Balai Berita

2023

April 2023

April 28

28 April 2023 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Kadar Agihan Keuntungan 2022 TH Kekal 3.10 Peratus Selepas Zakat

KUALA LUMPUR, 28 April 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Agihan Keuntungan tahun kewangan 2022 pada kadar 3.10 peratus setelah mengambil kira zakat 2.57 peratus. Agihan Keuntungan ini melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.65 bilion dan akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit TH.

April 04

4 April 2023 Kenyataan Akhbar | Haji
Bakal Haji Perlu Muat Turun Aplikasi Saudi Visa Bio

KUALA LUMPUR, SELASA, 4 APRIL 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio bagi tujuan permohonan visa haji bakal haji ke Arab Saudi tahun ini.

April 02

2 April 2023 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Gantung Lesen PJH Emraz Travel

KUALA LUMPUR, AHAD , 2 APRIL 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai langkah awal untuk melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

Mac 2023

30 Mac 2023 Berita | Korporat
Majlis Penyerahan Infaq Ramadan

KUALA LUMPUR, 31 MAC 2023 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, mengadakan Majlis Penyerahan Infaq Ramadan di Dewan Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada 30 Mac 2023 (Rabu). Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mustakim Mohamad, Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan TH. Majlis turut dihadiri oleh Puan Aishah Abdul Samad, Pengurus Besar Operasi Modal Insan dan Al Fadhil Ustaz Mohd Khalil Ibrahim, Pegawai Tadbir Agama Zon 5, JAWI.

Mac 26

26 Mac 2023 Kenyataan Akhbar | Haji
Bakal Haji Dinasihat Segera Jawab Surat Tawaran

KUALA LUMPUR, AHAD, 26 Mac 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) menggesa semua bakal haji negara untuk segera menjawab tawaran haji susulan pengeluaran surat tawaran tunai haji kepada 31,600 bakal haji bagi musim haji 1444H/2023M bermula pada hari Rabu, 22 Mac 2023 yang lalu.

Mac 25

25 Mac 2023 Kenyataan Akhbar | Haji
"Pastikan Perkhidmatan Haji Tahap Terbaik" - Dato' Dr. Haji Mohd Na'im

SEPANG, SABTU, 25 MAC 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Malaysia (BUMITRA) bekerjasama dalam menjayakan Karnival Pengelola Jemaah Haji (PJH) selama dua hari bermula Sabtu, 25 Mac 2022 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang yang bertemakan “Pilih Keselesaan, Pilih Pakej Haji”.

Mac 21

21 Mac 2023 Kenyataan Akhbar | Haji
KKM Dan TH Kekalkan Kriteria Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1444H/2023M

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan bagi bakal haji Malaysia musim haji 1444H/2023 seperti tahun sebelumnya.

Mac 20

20 Mac 2023 Kenyataan Akhbar | Haji
Bantuan Kewangan Haji Bersasar Musim 1444H/2023M Diteruskan Walau Kos Terus Meningkat

KUALA LUMPUR, Isnin, 20 Mac 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) akan tetap meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala untuk bakal jemaah haji Muassasah pada tahun ini (1444H/2023) meskipun terdapat peningkatan kos menunaikan haji.

Mac 03

3 Mac 2023 Kenyataan Akhbar | Korporat
100 Peserta Dianugerahkan Sijil Pembimbing Ibadat Haji

KUALA LUMPUR, 3 MAC 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi berganding bahu bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) ke-11 secara maya dan fizikal.

Mac 01

1 Mac 2023 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Agihan Keuntungan TH Akan Diumum Awal Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 1 MAC 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2022 pada awal suku kedua tahun ini setelah kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.