Pelaburan
Aktiviti pelaburan adalah pelengkap kepada kitaran pengurusan simpanan deposit. Deposit yang diterima daripada pendeposit dilaburkan ke dalam aset-aset pelaburan patuh Syariah yang berdaya saing dan dapat memberikan pulangan yang kompetitif pada tahap risiko yang sesuai.
Objektif
Menjana pulangan yang mampan dan kompetitif untuk pendeposit daripada keuntungan modal/dividen dengan mengambil kira tahap risiko yang munasabah dan sepadan dengan pasaran semasa.
Melabur dalam pelaburan yang dibenarkan, berhemat dan selamat untuk memberikan pulangan yang setanding dengan pasaran, sambil memastikan pertumbuhan berterusan.
Pecahan terperinci Alokasi Aset Strategik (SAA)
Strategi pelaburan TH berasaskan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang diluluskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Rangka kerja pelaburan ini meliputi lima (5) kelas aset utama: pendapatan tetap, ekuiti, hartanah, ekuiti persendirian, dan tunai. Untuk memperkukuh strategi pelaburan TH, SAA akan dikaji secara berkala demi memastikan objektif dan pulangan dicapai pada tahap risiko yang berpatutan.
Rangka Kerja Pelaburan
Keputusan dan dasar pelaburan utama akan melalui beberapa tahap dan proses kelulusan sebelum diluluskan oleh Menteri yang bertanggungjawab.
Mesyuarat Agung Tahunan
Mesyuarat Agung Tahunan Atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Syarikat-Syarikat Pelaburan
Kuasa menentukan pendirian dan pelantikan wakil TH (proksi) dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Luar Biasa Syarikat-syarikat Pelaburan adalah berpandukan kepada Polisi Pelaburan yang diluluskan oleh YB Menteri yang bertanggungjawab. TH, dari masa ke semasa sentiasa ke arah cadangan penambahbaikan garis panduan sedia ada dengan mengambilkira perubahan dinamik dan amalan terbaik bagi tadbir urus korporat.