Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)

IFiC (Islamic Financial Services Centre) Counter


Pusat Khidmat Kewangan Islam atau IFiC adalah inisiatif Tabung Haji (TH)  untuk merealisasikan aspirasi kerajaan menjadikan negara sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa. 

IFiC menempatkan beberapa agensi Islam yang bergabung di bawah satu bumbung untuk menjalankan urusan muamalat iaitu sistem kewangan Islam bersepadu. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah seperti TH, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Tabung Haji Travel & Services (THTS) dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

IFiC memberi banyak manfaat dan kelebihan kepada orang ramai. Perkhidmatan di bawah satu bumbung berkonsepkan one stop centre ini memberi kemudahan akses kepada beberapa perkhidmatan yang membolehkan pendeposit membuat urusan di satu lokasi sahaja. Ia sekaligus menjimatkan tenaga dan kos. 

Projek perintis IFiC TH telah dilancarkan di bangunan TH Johor Bahru pada tahun 2012 berdasarkan keluasan ruang lobi bangunan lokasi yang strategik untuk menarik pendeposit-pendeposit ke kawasan tersebut. Antara sasaran pengunjung ke IFiC adalah pendeposit dan orang ramai yang tinggal di daerah Johor Bahru dan kawasan-kawasan yang sekitar dengannya. Pada tahun 2014 dan 2017, IFiC TH yang kedua dan ketiga, masing-masing terletak di Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur dan Kompleks Islam Putrajaya telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kelebihan

Kelebihan IFiC termasuklah:

  • Penglibatan 4 agensi di bawah satu bumbung berkonsepkan pusat sehenti dapat memberi kemudahan kepada pendeposit yang berurusan.
  • Gabungan 4 agensi yang berkongsi kemudahan dan prasarana secara tidak langsung memberi penjimatan kos kepada TH.
  • Menjadi pusat kewangan Islam yang kukuh dan utuh melalui proses keseragaman pengurusan dan penerapan amalan kerjasama.
  • Mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap sistem kewangan Islam
  • Peningkatan imej TH melalui pengurusan agensi-agensi yang terlibat dengan cemerlang.
  • Merupakan pusat kewangan Islam yang menjadi tunggak ekonomi ummah.

Agensi-agensi Terlibat

Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) melibatkan beberapa agensi yang terdiri daripada:

  • Tabung Haji
  • Tabung Haji Travel & Services (THTS)
  • Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
  • Syarikat Takaful Malaysia Berhad

Waktu Operasi Kaunter IFiC

Waktu operasi IFiC mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur
Agensi Isnin - Khamis Jumaat
Tabung Haji 8.30 pagi - 4.30 ptg 8.30 pagi - 12.15 tgh
2.30 ptg - 4.15 ptg
TH Travel & Services 8.30 pagi - 5.00 ptg 8.30 pagi - 12.15 tgh
2.45 ptg - 5.00 ptg
Takaful Malaysia 8.30 pagi - 4.30 ptg 8.30 pagi - 12.30 tgh
2.30 ptg - 4.30 ptg
Bank Islam 9.30 pagi - 4.30 ptg 9.30 pagi - 12.30 tgh
2.30 ptg - 4.30 ptg
Johor Bahru
Agensi Hari/ Masa Jumaat
Tabung Haji Ahad - Rabu
8.30 pagi - 4.30 ptg
Khamis
8.30 pagi - 3.00 ptg
TH Travel & Services Ahad - Khamis
8.30 pagi - 5.00 ptg
Sabtu
8.30 pagi - 1.00 ptg
Takaful Malaysia Ahad- Khamis
8.30 pagi - 5.00 ptg
-
Bank Islam Ahad - Khamis
9.30 pagi - 4.30 ptg
-