• Home
  • Media Sosial
    • Facebook
    • X
    • Instagram
    • TikTok
    • YouTube
    • Linkedin
  • Karier
  • OKU
  • Janji Temu
  • Lokasi
    Cawangan
  • Hubungi
    Kami
  • MENU
  • Korporat

    Informasi Korporat

    • Tentang Kami
    • Rangka Kerja Pengawasan TH
    • Data & Statistik
    • Notis Privasi
    • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    • Laporan Tahunan

    Struktur Organisasi

    • Carta Organisasi
    • Lembaga
    • Panel Pelaburan
    • Jawatankuasa Penasihat Syariah
    • Barisan Pengurusan

    Integriti

    • Dasar-Dasar Integriti
    • e-Whistleblowing

    Pemerkasaan Komuniti

    • Tentang Zakat
    • Program Zakat
    • Sumbangan
    • Sahabat Korporat TH

    Karier dan Latihan Industri

    • Info

    Direktori

    • Ibu Pejabat
    • Pejabat Cawangan

    Media & Muat Turun

    • Berita
    • Kenyataan Media
    • Laporan Tahunan
    • Khutbah Arafah
    • Galeri Foto
  • Simpanan

    Maklumat Am

    • Simpanan
    • Pembukaan Akaun
    • Penutupan Akaun
    • Kad Debit-i TH
    • Penamaan Waris
    • Data & Statistik
    • Agihan Keuntungan

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • Rakan Strategik
    • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
    • TH Khairat
    • TH Komuniti
    • Hibah Amanah
    • Kelab TaHa
    • JomPAY

    Soalan Lazim

    • Simpanan
    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • JomPAY
    • TH Khairat
    • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit

    Kempen

    • Kempen Auto Simpan @ THiJARI
    • Kempen Cemerlang SPM 2024
    • Kempen Raikan Kelahiran
    • Kempen Simpanan Berkat Ganjaran Hebat 2025
    • Kempen Bijak Menabung
    • Kempen #SimpanKonsisten
  • Haji

    Maklumat Am

    • Pengurusan Haji
    • Pendaftaran Haji
    • Rayuan Haji
    • Kos Haji dan Bayaran
    • Kuota Haji
    • Operasi Haji
    • Data & Statistik

    Bimbingan

    • E-Bimbingan Portal
    • Kursus Haji
    • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
    • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
    • Penerbitan Haji
    • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
    • Resolusi Muzakarah Haji
    • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)

    Perkhidmatan

    • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
    • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
    • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

    Soalan Lazim

    • Kursus Asas Haji 1447H/2026M
    • Rayuan Haji 1447H/2026M
    • Bayaran Haji & Bantuan Kewangan Haji bagi Tahun 1447H/2026M

    Kempen

    • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #GaleriHajiTH
  • Pelaburan

    Maklumat Am

    • Pelaburan

    Pelaburan TH

    • Ekuiti
    • Pendapatan Tetap
    • Hartanah
    • Lain-lain

    Pelaburan Strategik

    • Kewangan Islam
    • Perladangan
    • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
    • Hospitaliti
    • Perkhidmatan Lain

    Soalan Lazim

    • Pelaburan

Bahasa

  • English
  • Bahasa Malaysia

Amanah dan komited
demi anda.

Amanah dan komited demi anda.
Home
  • Korporat
    • Informasi Korporat
      • Tentang Kami
      • Rangka Kerja Pengawasan TH
      • Data & Statistik
      • Notis Privasi
      • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
      • Laporan Tahunan
    • Struktur Organisasi
      • Carta Organisasi
      • Lembaga
      • Panel Pelaburan
      • Jawatankuasa Penasihat Syariah
      • Barisan Pengurusan
    • Integriti
      • Dasar-Dasar Integriti
      • e-Whistleblowing
    • Pemerkasaan Komuniti
      • Tentang Zakat
      • Program Zakat
      • Sumbangan
      • Sahabat Korporat TH
    • Karier dan Latihan Industri
      • Info
    • Direktori
      • Ibu Pejabat
      • Pejabat Cawangan
    • Media & Muat Turun
      • Berita
      • Kenyataan Media
      • Laporan Tahunan
      • Khutbah Arafah
      • Galeri Foto
  • Simpanan
    • Maklumat Am
      • Simpanan
      • Pembukaan Akaun
      • Penutupan Akaun
      • Kad Debit-i TH
      • Penamaan Waris
      • Data & Statistik
      • Agihan Keuntungan
    • Perkhidmatan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • Rakan Strategik
      • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
      • TH Khairat
      • TH Komuniti
      • Hibah Amanah
      • Kelab TaHa
      • JomPAY
    • Borang-Borang
    • Soalan Lazim
      • Simpanan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • JomPAY
      • TH Khairat
      • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
    • Kempen
      • Kempen Auto Simpan @ THiJARI
      • Kempen Cemerlang SPM 2024
      • Kempen Raikan Kelahiran
      • Kempen Simpanan Berkat Ganjaran Hebat 2025
      • Kempen Bijak Menabung
      • Kempen #SimpanKonsisten
  • Haji
    • Maklumat Am
      • Pengurusan Haji
      • Pendaftaran Haji
      • Rayuan Haji
      • Kos Haji dan Bayaran
      • Kuota Haji
      • Operasi Haji
      • Data & Statistik
    • Perkhidmatan
      • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
      • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
      • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
    • Bimbingan
      • E-Bimbingan Portal
      • Kursus Haji
      • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
      • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
      • Penerbitan Haji
      • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
      • Resolusi Muzakarah Haji
      • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)
    • Soalan Lazim
      • Kursus Asas Haji 1447H/2026M
      • Rayuan Haji 1447H/2026M
      • Bayaran Haji & Bantuan Kewangan Haji bagi Tahun 1447H/2026M
    • Muzium Haji
      • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #GaleriHajiTH
  • Pelaburan
    • Maklumat Am
      • Pelaburan
    • Pelaburan
      • Ekuiti
      • Pendapatan Tetap
      • Hartanah
      • Lain-lain
    • Pelaburan Strategik
      • Kewangan Islam
      • Perladangan
      • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
      • Hospitaliti
      • Perkhidmatan Lain
    • Soalan Lazim
      • Pelaburan
  • English
  • Bahasa Malaysia

Pengumuman

  • Karier & Latihan Industri, info lanjut>
  • THiJARI, Perkhidmatan TH kini dihujung jari anda
  • Status Cuti Umum Melibatkan Operasi Pejabat TH : November 2025
  • Status Cuti Umum Melibatkan Operasi Pejabat TH : Disember 2025
Wukuf
26 Mei 2026 / 9 Zulhijjah 1447H
203
Hari Lagi

Soalan-Soalan Lazim Rayuan Tunai Haji Secara Online Melalui THiJARI bagi Musim Haji 1447H/2026M

 
  Soalan Jawapan
1. Bilakah tarikh permohonan rayuan tunai haji 1447H mula dibuka? Bakal haji (BH) boleh mula membuat rayuan mulai 3 November 2025.
2. Bagaimanakah cara bakal haji membuat permohonan rayuan? BH boleh membuat rayuan melalui aplikasi THiJARI bermula 3 November 2025.
3. Apakah syarat kelayakan untuk membuat rayuan haji bagi musim haji 1447H/2026M?

i. Pemohon mestilah telah berdaftar haji dengan Tabung Haji (TH).
ii. Pemohon hendaklah mencukupkan simpanan di akaunTH iaitu sekurangkurangnya RM15,000.

4. Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat rayuan? Tiada dokumen yang diperlukan semasa membuat rayuan kecuali rayuan mahram, OKU dan muallaf. Sila rujuk Maklumat Garis Panduan Pengurusan Rayuan.
5. Adakah setiap rayuan dijamin akan diluluskan? Semua rayuan yang diterima akan diproses mengikut merit dan tertakluk kepada kekosongan. Tawaran hanya akan dikeluarkan kepada rayuan yang berjaya terpilih sahaja.
6. Bilakah keputusan rayuan akan diumumkan? Pemohon yang berjaya akan dikeluarkan tawaran tunai haji melalui SMS, emel dan notifikasi THiJARI untuk memuat turun surat tawaran tunai haji. Sekiranya tiada apa-apa makluman sehingga akhir Syawal 1447H, maka rayuan adalah tidak berjaya.
7. Siapakah yang BH boleh hubungi untuk maklumat lanjut? BH boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-62071919 atau emel: th-info@lth.gov.my
8. Siapakah yang layak membuat rayuan?
  1. Semua pendeposit TH yang mendaftar haji; dan
  2. Telah mendaftar aplikasi THiJARI (Hanya pendeposit akaun dewasa18 tahun ke atas).
  3. Bagi akaun kanak-kanak di bawah 18 tahun yang tiada THiJARI, boleh mengemukakan rayuan di kaunter TH Cawangan.
9. Bagaimanakah cara hendak mendaftar THiJARI?

Pendeposit TH perlu memuat turun aplikasi THiJARI melalui App Store atau Play Store atau IOS atau melayari website (www.thijari.com.my).

10. Bolehkah pendeposit membuat rayuan menggunakan telefon bimbit? Ya. Pendeposit hendaklah muat turun Aplikasi THiJARI ke dalam telefon bimbit melalui App Store atau Play Store.
11. Apakah kategori rayuan boleh dipohon?

Kategori rayuan adalah seperti berikut:

  1. Suami menjadi mahram kepada isteri terpilih
  2. Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (24 tahun dan ke bawah)
  3. Isteri mengikut suami terpilih
  4. Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (25 tahun dan ke atas)
  5. Isteri mengikut suami dan madu Terpilih
  6. Bakal Haji Orang Kurang Upaya (OKU)
  7. Bakal Haji Muallaf
  8. Bakal Haji Lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
  9. Bakal Haji Daftar Lama.
  10. Lain-lain Rayuan
12. Bolehkah rayuan dibuat secara berkelompok? Tidak. Setiap BH perlu mengemukakan permohonan rayuan secara individu.
13. Berapa kali BH boleh membuat rayuan tunai haji? BH dibenarkan mengemukakan rayuan sekali sahaja bagi setiap musim haji.
14. Bolehkah pendeposit membuat rayuan di pejabat TH Cawangan? Pendeposit digalakkan membuat rayuan menggunakan Aplikasi THiJARI.
15. Adakah pendeposit perlu membuat rayuan bertulis, sedangkan telah membuat rayuan melalui THiJARI? Tidak. BH tidak perlu mengemukakan rayuan lagi kerana telah ada rekod rayuan melalui THiJARI.
16. Adakah TH akan memberi maklum balas sekiranya pendeposit membuat rayuan secara online? Ya. Pendeposit akan mendapat maklumbalas permohonan rayuan melalui: a. Pengesahan terimaan rayuan yang boleh dimuat turun dan dicetak selepas permohonan dibuat. b. Notifikasi emel THiJARI akan dihantar kepada pemohon.
17. Bolehkah pendeposit menyemak status rayuan dari semasa ke semasa ? Ya. Pendeposit boleh menyemak semula status rayuan mereka dengan menggunakan THiJARI.
18. Bolehkah pendeposit menyemak semula tarikh rayuan dibuat? Ya. Pendeposit boleh menyemak semula tarikh rayuan dengan menggunakan THiJARI.
19. Bolehkah pendeposit memilih pelbagai alasan semasa membuat rayuan? Ya. Pendeposit boleh memilih lebih daripada satu alasan di bawah kategori Lain-lain Rayuan.
20. Adakah pendeposit perlu memuat naik dokumen sokongan semasa rayuan dibuat? Pendeposit tidak perlu memuat naik dokumen sokongan semasa membuat rayuan.
21. Bagaimanakah pendeposit mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan?

Dokumen sokongan perlu disahkan terlebih dahulu dan hendaklah dihantar ke Pejabat TH Cawangan yang berhampiran. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan dalam Surat Akuan Terimaan Rayuan mengikut kategori berikut:

  1. Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
  2. Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (24 tahun dan ke bawah)
  3. Isteri mengikut suami Terpilih
  4. Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (25 tahun dan ke atas)
  5. Isteri mengikut suami dan madu Terpilih
  6. Bakal Haji Orang Kurang Upaya (OKU)
  7. Bakal haji Mualaf
22. Bolehkah pendeposit menghantar dokumen sokongan yang telah disahkan melalui emel ke TH Cawangan? Tidak. Pendeposit hendaklah mengemukakan sendiri dokumen sokongan yang telah disahkan ke TH Cawangan yang berhampiran.
23. Siapakah Pegawai yang boleh mengesahkan dokumen sokongan? Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A. Manakala bagi Borang Pengesahan Mahram hendaklah disahkan oleh:
  1. Pegawai Tadbir Agama Daerah
  2. Penghulu
  3. Penggawa
  4. Ketua Kampung
  5. Nazir/Imam Masjid
24. Bolehkah pendeposit yang baru mendaftar haji membuat rayuan walaupun belum cukup wang Bayaran Haji? Tidak. BH yang ingin merayu perlu mempunyai baki minima RM15,000 ke dalam akaun TH sebelum boleh membuat rayuan haji.
25. Bolehkah seorang pemastautin tetap (PR) membuat rayuan tunai haji? Seorang PR hanya boleh membuat rayuan sekiranya suami/isteri (warganegara Malaysia) telah terpilih menunaikan haji.
26. Sekiranya pendeposit dan pasangan telah membuat rayuan dan salah seorang daripada mereka terpilih menunaikan haji, adakah pasangan pendeposit yang tidak terpilih perlu membuat rayuan semula? Ya. Pasangan pendeposit yang tidak terpilih hendaklah membuat rayuan semula dengan menukar kategori rayuan kepada rayuan mahram melalui THiJARI.
27. Bilakah tarikh akhir keputusan rayuan tunai haji? Sekiranya pendeposit tidak menerima sebarang makluman daripada TH sehingga akhir Syawal, permohonan rayuan tunai haji pendeposit adalah tidak berjaya.
28. Bolehkah pendeposit membuat pertukaran kategori rayuan tunai haji? Ya. Pendeposit yang telah membuat rayuan lanjut usia, daftar lama dan lainlain rayuan, boleh menukar sendiri rayuan mereka melalui Aplikasi THiJARI kepada kategori rayuan yang lain, jika layak.
29. Tahun peruntukan haji masih lama lagi, bolehkah pendeposit membuat rayuan tunai haji? Boleh. Pendeposit boleh membuat rayuan haji pada tahun semasa apabila rayuan dibuka.
30. Pendeposit telah terpilih pada tahun 2025 (1446H), tetapi terpaksa menunda pemergian ke Tanah Suci atas sebabsebab tertentu. Bolehkah pendeposit membuat rayuan semula pada tahun ini? Boleh. Pendeposit perlu membuat semula rayuan tunai haji.
31. Pendeposit belum mendaftar haji, bolehkah pendeposit membuat rayuan haji? Tidak boleh. Pendeposit perlu membuat mendaftar haji terlebih dahulu sebelum mengemukakan rayuan.
32. Pendeposit telah membuat rayuan pada tahun-tahun sebelum ini, perlukah pendeposit membuat rayuan semula pada tahun ini? Ya. Rayuan perlu dibuat semula kerana rayuan hanya sah pada tahun semasa sahaja.
33. Pendeposit telah membuat rayuan tunai haji pada tahun-tahun sebelum ini dan telah terpilih, tetapi tidak pergi menunaikan haji disebabkan masalah tertentu. Perlukah pendeposit membuat rayuan semula? Ya. Jika pendeposit ingin menunaikan haji pada tahun semasa, BH perlu mengemukakan rayuan semula.
34. BH telah mengisi borang permohonan menunaikan fardu haji kepada THTS atau PJH, adakah ianya dikira sebagai rayuan kepada TH? Tidak. Pendeposit perlu membuat rayuan melalui THiJARI.
35. Bolehkah pendeposit membatalkan permohonan rayuan yang telah dibuat melalui Aplikasi THiJARI? Tidak boleh.Pendeposit perlu hadir ke Pejabat TH Cawangan yang berhampiran untuk kemukakan permohonan pembatalan rayuan.
36. Bagaimana jika BH hendak membuat rayuan bersama pasangan? BH boleh mengemukakan nama pasangan (suami/isteri) jika merayu dalam kategori Lain-lain Rayuan sahaja. Walau bagaimanapun, BH hendaklah terlebih dahulu mengemaskini profail maklumat peribadi (borang JP003).
37. Jika BH telah memasukkan nama pasangan dalam kategori Lain-lain Rayuan, adakah pasangan perlu membuat rayuan juga? Ya. Walaupun BH telah memasukkan nama pasangan dalam Lain-lain Rayuan, pasangan kepada BH masih perlu untuk membuat rayuan.

 

"Tabung Haji adalah Institusi Pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001"

Alhamdulillah, portal ini telah dilawati 0 kali.
Telah dikemaskini pada 4-11-2025

Pelayar yang disyorkan : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 Portal ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.

Polisi TH

Notis Privasi TH
Dasar Privasi Portal TH
Terma & Syarat
Dasar Keselamatan
Hak Cipta Terpelihara

Penafian:

Hak cipta laman web rasmi Lembaga Tabung Haji (“TH”) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, logo dan susunannya, dan bahan-bahan di dalamnya dimiliki oleh TH melainkan dinyatakan sebaliknya. Tiada bahagian atau bahagian laman web ini boleh diubahsuai, disalin, diedarkan, dihantar semula, disiarkan, dipaparkan, diterbitkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindahkan, dijual atau dijual secara komersil dengan apa-apa cara tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada TH.

Kerajaan Malaysia dan TH tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal TH ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk di dalam portal ini tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen atau syarikat yang disyorkan oleh TH.

Perhubungan & Bantuan

Borang Maklumbalas
Peta Laman
 

Anggota TH

E-Anggota

Media Sosial

Official Facebook TH Official X TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ https://www.tiktok.com/@tabunghaji Official TH You Tube Official TH Linkedin