e-Whistleblowing
Sila baca dan fahami Prosedur Whistleblowing kami sebelum menghantar pendedahan anda.
Whistleblowing
TH telah mewujudkan Dasar Pendedahan Maklumat ("Whistleblowing Policy") salah laku di tempat kerja bagi memudahkan anggota TH atau orang awam melaporkan pelanggaran tatalaku dan/atau integriti, secara berstruktur dan dengan jaminan bahawa identiti Pemberi Maklumat dilindungi dan dirahsiakan.
Pendedahan tentang salah laku seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh seseorang yang dilantik oleh TH boleh dilakukan melalui salah satu saluran-saluran berikut:
- E-mail ke alamat whistle@lth.gov.my
- Surat kepada : BAHAGIAN INTEGRITI,
Level 15, Menara TH Tun Razak
201, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur - Telefon ke talian 03-2054 3317 / 03-2054 3306 dari Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 5.00 petang).
- Hadir ke pejabat Ketua Pegawai Integriti/ Bahagian Integriti.
Perlindungan Pemberi Maklumat
Pemberi Maklumat akan diberi perlindungan di bawah Dasar ini jika pendedahan yang dibuat adalah benar dan jujur. Perlindungan Pemberi Maklumat adalah termaktub di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang menetapkanbahawa identiti Pemberi Maklumat akan dilindungi dan dirahsiakan.
Pemberi Maklumat perlulah mengemukakan identiti seperti di bawah:
- Nama;
- No. Kad Pengenalan; dan
- No. Telefon untuk dihubungi-Pejabat/ Telefon Bimbit/ Rumah
Pemberi Maklumat akan dimaklumkan mengenai hasil pendedahan yang dilakukan.
Skop Pelaporan
Apa-apa kelakuan yang tidak wajar (salah laku atau kesalahan jenayah) termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
- Rasuah dan penipuan.
- Kesalahan jenayah.
- Penyalahgunaan dana atau aset TH.
- Salah guna kuasa yang serius dalam TH.
- Penyelewengan kewangan atau pelanggaran peraturan kewangan yang serius dalam TH.
- Ketidakpatuhan kepada Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), Kaedah Am dan peraturan-peraturan.
- Tindakan/ pengabaian yang membahayakan kesihatan dan keselamatan anggota TH, orang ramai atau alam sekitar.
- Tindakan sengaja mengarah atau menasihati seseorang untuk melakukan mana-mana satu daripada perkara di atas.
Kandungan Pendedahan Maklumat
Maklumat yang hendak dilaporkan perlu mengandungi perkara berikut:
- Nama Pesalah Laku;
- Keterangan tentang insiden yang didakwa berlaku;
- Waktu kejadian;
- Tarikh kejadian;
- Maklumat lain yang berkenaan;
- Bukti sokongan(jika ada) ;
Perlindungan
Perlindungan Pemberi Maklumat terbatal sekiranya:
- Pemberi maklumat mengambil bahagian dalam perlakuan tidak wajar.
- Pemberi maklumat dengan sengaja memberikan kenyataan palsu.
- Pendedahan maklumat dilakukan dengan niat jahat.
- Pendedahan maklumat adalah remeh dan menyusahkan.
Makluman Hasil Pendedahan
Pemberi Maklumat akan dimaklumkan mengenai hasil pendedahan yang dilakukan oleh beliau.