Soalan Lazim Haji

Penangguhan Ibadat Haji 1442H/2021M

Jawapan

Soalan-soalan lazim berkaitan Penangguhan Ibadat Haji 1442H/2021M :

 

SOALAN

JAWAPAN

1.

Mengapakah Kerajaan Malaysia tidak menghantar Jemaah Haji untuk tahun ini?

  • Pada 12 Jun 2021, Kerajaan Arab Saudi telah memutuskan untuk menghadkan ibadah haji bagi Musim Haji 1442H untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang bermastautin didalam negara tersebut sahaja disebabkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang membimbangkan di seluruh dunia.
     
  • Selaras dengan keputusan ini, Kerajaan Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi Musim Haji 1442H setelah mengambil-kira keputusan Kerajaan Arab Saudi.

2.

Bolehkah rakyat Malaysia menunaikan haji tahun ini dengan menggunakan visa furada (visa urusan sendiri)?

  • Semua rakyat Malaysia yang berada di dalam negara tidak dibenarkan mengerjakan haji pada tahun ini walaupun dengan menggunakan visa furada.
     
  • Berdasarkan keputusan Kerajaan Arab Saudi yang telah dimaklumkan, tiada kemungkinan visa furada akan dikeluarkan oleh pihak Saudi tahun ini (seperti tahun 2020 yang lalu)

3.

Apakah yang akan terjadi kepada bakal haji yang diberi keutamaan menunaikan haji pada tahun ini?

Adakah penundaan ini akan menjejaskan giliran menunaikan haji tahun hadapan?

  • Bakal haji yang giliran asalnya menunaikan haji pada tahun 2020 (1441H) dan 2021 (1442H) akan diberi keutamaan untuk menunaikan haji pada tahun hadapan 2022 (1443H/2022M), tertakluk kepada kuota tahun semasa.
     
  • Bakal haji yang tahun giliran asalnya menunaikan haji adalah pada tahun 2020 (1441H) akan diberi keutamaan berbanding bakal haji 2021 (1442H) untuk tahun 2022.
     
  • Bakal haji yang tahun giliran asalnya menunaikan haji adalah pada tahun 2021 (1442H) akan diberi keutamaan berbanding bakal haji 2022 (1443H) untuk tahun 2022.

4.

Adakah Bakal Haji yang membuat rayuan mengerjakan haji pada tahun ini perlu merayu semula pada tahun hadapan?

  • Bakal haji yang membuat rayuan untuk menunaikan haji pada tahun ini (1442H/2021), perlu mengemukakan rayuan haji yang baru pada tahun hadapan (1443H/2022) untuk dinilai semula oleh TH.

5.

Adakah Kerajaan Malaysia akan menghantar jemaah haji bagi musim haji tahun 1443H/2022M?

  • Kerajaan Malaysia akan membuat keputusan mengenai penghantaran jemaah haji bagi tahun hadapan menjelang musim haji 1443H/2022M dengan mengambil kira keadaan semasa dan sebarang keputusan Kerajaan Arab Saudi ketika itu.
     
  • Kuota bagi musim haji 1443H/2022M akan hanya termaktub berdasarkan keadaan semasa dan sebarang keputusan Kerajaan Arab Saudi ketika itu juga.

6.

Bagaimana dengan giliran bakal haji yang sepatutnya mengerjakan haji pada tahun 1443H/2022M?

Adakah mereka harus menunggu setahun/dua lagi untuk menunaikan haji?

  • Tidak semestinya bakal haji yang sepatutnya mengerjakan haji pada tahun 1443H/2022 perlu menunggu setahun lagi kerana ia adalah tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa.
     
  • Bakal haji yang giliran asal menunaikan haji adalah pada tahun 1443H/2022 akan diberi keutamaan menunaikan haji pada tahun tersebut setelah keutamaan diberikan kepada:-
    (i) bakal haji yang giliran asal pada tahun 1441H/2020; dan
    (ii) setelah bakal haji yang giliran asal pada tahun 1442H/2021.

7.

Adakah rakyat Malaysia boleh membuat urusan badal haji tahun ini?

  • TH amat bimbang dengan kes penipuan badal haji yang berlaku setiap tahun dan meminta orang ramai untuk memastikan ejen atau individu yang menawarkan perkhidmatan ini mempunyai kebenaran menunaikan haji serta berkelayakan dari segi ilmu untuk melaksanakan badal haji itu dengan sempurna.
     
  • Untuk makluman orang ramai, pelaksanaan badal haji memerlukan setiap penduduk tempatan Arab Saudi dan penduduk negara luar yang bermastautin di Arab Saudi untuk memohon permit terlebih dahulu.

8.

Adakah TH akan membuat rayuan tambahan kuota pada tahun 1443H/2022M?

Setiap tahun TH akan membuat rayuan penambahan kuota daripada Kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan lebih ramai umat Islam di Malaysia menunaikan haji.

9.

Adakah Bayaran Haji untuk jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan haji akan kekal sebanyak RM9,980 untuk tahun hadapan?

Pada setiap musim haji, Kos Haji dan Bayaran Haji akan ditentukan dan diumumkan pada tahun berkenaan.

10.

Adakah bakal haji yang telah lulus pemeriksaan kesihatan tahun 1441H/2020M perlu membuat pemeriksaan kesihatan semula pada tahun hadapan?

Bakal Haji perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan semula pada tahun hadapan kerana tempoh sah laku pemeriksaan kesihatan adalah untuk 6 bulan sahaja.

11.

Adakah bakal haji yang telah membuat suntikan vaksin COVID-19 pada tahun 1442H/2021M perlu membuat suntikan vaksin COVID-19 semula pada tahun hadapan?

Bakal haji perlu mematuhi syarat-syarat kesihatan terkini yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan haji pada tahun hadapan, yang mungkin termasuk suntikan tambahan vaksin Covid-19. TH akan memaklumkan kelak kepada Bakal Haji akan keperluan suntikan vaksin COVID-19 dan lain-lain peraturan kesihatan yang berkaitan.

12.

Adakah Kerajaan Arab Saudi akan membenarkan bakal haji yang mempunyai risiko berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan asma menunaikan haji pada tahun 1443H/2022M?

Setiap bakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bakal haji juga perlu mematuhi syarat-syarat kesihatan terkini yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan haji.

13.

Adakah suntikan yang diwajibkan perlu diambil semula pada tahun 1443H/2022M?

  • Tidak perlu ambil semula suntikan wajib (meningococcal) jika tempoh sah belum tamat (3 atau 5 tahun mengikut jenis suntikan yang diambil) sebelum musim haji tahun hadapan.
     
  • Manakala bagi suntikan tambahan iaitu pneumococcal (5 tahun) dan influenza (setahun), ia juga bergantung kepada tempoh sah suntikan tersebut.
     
  • Jemaah haji dinasihatkan untuk menyimpan segala rekod suntikan vaksin dan menyemak maklumat suntikan vaksin pada Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH) atau merujuk semula kepada hospital/klinik kesihatan di mana suntikan tersebut diambil.

14.

Adakah wabak penyakit Covid-19 yang melanda dunia memberi kesan terhadap syarat istito’ah (kemampuan) dalam melaksanakan ibadat haji?

  • Resolusi Muzakarah Haji pada tahun 2020 telah menetapkan bahawa istitho’ah sama ada yang berkaitan dengan jasmani (badaniyyah) atau kesihatan (sihhiyyah) dan keselamatan (amniyyah) merupakan antara syarat-syarat wajib haji.
     
  • Sekiranya pihak doktor mengesahkan bahawa bakal haji tersebut berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit Covid-19 yang sedang melanda semasa musim haji, maka bakal haji yang mengidap penyakit kronik dianggap sebagai tidak memenuhi syarat istito’ah jasmani dan istito’ah kesihatan, atau;
     
  • Ulil Amri berhak mengehadkan bilangan atau tidak membenarkan bakal jemaah haji menunaikan fardhu haji ketika wabak.
     
  • Oleh itu, kewajipan menunaikan haji adalah gugur daripadanya.

15.

Apakah hukum masuk dan keluar dari negara yang mengalami wabak?

  • Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam mengendalikan sesuatu wabak penyakit yang melanda sesebuah tempat, sebagaimana mafhum hadith adalah seperti berikut: -

    “Jika kamu mendengar wabak melanda suatu negeri, maka jangan kamu memasukinya. Dan jika kamu berada di daerah itu janganlah kamu keluar untuk lari darinya” (HR. Bukhari & Muslim)
     
  • Oleh kerana seluruh dunia termasuk Malaysia dan Arab Saudi masih mengalami wabak ini, maka penangguhan ibadah haji pada tahun 1442H/2021 adalah lebih baik.

16.

Sekiranya Wabak Covid 19 masih menular sehingga musim haji tahun hadapan (2022) dan Kerajaan Arab Saudi masih menghadkan umur 18-60 tahun untuk mengerjakan haji, apakah sistem pengiliran akan berubah? Bagaimana dengan warga emas yang telah sampai giliran tunai haji?

  • TH masih berpegang kepada sistem penggiliran, yang dahulu didahulukan.
     
  • Untuk Haji tahun hadapan 1443H/2022, keutamaan diberikan kepada Bakal Haji yang tahun giliran menunaikan haji adalah pada tahun 2020 dan 2021 yang tertangguh pemergian haji mereka pada tahun berkenaan.
     
  • Kriteria pemilihan termasuk had umur dan kuota haji tahun hadapan (1443H/2022) masih belum diputuskan dan tertakluk kepada peraturan haji Kerajaan Arab Saudi.
     
  • Oleh itu, sebarang keputusan masa hadapan akan dibuat dengan mengambil kira aspek keselamatan, kesihatan dan keadaan semasa.
     
  • TH akan memaklumkan kriteria jemaah bagi Musim Haji 1443H/2022 apabila mendapat maklumat rasmi dari Kerajaan Arab Saudi.

17.

Apakah nasihat pengurusan kanan TH kepada semua bakal haji dan rakyat Malaysia yang beragama Islam?

  • Tuan/Puan harus memahami bahawa keputusan Kerajaan Malaysia menangguhkan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci tahun ini telah mengambil kira pelbagai aspek berikutan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia. Dalam situasi pada masa ini, wabak Covid-19 masih mengancam kesihatan dan nyawa di seluruh dunia.
    ​​​​​​​
  • TH yakin keputusan Kerajaan ini adalah yang terbaik untuk semua yang terlibat. Pembatalan permergian ibadat haji pernah berlaku dalam sejarah dunia sebelum ini.
     
  • Kebajikan, keselamatan dan kesihatan para jemaah haji dari segenap pelosok dunia yang berkumpul di Tanah Suci amat penting dalam menunaikan ibadah haji setiap musim haji.
     
  • Sepertimana yang kita semua faham bahawa dalam kewajipan menunaikan haji ia adalah tertakluk kepada kemampuan (‘Istito’ah’) seseorang.
     
  • Di antara ciri Istito’ah ialah kesihatan, keselamatan, kemampuan kewangan dan kebenaran kuota (iaitu terpilih menunaikan haji).
  • TH menasihati supaya semua bakal haji redha dan menerima dengan baik akan keputusan ini.
     
  • Dengan niat yang ikhlas dan usaha berterusan oleh para bakal haji, didoakan semoga Allah memberi ganjaran yang sewajarnya apabila kita redha dengan ketetapan Allah ini.
     
  • TH menasihati semua bakal haji tahun ini untuk ambil kesempatan bagi mendalami ilmu haji dan membuat persiapan yang sewajarnya dari segi ilmu, rohani, jasmani, kesihatan dan kewangan.
     
  • Banyakan berdoa semoga Tuan/Puan terpilih sebagai Tetamu Allah pada musim haji akan datang.
     
  • Pihak TH akan memberi keutamaan kepada mereka yang giliran asal tunai haji pada tahun 1441H/2020 dan 1442H/2021 untuk dipertimbangkan bagi musim haji 1443H/2022 nanti.

​​​​​​​

Rayuan Haji

Jawapan

Rayuan boleh dibuat bermula 22 Disember 2020 (7 Jamadil Awal 1442H).

Jawapan

Rayuan boleh dibuat bermula  22 Disember 2020 menggunakan Aplikasi THiJARI.

Jawapan

Tarikh akhir rayuan tunai haji adalah pada 1 Rejab setiap tahun.

Jawapan
  1. Semua pendeposit TH;
  2. Telah mendaftar haji; dan
  3. Telah mendaftar Aplikasi THiJARI (Hanya pendeposit akaun dewasa (18 tahun ke atas) sahaja boleh mendaftar THiJARI). 
Jawapan

Pendeposit hendaklah membuat rayuan secara di atas talian melalui Aplikasi THiJARI.

Jawapan

Pendeposit TH boleh membuat pendaftaran THijari melalui website. (www.thijari.com.my)

Jawapan

Boleh. Pendeposit hendaklah muat turun Aplikasi THiJARI di dalam telefon bimbit.

Jawapan

Kategori rayuan adalah seperti berikut:

  1. Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
  2. Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (44 tahun dan ke bawah)
  3. Isteri mengikut suami Terpilih    
  4. Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (45 tahun dan ke atas)
  5. Isteri mengikut suami dan madu Terpilih
  6. Bakal Haji Orang Kurang Upaya (OKU)
  7. Bakal Haji Muallaf
  8. Bakal Haji Lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
  9. Bakal Haji Daftar Lama.
  10. Lain-lain Rayuan
Jawapan

Hanya seorang sahaja yang dibenarkan merayu bagi setiap rayuan.

Jawapan

Tidak. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan merayu bagi setiap rayuan.

Jawapan

Pendeposit hanya dibenarkan mempunyai 1 rayuan sahaja bagi setiap musim haji. 

Jawapan

Tidak. Pendeposit hendaklah membuat rayuan menggunakan Aplikasi THiJARI.

Jawapan

Tidak perlu lagi kerana telah ada rekod rayuan tunai haji.

Jawapan

Ya. pendeposit akan mendapat maklumbalas permohonan rayuan melalui:

  1. Paparan pengesahan rayuan yang boleh dimuat turun dan dicetak.
  2. Emel THiJARI kepada pemohon.
Jawapan

Boleh. Pendeposit boleh menyemak semula status rayuan mereka dengan menggunakan Aplikasi THiJARI.

Jawapan

Boleh. Pendeposit boleh menyemak semula tarikh rayuan dengan menggunakan Aplikasi THiJARI.

Jawapan

Boleh. Pendeposit boleh memilih lebih daripada satu alasan di bawah kategori Lain-lain Rayuan.

Jawapan

Pendeposit tidak boleh memuat naik dokumen sokongan semasa rayuan dibuat.

Jawapan

Dokumen sokongan perlu disahkan dahulu dan hendaklah dihantar ke Pejabat TH Cawangan yang berhampiran. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan dalam Surat Akuan Terimaan Rayuan mengikut kategori berikut:

  1. Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
  2. Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (44 tahun dan ke bawah)
  3. Isteri mengikut suami Terpilih
  4. Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (45 tahun dan ke atas)
  5. Isteri mengikut suami dan madu Terpilih
  6. Bakal Haji Orang Kurang Upaya (OKU)
  7. Bakal haji Muallaf
Jawapan

Tidak boleh. Pendeposit perlu mengemukakan sendiri dokumen sokongan yang telah disahkan ke TH Cawangan yang berhampiran.

Jawapan

Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A. Manakala bagi Borang Pengesahan Mahram hendaklah disahkan oleh:

  1. Pegawai Tadbir Agama Daerah
  2. Penghulu
  3. Penggawa
  4. Ketua Kampung
  5. Nazir/Imam Masjid
Jawapan

Boleh. (Rujuk jawapan soalan No. 4)

Jawapan

Ya. Pasangan pendeposit yang tidak terpilih hendaklah membuat rayuan semula dengan menukar kategori rayuan melalui Aplikasi THiJARI.

Jawapan

Sekiranya pendeposit tidak menerima sebarang makluman daripada TH sehingga akhir Ramadhan, permohonan rayuan tunai haji pendeposit adalah tidak berjaya.

Jawapan

Boleh.  Pendeposit yang telah membuat rayuan lanjut usia, daftar lama dan lain-lain rayuan, boleh menukar sendiri rayuan mereka melalui Aplikasi THiJARI kepada kategori rayuan yang lain, jika layak. 

Jawapan

Boleh. Pendeposit boleh membuat rayuan haji pada tahun semasa.

Jawapan

Tidak boleh. Pendeposit perlu membuat pendaftaran haji terlebih dahulu. (Rujuk jawapan soalan No. 4)

Jawapan

Ya. Rayuan perlu dibuat semula kerana rayuan hanya sah pada tahun semasa sahaja.

Jawapan

Tidak. Pendeposit perlu membuat rayuan melalui Aplikasi THiJARI secara individu.

Jawapan

Tidak Boleh. Pendeposit perlu hadir ke Pejabat TH Cawangan untuk kemukakan permohonan pembatalan rayuan, samada rayuan beliau telah diluluskan atau belum.