikeluarkan oleh JPN

2

Dokumen Pengenalan Diri Penerima
Dokumen Pengenalan Diri Penerima Hibah Amanah / Penjaga Sah / Penama.

Proses tuntutan Hibah Amanah

1

Penerima Hibah Amanah / *Penjaga Sah perlu hadir di mana-mana kaunter TH.

2

Membawa bersama-sama dokumen yang lengkap.

3

  1. Melengkapkan Borang:

 

  • JP035 : Borang Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah TH / *Penamaan.

Kaedah pembayaran Hibah Amanah

1

Kredit ke akaun TH penerima Hibah Amanah / Penjaga Sah.

2

Melalui cek (terhad kepada institusi / syarikat / bukan warganegara Malaysia /  individu bankrap).

3

Secara Pindahan Telegrafik.

4

Derma kepada Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia (TKJHM).

Pendeposit Uzur / Koma / Tidak Kompeten / Tidak Berupaya / Nyanyuk / OKU+

Penutupan akaun pendeposit (si mati) boleh dilakukan oleh

Waris
Waris bermaksud waris di bawah Hukum Syarak dan terdiri daripada individu yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Dokumen yang diperlukan

Surat rasmi permohonan yang lengkap daripada waris.
Surat rasmi permohonan yang lengkap daripada waris yang memohon mestilah mempunyai butir-butir berikut

  • Nama dan Alamat pemohon.
  • Tarikh.
  • Nama pendeposit.
  • Nombor Dokumen Pengenalan Diri pendeposit dan pemohon.
  • Nombor akaun TH pendeposit dan pemohon.
  • Jumlah amaun pengeluaran ataupun tutup akaun.
  • Tujuan pengeluaran dibuat.
  • Tandatangan pemohon.
  • Nombor telefon.

Dokumen Pengenalan Diri pendeposit
Disahkan oleh anggota TH

Dokumen Pengenalan Diri waris
Disahkan oleh anggota TH

Surat perakuan doktor
Didapatkan dari hospital atau klinik Kerajaan / Swasta.

Borang Jaminan Gantirugi (JP025)
Borang Jaminan Gantirugi (JP025) yang telah setem oleh waris yang membuat permohonan.

Cap jari waris
Cap jari waris yang memohon di atas salinan dokumen pengenalan diri.

Persetujuan semua waris dan penama secara bertulis
Persetujuan semua waris dan Penama secara bertulis (salinan dokumen pengenalan diri perlu disertakan).

Sekiranya pemohon merupakan waris tunggal
Dapatkan pengesahan salah satu yang berikut: 

  • Penghulu.
  • Ketua Masyarakat (Sabah / Sarawak).
  • Pesuruhjaya Sumpah.

Proses penutupan akaun TH di kaunter TH

1

Penama atau Pemegang Amanah atau waris perlu hadir ke kaunter TH.

2

Membawa bersama-sama dokumen yang lengkap.

Kaedah pembayaran

Bayaran hanya dibuat melalui Pindahan Simpanan TH ke Akaun TH sahaja. 

  • Cap jari pendeposit tidak perlu diambil.
  • Tidak perlu mengisi Borang JP.

 

Arahan Pihak Berkuasa+

Pihak Berkuasa (Mahkamah / Jabatan Insolvensi / Polis Diraja Malaysia (PDRM) / Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)) boleh mengarahkan TH menutup akaun pendeposit tertentu dengan mengeluarkan / mengemukakan Surat Perintah Mahkamah.

Akaun Tidak Aktif (DORMANT)+

Akaun pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi 7 tahun akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif, selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995).

Akaun Tidak Aktif tidak akan menerima agihan Hibah Tahunan mulai tahun 2018.  

Tabung Haji dikecualikan daripada menyerahkan  wang Akaun Tidak Aktif kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. Sehubungan itu, Pendeposit atau waris masih boleh membuat tuntutan ke atas baki simpanan akaun yang berstatus tidak aktif pada bila-bila masa dengan mengemukakan dokumen yang sewajarnya sepertimana yang ditetapkan oleh TH.

Lokasi Penutupan Akaun

Untuk makluman, penutupan akaun Tabung Haji tidak boleh dilakukan di pejabat Rakan Strategik TH. Urusan penutupan akaun hanya boleh dibuat di lokasi berikut