THiJARI

THiJARI TH sentiasa berusaha menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para pendeposit kami. Menyedari akan kepantasan dunia tanpa sempadan pada hari ini serta jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia yang tinggi dan peningkatan jumlah pendeposit dari kalangan Gen-Y, TH mengambil inisiatif memperkenalkan perkhidmatan atas talian demi kemudahan dan keselesaan pendeposit.

Ini adalah usaha untuk mempelbagaikan perkhidmatan interaktif atas talian tanpa sempadan, yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Aplikasi THiJARI adalah aplikasi mudah alih yang memberi kemudahan kepada semua pendeposit membuat transaksi; menyemak baki simpanan; pemindahan wang; membuat dan menyemak pendaftaran haji; tawaran haji serta memperolehi jadual penerbangan. Aplikasi THiJARI boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store secara percuma.

Kandungan THiJARI

Aplikasi Kemudahan
Akaun TH Deposit
Semak baki akaun, pindahan wang & sejarah transaksi akaun


Haji
Pendaftaran Haji, Semak Pendaftaran Haji, Semak Tawaran Haji, Cetakan Slip Pendaftaran Haji & Semak Jadual Penerbangan. (Kemudahan yang baharu dibangunkan ini amat bermanfaat kepada para jemaah haji musim haji 1438H yang akan mula berlepas ke Tanah Suci pada 24 Julai 2017)

Kelab TaHa
Pendaftaran & semakan Kelab TaHa

Perkhidmatan MyQ TH Membolehkan pengguna mendapatkan nombor giliran secara atas talian atau ”pre booked” bagi melakukan urusan di mana-mana kaunter pejabat TH di seluruh negara.
Informasi TH Korporat
Maklumat Korporat TH


Deposit
Maklumat am dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh TH

Haji
Maklumat pengurusan haji, urusan di tanah air dan tanah suci serta soal jawab berkaitan haji

Anak Syarikat
Maklumat ringkas mengenai anak-anak syarikat TH.

Direktori TH
  • Memaparkan maklumat mengenai THCC, ibu Pejabat, senarai pejabat TH dan anak syarikat.
  • Pandu arah ke pejabat TH pilihan (Google Map dan Waze)
Berita Terkini
  • Paparan berita terkini dari syarikat akhbar seperti Berita Harian, Metro dan sebagainya.
  • Paparan berita lain mengenai TH, Haji & Umrah dan sebagainya
Promosi  Paparan iklan produk dan barangan dari rakan strategik THiJARI
e-Majalah Panduan dan maklumat berguna mengenai haji, pengurusan kewangan, sejarah penubuhan TH dan sebagainya.

Muat Turun Manual