Soalan Lazim

Privasi Notis

Ya, jika data peribadi itu diproses di Malaysia sebelum dipindahkan kepada pihak di luar Malaysia ia akan dilindungi di bawah APDP. Walau bagaimanapun, APDP tidak akan melindungi data peribadi yang diproses di luar Malaysia.

Urus niaga transaksi TH yang bersifat komersial, tanpa mengira sama ada ia bersifat kontrak atau tidak, yang termasuk apa-apa perkara yang berhubungan dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh TH.

Ini juga termasuk pengumpulan data peribadi individu yang berpotensi untuk mengadakan urus niaga bersama TH.

APDP adalah suatu akta yang digubal oleh Kerajaan Malaysia dan telah diwujudkan pada 15 November 2013 untuk memberi perlindungan kepada data peribadi dan data peribadi sensitif anda yang diproses untuk tujuan transaksi komersial.

APDP ini mempunyai 7 prinsip amalan pengendalian matklumat yang mesti dipatuhi iaitu :

  1. Prinsip Am;
  2. Prinsip Notis dan Pilihan ;
  3. Prinsip Penzahiran;
  4. Prinsip Keselamatan;
  5. Prinsip Penyimpanan;
  6. Prinsip Integriti Data; dan
  7. Prinsip Akses.

Data peribadi sensitif anda adalah seperti berikut :

  1. kesihatan atau keadaan fizikal atau mental;
  2. pendapat politik;
  3. kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain; dan
  4. perlakuan atau apa – apa kesalahan.

Data peribadi adalah sebarang maklumat yang diberi oleh anda untuk melanggan produk dan perkhidmatan agar TH dapat menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan efektif. Data peribadi anda adalah seperti berikut :

  1. Identiti anda (termasuk nama, tarikh lahir, nombor pengenalan);
  2. Butir-butir perhubungan (termasuk alamat, nombor telefon dan alamat email); dan
  3. Maklumat lain (termasuk pekerjaan dan nama majikan anda).

Notis Privasi TH adalah notis yang dikeluarkan kepada individu-individu yang mempunyai urusan transaksi komersial dengan TH. Ia mengariskan penggunaan dan perlindungan mengenai maklumat-maklumat data peribadi individu yang diproses oleh TH sebagai “Pengguna Data” selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Kegagalan untuk membekalkan data peribadi anda boleh menyebabkan TH tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatannya kepada anda. Jika anda tidak memberikan keizinan kepada TH untuk tujuan pemasaran, TH akan memberhentikan penghantar bahan/makluman pemasaran untuk produk dan perkhidmatan kepada anda. Walau bagaimanapun, TH masih boleh menggunakan data peribadi anda untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang telah anda daftarkan untuk memenuhi syarat – syarat kontrak, dan untuk tujuan undang-undang ataupun peraturan.

Anda diberikan hak – hak seperti berikut :

  1. Hak untuk diberitahu sama ada data peribadi anda diproses oleh TH
  2. Hak untuk mengakses data peribadi
  3. Hak untuk memperbetulkan data peribadi
  4. Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi
  5. Hak untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan (distress)
  6. Hak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung

APDP memberi definisi “pemprosesan” sebagai melakukan sesuatu terhadap data peribadi termasuklah mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan dan memusnahkan. Hanya dengan membaca atau mengakses maklumat sudah dianggap “pemprosesan”. Contoh-contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai “pemprosesan” termasuklah :

  1. Mengumpul data menggunakan borang, melalui telefon atau melalui laman sesawang
  2. Menerbitkan data
  3. Menjual data
  4. Menggunakan data dalam pentadbiran
  5. Menggunakan data untuk tujuan pemasaran
  6. Merekodkan data
  7. Mendedahkan atau memberikan data kepada organisasi lain
  8. Memusnahkan data

Jika TH memberikan data peribadi anda kepada pihak ketiga yang dibenarkan, TH akan memastikan bahawa mereka mempunyai obligasi yang sama untuk melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka sewajarnya.