Simpanan

TH menyediakan produk simpanan untuk umat Islam Malaysia secara patuh syariah. Simpanan di TH pada asasnya adalah simpanan untuk menunaikan Rukun Islam kelima iaitu haji. TH sentiasa melaksanakan transformasi dan penambahbaikan perkhidmatan bagi memudahkan para pendeposit membuat tabungan mereka. Simpanan di TH adalah mudah dan dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

 

Konsep Simpanan

Wadiah Yad-Dhamanah
(Simpanan Dengan Jaminan)

Konsep simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah. Ia merupakan konsep simpanan di mana pendeposit menyimpan wangnya dan TH sebagai penjaga (custodian) bersetuju untuk menjaga wang tersebut. Dalam kontrak ini, pendeposit telah memberi keizinan kepada TH untuk menggunakan/ meminjam wang mereka bagi tujuan perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Kesan daripada kebenaran ini, TH/ kerajaan akan menjamin wang yang diletakkan di bawah jagaannya.

Dari sudut keuntungan yang diperolehi, ia adalah milik penuh TH. Oleh itu, keuntungan yang diagihkan adalah menurut budi bicara TH termasuk juga memberi pulangan yang berlainan kepada para pendeposit.

Dalil-dalil berkenaan wadiah adalah seperti berikut:

Al-Quran:

Dalil Alquran berkaitan Wadiah

Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil”. (An-nisa’:58)

Hadith:

Hadith Wadiah

Mafhumnya: “Laksanakanlah amanah terhadap sesiapa yang telah mengamanahkanmu, dan janganlah menzalimi orang yang telah menzalimi kamu”. (Sunan Abu Daud)

Ijma’:

Para ulama’ bersepakat secara Ijma’ bahawa Wadiah adalah satu kontrak yang dibolehkan di dalam Islam.

Simpanan & Pengeluaran

Tiada had simpanan di TH bagi simpanan tunai dan had maksimum pengeluaran tunai adalah RM10,000 sahaja. Pengeluaran lebih daripada RM10,000 hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat TH dan TH Cawangan melalui cek / pindahan telegraf.

Kemaskini Buku Akaun

Urusan mengemaskini buku akaun simpanan TH hanya boleh dilakukan oleh individu berikut: 

  1. Pemegang akaun sendiri atau;
  2. Ibu/ bapa/ Penjaga bagi akaun kanak-kanak di bawah jagaannya berdasarkan rekod TH.
    Namun, bagi pemegang akaun yang tidak dapat hadir ke kaunter bagi tujuan mengemaskini Buku Akaun Simpanan TH, beliau boleh mewakilkan kepada pihak ketiga dengan syarat membawa bersamanya surat kebenaran yang ditandatangani pemegang akaun.

Tatacara mengemaskini buku akaun simpanan TH adalah untuk menjaga dan melindungi kepentingan serta kerahsiaan maklumat pemegang akaun atau pendeposit TH kerana ianya diklasifikasikan sebagai SULIT. Ini adalah selari dengan tatacara yang di praktikkan oleh institusi-institusi kewangan lain yang dikawal di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA).

Kaunter & Ejen Kutipan TH

Kaunter TH 

Untuk memudahkan para pendeposit membuat urusan transaksi TH, kaunter-kaunter TH dibuka di semua pejabat TH Cawangan seluruh Negara. Inisiatif lain turut dilakukan bagi mempertingkatkan akses saluran perkhidmatan TH, antaranya penyertaan dalam Urban Transformation Center (UTC), kerjasama dengan Bank-bank Rakan Strategik dan pelantikan ejen-ejen kutipan TH.

Klik di sini  waktu operasi Kaunter TH

Kaunter Mudah Alih

Selain itu juga, TH juga menawarkan perkhidmatan kaunter mudah alih (Mobile Counter). Perkhidmatan Mobile Counter pada 1 Julai 2007. Ianya bertujuan memudahkan pelanggan berurusan dengan TH di lokasi tertentu seperti ekspo, kilang, pejabat, sekolah dan sebagainya. Konsep ini bertepatan dengan moto “Pendeposit Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang mementingkan keperluan pendeposit. Melalui perkhidmatan ini pelanggan dapat berurusan dengan TH tanpa perlu datang ke kaunter TH, Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank.

Rakan Strategik TH

Selain di kaunter-kaunter TH dan UTC, pendeposit juga boleh melakukan transaksi TH di kaunter-kaunter dan Mesin Automatik (ATM) rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank. Perkhidmatan perbankan atas talian rakan-rakan strategik ini juga boleh digunakan bagi tujuan transaksi TH. 

Klik di sini untuk melihat Perkhidmatan Saluran Elektronik Rakan Strategik TH 

Ejen Kutipan Simpanan

TH juga telah melantik pelbagai Ejen Kutipan Simpanan yang terdiri daripada bank-bank utama untuk memudahkan urusan melakukan simpanan ke akaun TH. 

Tabung Haji (TH) telah mengambil insiatif dengan berkolaborasi dengan 13 bank yang dilantik sebagai Ejen Kutipan Simpanan berikut untuk memudahkan urusan pendeposit TH;

Agen Perkhidmatan Ditawarkan *Kadar Caj (Tidak termasuk GST) Cara Caj Dikenakan
POS BHD
(Pos Malaysia Berhad)
Kaunter (Tunai)
Pos Online
RM 0.60 
 
Debit Akaun TH
BSN  
(Bank Simpanan Nasional)
Kaunter (Debit Akaun/Tunai)
CDM
Automated Teller Machine (ATM)
Standing Instruction (SI)
RM 0.50 
 
Debit Akaun TH
BIMB
(Bank Islam Malaysia Berhad)
Standing Instruction (SI)
Internet Banking (IB)
Kaunter
RM 0.60
 
Debit Akaun TH
CIMB
(BCB)
Internet Banking (IB) RM 0.50 Debit Akaun TH (Upfront)
RHB 
(Rashid Hussein Bank)
Internet Banking (IB) RM 0.50  Debit Akaun TH (Upfront)
PBB
(Public Bank Berhad)
Internet Banking (IB)
Automated Teller Machine (ATM)
Standing Instruction (SI)
RM 0.50

RM 1.00
Debit Akaun TH (Upfront)
AMB
(Ambank Berhad)
Internet Banking (IB)
Automated Teller Machine (ATM)
RM 0.50  Debit Akaun TH
MUAM
(Bank Muamalat Malaysia Bhd)
Kaunter (Debit Akaun/ Tunai)
Internet Banking (IB)
RM 0.50 Debit Akaun TH (Upfront)
Hong Leong Islamic Bank 
Menggantikan EON Bank Berhad)
Internet Banking (IB) RM 0.50 Debit Akaun TH (Upfront)
AFB
(Asian Finance Bank)
Kaunter (Tunai) RM 0.50 Debit Akaun TH (Upfront)
Kuwait Finance House Internet Banking (IB) RM 0.50 Debit Akaun TH (Upfront)
Affin Islamic Bank Berhad Internet Banking (IB) RM 1.00 Debit Akaun TH (Upfront)

Caj Perkhidmatan

Jenis Transaksi Caj Semasa (+6% GST)
Permohonan Salinan Penyata
  • Bagi tempoh 6 bulan
  • Bagi tempoh setahun
RM 5.30
RM 10.60
Pindahan Telegrafik (TT) Sekali RM 2.12
*Pindahan Telegrafik (TT) Arahan Tetap
(Bagi TT Arahan Tetap, caj tambahan RM1.00 akan dikenakan untuk setiap kali transaksi Arahan Tetap dilakukan)
RM 2.12
RM 1.06
*Bank Draft
(Permohonan hanya boleh dibuat di TH Jalan Tun Razak))
RM 2.28
Pindahan Simpanan Arahan Tetap TH ke TH RM 1.06
*Transaksi ATM dan CDM RM 1.06
*Transaksi Internet
  • Maybank2u
  • iRAKYAT
RM 1.06
RM 1.06
Simpanan Syiling Kaunter bagi jumlah simpanan
RM500.00 dan ke atas untuk setiap transaksi (Caj ini dikecualikan bagi pejabat TH yang mempunyai CoDM-Coin Deposit Machine
RM 2.12
Gantian Buku Penuh
Pengecualian GST bagi buku rosak dan buku hilang
RM 1.06
RM 5.00 (tiada GST)
Penutupan Akaun RM 5.30

Perlaksanaan GST: Bermula 1 April 2015, perkhidmatan TH di bawah tertakluk kepada 6% GST (termasuk dalam caj semasa)
**Caj ini adalah bergantung kepada caj yang dikenakan oleh pihak bank dari semasa ke semasa

Zakat

Selain dijamin oleh Kerajaan, simpanan di TH adalah selamat dan bersih.  TH telah membayar zakat ke atas wang simpanan bagi pihak pendeposit selari dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979 yang memutuskan hal berikut.

Akad zakat ini turut tertera pada helaian Terma dan Syarat akaun TH serta Slip Simpanan Wang yang menyatakan persetujuan pendeposit bahawa simpanan wang mereka akan diuruskan oleh TH seperti mana yang bersesuaian. Ini juga memberi maksud bahawa urusan pembayaran zakat TH bagi pihak pendeposit termasuk di dalam perkara di atas.