Kos Haji dan Bayaran
Kos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji
Kos haji Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Arab Saudi, kos sajian, kursus haji, kos perubatan dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.
Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi Musim Haji 1447H/2026M untuk jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:

Bantuan Kewangan Haji (HAFIS)
Klik disini untuk Bantuan Kewangan Haji (HAFIS)
TH masih terus menanggung kos-kos tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:
- Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
- Kursus-kursus haji,
- Petugas haji kebajikan dan perubatan,
- Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
- Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
- Ubat-ubatan.
Pengeluaran Haji Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Bermula 1 Januari 2026, ahli KWSP yang memohon Pengeluaran Haji KWSP hanya perlu mengemukakan dokumen seperti berikut :
- Kad Pengenalan; dan
- Surat Tawaran Mengerjakan Haji (Musim Haji Tahun Semasa) dari Lembaga Tabung Haji (TH)
Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga maksimum RM10,000.00, tertakluk kepada baki simpanan di Akaun Sejahtera KWSP masing-masing. Sehubungan itu, ahli KWSP tidak lagi perlu mengemukakan penyata simpanan Tabung Haji (TH) kepada pihak KWSP.
Untuk maklumat lanjut berkenaan pengeluaran haji KWSP, pendeposit TH boleh merujuk ke laman web rasmi KWSP.