
Penglibatan TH dalam sektor Kewangan Islam adalah melalui BIMB Holdings Berhad (BHB), anak syarikat penuh TH.
Status BHB sebagai satu-satunya syarikat pegangan kewangan Islam yang tersenarai di Malaysia memberi kelebihan untuk BHB menawarkan kepada pasaran satu perkhidmatan kewangan patuh syariah yang lengkap, dari perbankan dan takaful ke pembrokeran saham.
BHB memberi fokus kepada aspek-aspek utama termasuk kualiti aset, kos pembiayaan, pengurusan modal secara proaktif dan pengurusan risiko yang diperkukuh.
BHB mampu mempertingkatkan prestasinya hasil sokongan menyeluruh anak-anak syarikat iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) dan BIMB Securities Sdn. Bhd. (BIMB Securities).
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi BIMB Holdings Berhad di www.bimbholdings.com/