Soalan Lazim TH Gerak


TH Gerak

Apakah TH Gerak?

+

TH Gerak merupakan inisiatif perkhidmatan bergerak Tabung Haji (TH) yang bertujuan memperluaskan capaian perkhidmatan kepada pendeposit melalui pendekatan yang lebih fleksibel, mudah diakses dan berorientasikan pelanggan. Selain menerima kunjungan pendeposit di cawangan, TH Gerak membolehkan TH menyantuni lebih ramai pendeposit secara terus di pelbagai lokasi seperti premis kerajaan, institusi pendidikan, masjid, surau, komuniti setempat, syarikat swasta serta programprogram strategik yang dianjurkan di seluruh negara.

Apakah tujuan TH Gerak diwujudkan?

+

TH Gerak diwujudkan bagi mencerminkan komitmen Tabung Haji dalam memastikan perkhidmatan sentiasa dekat dengan masyarakat, mudah diakses dan mampu memenuhi keperluan pendeposit di pelbagai lokasi, sejajar dengan aspirasi TH untuk memberikan pengalaman perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pelanggan.

Apakah konsep TH Gerak

+

TH Gerak dilaksanakan secara mobile dengan berteraskan dua platform aktiviti:

a) Platform memberi perkhidmatan dan produk TH melalui pembukaan kaunter Bergerak; dan/atau

b) Platform penyampaian/hebahan maklumat atau promosi perkhidmatan dan produk TH sahaja.

Dimanakah TH Gerak beroperasi?

+

TH Gerak beroperasi di pelbagai lokasi seperti premis kerajaan, institusi pendidikan, masjid, surau, komuniti setempat, syarikat swasta serta program-program strategik yang dianjurkan di seluruh negara.

Bagaimana saya ingin mengetahui lokasi TH Gerak?

+

Lokasi TH Gerak boleh diketahui melalui hebahan di platform media sosial rasmi TH, laman sesawang dan hebahan komuniti setempat melalui medium WhatsApp. Lokasi juga boleh dirujuk dengan menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.

Adakah lokasi TH Gerak sama untuk operasi harian/setiap minggu?

+

Lokasi TH Gerak tidak statik dan mengikut keperluan semasa. Lokasi terkini boleh diketahui melalui hebahan yang dilakukan di semua platform media sosial rasmi TH, laman sesawang dan hebahan komuniti setempat melalui medium WhatsApp. Lokasi juga boleh dirujuk dengan menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.

Jika TH Gerak tidak berada di kawasan saya, bagaimana saya boleh mendapatkan perkhidmatan Tabung Haji?

+

Pendeposit boleh mendapatkan perkhidmatan TH di cawangan berhampiran atau melalui bank rakan strategik TH. Bank Islam dan Bank Rakyat merupakan bank rakan strategik TH yang turut menyediakan perkhidmatan kaunter bagi urusniaga Simpanan dan Pengeluaran tunai akaun TH, sekali gus menawarkan alternatif yang mudah diakses oleh pendeposit di kawasan tersebut. Perkhidmatan TH turut diperluaskan dan disediakan melalui rakan strategik perbankan atas talian menggunakan kemudahan M2U, Bank Islam IB, BKRM, CIMB Clicks, AmOnline.

Apakah perkhidmatan yang disediakan melalui TH Gerak?

+

Perkhidmatan yang disediakan melalui TH Gerak:

a) Transaksi Simpanan • Simpanan Tunai (dihadkan RM3,000 bagi setiap akaun sahaja sehari) • Pengeluaran Tunai (maksimum RM500 bagi setiap akaun sahaja sehari) • Pindahan Simpanan • Pindahan Telegrafik

b) Pengurusan Akaun • Pembukaan Akaun Baharu • Penutupan Akaun • Kemaskini Maklumat • Pertukaran Akaun Kanak-kanak kepada Akaun Dewasa • Permohonan Penyata Akaun • Pengurusan Akaun Dorman

c) Perkhidmatan Lain • Pembatalan Haji (Opt-out) • Permohonan Pusaka • Pendaftaran THiJARI • Pendaftaran Direct Debit • Pendaftaran TH Khairat

Apakah dokumen yang perlu saya bawa untuk berurusan di kaunter TH Gerak?

+

Pendeposit perlu bawa bersama Mykad, Mykid dan Sijil Kelahiran Anak beserta salinan bagi melancarkan urusan.

Adakah TH Gerak menerima transaksi simpanan tunai?

+

Perkhidmatan TH Gerak menerima transaksi simpanan secara tunai dengan jumlah yang dihadkan iaitu tidak melebihi RM3,000 bagi setiap akaun sahaja sehari.

Bolehkah saya membuat pengeluaran tunai di TH Gerak?

+

Perkhidmatan pengeluaran tunai di kaunter TH Gerak boleh dilakukan dengan jumlah pengeluaran maksimum sebanyak RM500 bagi setiap akaun sahaja sehari.

Apakah jenis transaksi yang tidak boleh didapati di TH Gerak?

+

Jenis transaksi yang tidak boleh didapati di TH Gerak: a) Simpanan cek b) Simpanan syiling c) Pengeluaran tunai bagi pendeposit koma/tidak kompeten/tidak berupaya – tidak hadir ke kaunter d) Pengeluaran tunai bagi pendeposit uzur – tidak hadir ke kaunter

Bolehkah saya memohon untuk TH Gerak beroperasi di lokasi/program yang dianjurkan?

+

Pelanggan yang ingin memohon pelaksanaan TH Gerak (Kaunter Bergerak) bagi sesuatu program atau aktiviti boleh mengemukakan permohonan melalui saluran berikut:

  1. Menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919; atau
  2. Mengemukakan permohonan secara bertulis kepada: Bahagian Operasi Pejabat Cawangan Lembaga Tabung Haji, Menara TH Tun Razak, 201, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Bagaimana sekiranya operasi TH Gerak di sesuatu lokasi dibatalkan?

+

Pendeposit boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai status aktiviti TH Gerak di sesuatu lokasi dengan melayari platform media sosial rasmi TH, laman sesawang dan hebahan komuniti setempat melalui medium WhatsApp. Makluman terkini berkaitan keberadaan pasukan TH Gerak juga boleh didapati dengan menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.