Pendaftaran Haji
Konsep
TH telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” sejak dari tahun 1995. Oleh itu, pendeposit TH yang mendaftar haji akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.
Ini bermakna, semua Pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran haji layak dipilih untuk menunaikan haji apabila tiba giliran tahun peruntukan bagi menunaikan haji.
Syarat-Syarat
Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu:
- Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.
- Tidak pernah menunaikan fardu haji.
- Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter TH.
- Tidak melebihi 6 orang bagi satu kumpulan.
Saluran Pendaftaran Haji
Pendaftaran haji boleh dilakukan di :
Bakal Haji Rakyat Malaysia dari Luar Negara
- Rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan ingin mendaftar sebagai bakal haji Malaysia, boleh mendapatkan keterangan lanjut serta peraturan berkaitan dengan melayari Sistem Pendaftaran Haji Luar Negara.
- Sebelum membuat permohonan, bakal haji hendaklah terlebih dahulu mendapatkan penerangan dan penjelasan berkaitan Peraturan Haji Arab Saudi, daripada Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi (KBDRAS) di negara tempat tinggal pemohon (atau negara yang paling hampir), bagi memastikan tidak ada masalah dari segi visa, pemeriksaan kesihatan, bayaran wajib dan sebagainya. Sebagai panduan, tuan/ puan bolehlah melayari laman web KBDRAS di www.mofa.gov.sa.
- Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :
- Hj Basiron Bin Baba
Emel: basiron.baba@lth.gov.my - Hj Mohd Ridzuan Bin Yusoff
Emel: ridzuan2@lth.gov.my
Pembatalan / Penundaan Pemergian Haji
Bakal haji yang telah menerima tawaran menunaikan haji tetapi berhasrat untuk menunda iaitu membatalkan pemergian haji boleh mengemukakan permohonan mereka ke pejabat TH yang berhampiran tetapi caj pembatalan/ penundaan akan dikenakan mengikut kadar tertentu.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menunda, peluang menunaikan haji pada tahun berikutnya adalah tertakluk kepada kekosongan dan tiada jaminan bakal haji akan ditawarkan semula untuk menunaikan haji.
Kadar denda yang dikenakan kepada bakal haji yang membatalkan atau membuat penundaan adalah mengikut kategori berikut:
- Kategori I
Denda pembatalan sebanyak RM500 akan didebit daripada akaun TH pendeposit sekiranya membatalkan pemergian haji setelah menerima tawaran menunaikan haji.
- Kategori II
Denda pembatalan sebanyak RM 2500 akan didebit daripada akaun TH pendeposit sekiranya membatalkan pemergian haji setelah jadual penerbangan haji dikeluarkan.
- Kategori III
Denda pembatalan sebanyak RM7,500 akan didebit daripada akaun TH pendeposit sekiranya membatalkan pemergian haji setelah visa haji diperuntukkan.
Pendaftaran melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Melalui skim pendaftaran haji ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pendeposit TH hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji.
- Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP adalah seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurang RM1,300.00
- Berumur 14 hingga 55 tahun sahaja
Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran haji KWSP, pendeposit TH boleh merujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.