Perkhidmatan Lain
Perkhidmatan Perjalanan dan Pelancongan
TH terlibat dalam sektor perjalanan dan perlancongan melalui TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) anak syarikat penuh THHR.
Skop perniagaannya THTS merangkumi perkhidmatan perjalanan dan pelancongan yang lengkap khususnya untuk umat Islam. Ini termasuk pakej haji dan umrah, pakej pelancongan, carter haji, carter kapal terbang, pembelian tiket, katering makanan halal dan perkhidmatan kargo.
Dengan pengalaman lebih 30 tahun, THTS menyediakan perkhidmatan dengan jaminan ‘Keyakinan, Kemudahan dan Keselesaan’ menerusi rangkaian pejabat antarabangsa dan domestik yang luas.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi TH Travel & Services Sdn. Bhd. di http://thts.com.my/
Teknologi Maklumat
Penglibatan TH dalam bidang perkhidmatan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) adalah melalui anak syarikat penuh kami, Theta Edge Berhad (Theta Edge).
Theta Edge memberi pelbagai perkhidmatan ICT bagi memenuhi permintaan dan jangkaan pelanggan menerusi produknya seperti Sistem Maklumat Menyeluruh Hospital, Sistem Pengurusan Tenaga, Sistem Pengurusan Bersepadu Bangunan, Penyelesaian Pertahanan & Keselamatan dan Sistem Sokongan Logistik Bersepadu.
Theta Edge kini memberi penekanan kepada perkhidmatan telekomunikasi dan konsultan tenaga hijau memandangkan kedua-dua bidang ini sedang mengalami pertumbuhan dinamik, selari dengan pembangunan negara yang mampan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Theta Edge Berhad di www.theta-edge.com/