
Penglibatan TH dalam sektor hospitaliti dan perkhidmatan di dalam dan luar negara, diterajui oleh anak syarikat milik penuh kami, TH Hotel & Residence Sdn. Bhd (THHR). THHR diuruskan oleh para profesional dengan gabungan pengalaman dan kemahiran lebih 50 tahun dalam Industri Hospitaliti & Perkhidmatan. Kelebihan unik yang ditawarkan oleh THHR adalah jaminan perkhidmatan patuh Syariah serta pematuhan kepada kehendak penyediaan makanan ‘halal dan toyyiban’.
Di dalam negara, THHR menguruskan TH Hotel Kota Kinabalu, Kelana Jaya, Pulau Pinang, TH Hotel & Pusat Konvensyen Terengganu dan Alor Setar. Hotel-hotel ini telah ditambahbaik dan dijenama semula dengan wajah baharu disamping menawarkan perkhidmatan yang setaraf dengan hotel-hotel komersil dengan piawaian serupa.
Kompleks TH Movenpick, Sepang

Kompleks TH Kelana Jaya, Selangor

Kompleks TH Alor Setar, Kedah

Kompleks TH Bayan Lepas, Pulau Pinang

Kompleks TH Terengganu

Kompleks TH Kota Kinabalu, Sabah
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi TH Hotel & Residence Sdn Bhd di http://thhotels.com.my/