Info Haji

Bagi musim haji 2026M/1447H


Tarikh Penerbangan Carter Haji dan Wukuf

Fasa
Tarikh Hijrah
Tarikh Masihi
Hari

FASA 1

PENERBANGAN PERGI KT PERTAMA

01 Zulkaedah 1447H

18 April 2026

Sabtu

PENERBANGAN PERGI KT TERAKHIR

03 Zulhijjah 1447H

20 Mei 2026

Rabu

WUKUF

09 Zulhijjah 1447H

26 Mei 2026

Selasa

FASA 2

PENERBANGAN BALIK KT PERTAMA

18 Zulhijjah 1447H

4 Jun 2026

Khamis

PENERBANGAN BALIK KT TERAKHIR

15 Muharram 1448H

30 Jun 2026

Selasa

Nota : Kapal Terbang (KT)

50 hari
4 jam
12 minit
37 saat

Menjelang Wukuf

Tarikh Wukuf: 26 Mei 2026 / 9 Zulhijjah 1447H

Tarikh Akhir Serahan Pasport

Pasport

Semua bakal haji perlu mempunyai Pasport Malaysia Antarabangsa yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Pejabat Cawangan TH akan menghubungi bakal haji bagi urusan serahan pasport beserta dokumen sokongan.

Tarikh Akhir Serahan Pasport
Lokasi

25 Mac 2026

Serahan di Ibu Pejabat TH

24 Mac 2026

Serahan di Cawangan TH Berdekatan

Pembayaran Dam Sebelum Pengeluaran Visa Haji

Bermula 2026, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa bayaran dam adalah pra-syarat mandatori untuk kelulusan visa haji menerusi Sistem Nusuk Nasar. Justeru, bakal jemaah haji diminta untuk menjelaskan sebarang bayaran dam yang tertangguh bagi mengelakkan sebarang isu. Ikuti maklumat lanjut di sini.

Soalan Lazim berkaitan keperluan bayaran dam sebelum pengeluaran visa haji.

Stesen Berlepas

Ketahui Lanjut

Jadual Kursus Perdana Haji

Ketahui Lanjut

Pakej Pengelola Jemaah Haji

Ketahui Lanjut

Kos Haji dan Bayaran

Ketahui Lanjut

THCC Info

  • Tabung Haji Contact Centre (THCC)
  • Waktu Operasi : 24jam/7hari Sepanjang Musim Haji
  • Call Hotline Number +603-6207 1919
  • E-mel : th-info@lth.gov.my

Resolusi Muzakarah Haji

Ketahui Lanjut

Rayuan Haji

Ketahui Lanjut

Kuota Haji

Kuota Haji Malaysia

Penetapan 0.1% kuota haji daripada jumlah penduduk Islam sesebuah negara berdasarkan keputusan persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (Organisation of Islamic Cooperation – OIC) atau OIC pada tahun 1988 di Amman, Jordan.

Kuota Haji Bagi Tahun Semasa

Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi 1447H/2026M.