Skip to main content
  • English
  • Bahasa Malaysia
Home
  • Korporat

    Informasi Korporat

    • Tentang Kami
    • Data & Statistik
    • Logo TH
    • Notis Privasi
    • Laporan Tahunan

    Struktur Organisasi

    • Carta Organisasi
    • Lembaga
    • Barisan Pengurusan TH

    Integriti

    • Dasar-Dasar Integriti
    • e-Whistleblowing

    Tanggungjawab Sosial Korporat

    • Tentang CSR
    • Program Zakat
    • Sumbangan
    • Yayasan TH

    Direktori

    • Ibu Pejabat TH
    • Pejabat Cawangan TH
    • Subsidiari TH
  • Simpanan

    Maklumat Am

    • Simpanan
    • Pembukaan Akaun
    • Penutupan Akaun
    • Kad Debit-i TH
    • Penamaan Waris
    • Agihan Keuntungan TH

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • Rakan Strategik TH
    • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
    • Pusat Perkhidmatan TH
    • TH Komuniti
    • Hibah Amanah TH
    • Kelab TaHa

    Soalan Lazim

    • Simpanan
    • THiJARI
    • Kempen #simpandaftar&menang
    • Kempen #simpandaftar&menang Kelab TaHa
    • Kelab TaHa
    • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
    • JomPAY
  • Haji

    Maklumat Am

    • Pendaftaran Haji
    • Kos Haji dan Bayaran
    • Kuota Haji
    • Bimbingan
    • Operasi Haji
    • Data & Statistik

    Perkhidmatan

    • Pengurusan Haji
    • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
    • PEKTA & PIHTAS
    • Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH)
    • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

    Soalan Lazim

    • Rayuan Haji
    • Kursus Asas Haji 1442H/2021M
    • PRA-OPERASI MUSIM HAJI 1442H/2021M
  • Pelaburan

    Maklumat Am

    • Pelaburan

    Pelaburan TH

    • Ekuiti
    • Pendapatan Tetap
    • Hartanah
    • Lain-lain

    Pelaburan Strategik

    • Kewangan Islam
    • Perladangan
    • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
    • Hospitaliti
    • Perkhidmatan Lain

    Soalan Lazim

    • Pelaburan
  • Media

    Berita

    • Balai Berita

    Galeri

    • Galeri Foto
    • Galeri Video

    Khutbah Arafah

    • Video Khutbah Arafah

    Arkib

    • Balai Berita
    • Galeri Media
    • Laporan Tahunan TH
    • Kad Laporan TH

    Soalan Lazim

    • Isu-Isu Semasa
    • Korporat
    • Simpanan
    • Haji
    • Pelaburan
Menu
  • English
  • Bahasa Malaysia
  • Korporat
    • Informasi Korporat
      • Tentang Kami
      • Data & Statistik
      • Logo TH
      • Notis Privasi
      • Laporan Tahunan
    • Struktur Organisasi
      • Carta Organisasi
      • Lembaga
      • Barisan Pengurusan TH
    • Integriti
      • Dasar-Dasar Integriti
      • e-Whistleblowing
    • Tanggungjawab Sosial Korporat
      • Tentang CSR
      • Program Zakat
      • Sumbangan
      • Yayasan TH
    • Direktori
      • Ibu Pejabat TH
      • Pejabat Cawangan TH
      • Subsidiari TH
  • Simpanan
    • Maklumat Am
      • Simpanan
      • Pembukaan Akaun
      • Penutupan Akaun
      • Kad Debit-i TH
      • Penamaan Waris
      • Agihan Keuntungan TH
    • Perkhidmatan
      • THiJARI
      • Rakan Strategik TH
      • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
      • Pusat Perkhidmatan TH
      • TH Komuniti
      • Hibah Amanah TH
      • Kelab TaHa
    • Soalan Lazim
      • Simpanan
      • THiJARI
      • Kempen #simpandaftar&menang
      • Kempen #simpandaftar&menang Kelab TaHa
      • Kelab TaHa
      • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
      • JomPAY
  • Haji
    • Maklumat Am
      • Pendaftaran Haji
      • Kos Haji dan Bayaran
      • Kuota Haji
      • Bimbingan
      • Operasi Haji
      • Data & Statistik
    • Perkhidmatan
      • Pengurusan Haji
      • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
      • PEKTA & PIHTAS
      • Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH)
      • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
    • Soalan Lazim
      • Rayuan Haji
      • Kursus Asas Haji 1442H/2021M
      • PRA-OPERASI MUSIM HAJI 1442H/2021M
  • Pelaburan
    • Maklumat Am
      • Pelaburan
    • Pelaburan TH
      • Ekuiti
      • Pendapatan Tetap
      • Hartanah
      • Lain-lain
    • Pelaburan Strategik
      • Kewangan Islam
      • Perladangan
      • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
      • Hospitaliti
      • Perkhidmatan Lain
    • Soalan Lazim
      • Pelaburan
  • Media
    • Berita
      • Balai Berita
    • Galeri
      • Galeri Foto
      • Galeri Video
    • Khutbah Arafah
      • Video Khutbah Arafah
    • Arkib
      • Balai Berita
      • Galeri Media
      • Laporan Tahunan TH
      • Kad Laporan TH
    • Soalan Lazim
      • Isu-Isu Semasa
      • Korporat
      • Simpanan
      • Haji
      • Pelaburan
Jata Negara Malaysia
 

You are here

  • Utama
  • Simpanan
  • Soalan lazim
  • Soalan lazim thijari

Soalan Lazim THiJARI

Printer Friendly, PDF & Email

 

Soalan Lazim THiJARI berkaitan Simpanan & Pengeluaran (Pendaftaran THiJARI)
Soalan Jawapan
Bagaimana cara untuk mendaftar THiJARI? Pendeposit boleh mendaftar dengan melayari www.thijari.com.my . Pendeposit perlu memasukkan nombor akaun TH, nombor kad pengenalan (Mykad) dan nombor telefon yang telah didaftarkan di TH.
Apakah syarat-syarat untuk mendaftar THiJARI? Pendeposit perlu mempunyai akaun TH dan berstatus Aktif serta telah dikemaskini. Kemaskini maklumat boleh dilakukan di mana-mana kaunter TH terdekat. Hanya akaun TH dewasa sahaja yang boleh mendaftar THiJARI.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya pendeposit lupa ID pengguna / kata laluan? Pendeposit perlu membuat penukaran kata laluan pada menu “Terlupa Butiran Log Masuk”.
Adakah penjaga boleh menyemak akaun TH anak bawah jagaan?

Boleh. Penjaga boleh menyemak pada menu “Ringkasan Akaun”.

Berapakah had amaun pindahan simpanan sehari yang boleh dilakukan?
  • Pindahan ke Akaun TH Persendirian (ke akaun TH anak bawah jagaan) - RM15,000.00 sehari 
  • Pindahan ke Akaun TH Pihak Ketiga (termasuk akaun TH yang telah di "favourite" kan) – RM5,000.00 sehari
Adakah penjaga boleh membuat transaksi pindahan simpanan bagi akaun anak bawah jagaan? Boleh.  Akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI. 
Adakah kemudahan “Favourite Account” disediakan? Ya. Pendeposit boleh membuat "Favourite Account" bagi akaun TH pihak ketiga.
Adakah pendeposit boleh mendapatkan penyata akaun TH melalui THiJARI? Pendeposit boleh mendapatkan penyata TH bagi enam (6) bulan terkini.
Adakah kemudahan tukar kata laluan dan gambar keselamatan disediakan? Ya. Pendeposit boleh membuat penukaran kata laluan dan gambar keselamatan di menu Kemaskini Profil. 
Apa yang perlu dilakukan sekiranya nombor TAC disekat? Pendeposit perlu menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919 bagi tindakan selanjutnya. 
Adakah akaun THiJARI mempunyai tarikh luput? Tiada. Walaubagaimanapun, sekiranya akaun TH anda berstatus tidak aktif, pendeposit tidak boleh melakukan sebarang transaksi. 

 

Soalan Lazim THiJARI berkaitan Simpanan & Pengeluaran (Kemaskini Profil)
Soalan Jawapan
Adakah saya boleh mengemaskini maklumat profil saya? Ya, anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda the melalui portal THiJARI. 
Adakah saya perlu hadir kemana-mana pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan maklumat yang telah dikemaskini? Tidak, anda tidak perlu hadir ke pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan. 
Adakah saya perlu mengisi borang di pejabat TH cawangan setelah mengemaskini maklumat di portal THiJARI? Tidak perlu.
Adakah saya boleh mengemaskini No Telefon Bimbit melalui portal THiJARI? Tidak, anda perlu hadir kemana-mana pejabat TH cawangan bagi mengemaskini No Telefon Bimbit anda. 
Apakah maklumat peribadi yang boleh dikemaskini melalui portal THiJARI?

Maklumat yang hanya boleh dikemaskini adalah seperti berikut:-

  1. Gelaran
  2. Emel
  3. Alamat Surat Menyurat 
  4. No Telefon Rumah & Pejabat 
  5. Maklumat Pekerjaan
Berapa kalikah saya boleh mengemaskini maklumat peribadi saya? Tiada had.

 

 

Soalan Lazim THiJARI berkaitan Haji (Operasi Domestik)
Soalan Jawapan
Bolehkah saya mendaftar Haji di THiJARI? Ya. Anda boleh mendaftar Haji secara individu atau berkumpulan menggunakan THiJARI.
Adakah boleh saya membuat pendaftaran haji secara online? Ya. Pendaftaran haji boleh dibuat secara online dengan melayari laman web https://www.thijari.com.my atau melalui aplikasi mobile THiJARI @ hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.
Saya bukan warganegara Malaysia tetapi pemegang kad pengenalan merah. Adakah saya boleh mendaftar haji? Tidak boleh. Semua pemegang kad pengenalan merah atau bukan warganegara Malaysia tidak boleh mendaftar haji atau membuka akaun simpanan TH.
Berapakah jumlah simpanan yang perlu ada dalam akaun untuk mendaftar haji? Jumlah simpanan minimum yang diperlukan untuk mendaftar haji adalah sebanyak RM1,300.00 sahaja.
Sekiranya saya mendaftar haji, adakah saya boleh tahu bilakah giliran saya mengerjakan haji? Ya. Giliran tunai haji adalah berdasarkan tahun peruntukan haji yang diberi semasa bakal haji mendaftar haji.
Bolehkah saya membuat pendaftaran haji bagi pihak ketiga? Tidak. Pendaftaran haji hanya untuk diri sendiri dan anak di bawah akaun pemegang amanah sahaja. Jika penjaga belum mendaftar haji, pendaftararan haji boleh dilakukan  bersama dengan anak di bawah akaun pemegang amanah. Bagi penjaga yang telah mendaftar haji, anak di bawah akaun pemegang amanah hendaklah mendaftar di mana-mana kaunter TH yang berhampiran.
Berapakah bilangan maksimum pendaftaran haji secara berkelompok? Maksimum pendaftaran haji yang dibenarkan adalah sebanyak enam (6) orang sahaja termasuk penjaga.
Slip pendaftaran haji saya telah hilang. Adakah saya boleh membuat semakan dan mencetak semula slip pendaftaran haji saya? Slip pendaftaran haji boleh dicetak semula melalui THiJARI.
Bagaimanakah cara untuk saya menyemak samada telah terpilih untuk menunaikan haji ataupun tidak? Bakal haji yang terpilih untuk menunaikan haji akan dihubungi oleh pejabat TH cawangan melalui surat atau panggilan telefon. Bakal haji juga boleh membuat semakan dan cetakan surat tawaran secara online melalui THiJARI.
Saya telah terpilih pada tahun ini, bagaimanakah cara saya boleh menjawab surat tawaran tersebut? Surat tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dijawab dalam tempoh yang ditetapkan ke mana-mana pejabat TH yang berhampiran.
Bolehkan saya menyemak status pendaftaran Haji menggunakan THiJARI? Ya. Anda boleh menyemak status pendaftaran Haji menggunakan THiJARI.
Bolehkah saya membuat semakan jadual penerbangan haji secara online? Ya. Bakal haji yang terpilih boleh membuat semakan dan cetakan Surat Jadual Penerbangan secara online melalui THiJARI.

 

Soalan Lazim THiJARI berkaitan Haji (Bimbingan Haji)
Soalan Jawapan
Bolehkah saya mendapatkan maklumat berkaitan kursus Haji dan lokasi masjid terpilih? Ya. Anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan kursus haji dan lokasi masjid yang terpilih.
Bolehkah saya mendapatkan modul berkaitan Kursus Asas Haji? Ya. Anda boleh mendapatkan dan memuat turun serta mencetak modul berkaitan Kursus Asas Haji.
Di mana saya boleh dapatkan Jadual Kursus Asas Haji sekiranya paparan Jadual gagal dimuat turun? Anda boleh melayari laman web rasmi TH untuk muat turun disini atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.
Adakah saya perlu membuat apa-apa bayaran untuk hadir kursus haji? Tidak. Kursus Asas Haji terbuka kepada semua Umat Islam di Malaysia secara percuma.
Di mana saya boleh mendapatkan buku Nota Kursus Asas Haji? Bagi yang telah terpilih dan menjawab setuju surat tawaran haji tahun semasa boleh diperolehi secara percuma di Pejabat TH manakala bagi mereka yang tidak terpilih boleh membuat pembelian di Koperasi TH atau muat turun disini.
Sekiranya saya lewat hadir ke Kursus Asas Haji, adakah TH menyediakan kursus  selain dari Kursus Asas Haji? TH menyediakan Kursus Asas Haji selama 13 minggu dan diteruskan dengan Kursus Intensif Haji, Kursus Khas Haji dan yang terakhir Kursus Perdana Haji sebelum bakal haji berangkat ke Tanah Suci.
Adakah TH ada menyediakan buku-buku tambahan bimbingan haji kepada bakal haji? TH sentiasa berusaha memberikan buku-buku tambahan supaya bakal haji dapat melaksanakan haji dengan sempurna seperti buku Fiqh Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, Buku Soal Jawab Haji dan Umrah, Himpunan Doa, Wirid Terpilih dan Feqh Wanita Dalam Ibadat Haji.

 

Soalan Lazim THiJARI berkaitan Khidmat Pelanggan (Kelab TaHa)
Soalan Jawapan

Berapakah umur untuk ahli Kelab TaHa?

Seawal kelahiran sehingga 17 tahun.

Bagaimanakah pendaftaran Kelab TaHa dibuat?

Semua pendeposit TH berumur seawal kelahiran hingga 17 tahun menjadi ahli Kelab TaHa secara automatik.

Adakah saya akan mendapat kad keahlian?

Kad digital atau E-kad keahlian boleh diakses melalui THiJARI milik penjaga.

Apakah kegunaan E-kad keahlian?

E-kad ini boleh digunakan untuk mendapatkan tawaran eksklusif di Rakan Kelab TaHa.

 

Soalan Lazim THiJARI berkaitan Penamaan/ Hibah Amanah
Soalan Jawapan
Apakah itu Penamaan/ Hibah Amanah? Penamaan merupakan  pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh pendeposit untuk melantik atau menamakan mana-mana individu daripada kalangan warisnya menurut Hukum Syarak sebagai “Penama”. Penama yang dilantik bertindak sebagai wasi atau pentadbir ke atas wang simpanan di TH apabila pendeposit meninggal dunia.

Hibah Amanah merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela tanpa paksaan dan, tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.
Bagaimana untuk saya mendaftar Penamaan/ Hibah Amanah? Anda perlu hadir ke cawangan terdekat bagi melakukan pendaftaran untuk Penamaan/ Hibah Amanah.
Bagaimana untuk saya mengetahui lebih lanjut mengenai Penamaan/ Hibah Amanah seperti syarat dan borang diperlukan? Anda boleh melayari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/hibah-amanah-th untuk mengetahui lebih terperinci mengenai Hibah Amanah.

 

Aplikasi THiJARI
Soalan Jawapan
Bagaimana saya boleh mendaftar akaun THiJARI di aplikasi THiJARI? Pendaftaran tidak boleh dilakukan melalui aplikasi THiJARI. Untuk mendaftar, pendeposit boleh melayari www.thijari.com.my.
Bagaimana saya boleh menetapkan penggunaan cap jari atau ‘face ID’ untuk digunakan ketika log masuk

Pendeposit boleh membuat tetapan cap jari atau ‘face ID’ di menu ‘Tetapan’.

Apakah perbezaan di antara laman sesawang THiJARI dan aplikasi THiJARI?

Aplikasi THiJARI mempunyai semua kemudahan seperti yang ditawarkan di laman sesawang THiJARI, kecuali kemudahan ‘Kegemaran’ dan ‘Profil Saya’. 

Aplikasi THiJARI memberi kemudahan kepada pendeposit untuk mengakses THiJARI tanpa perlu melayari laman sesawang.

Mengapa telefon bimbit saya tidak dapat menggunakan cap jari atau ‘face ID’ ketika log masuk?

Penggunaan cap jari atau ‘Face ID’ bergantung kepada model telefon bimbit tertentu, yang mempunyai fungsi tersebut. 

Sekiranya telefon bimbit anda mempunyai fungsi tersebut, anda boleh membuat penetapan di menu tetapan telefon bimbit serta di dalam aplikasi THiJARI.

Apakah syarat minimum telefon bimbit untuk menggunakan aplikasi tersebut?
  1. Telefon bimbit bukan yang telah di-‘jailbreak’ atau di-‘root’
  2. Capaian internet
  3. Sistem Operasi telefon bimbit mestilah iOS 11.0 dan keatas atau versi Android 5.0 dan keatas

Catatan: Kami mengesyorkan agar anda sentiasa mengemas kini sistem operasi dan aplikasi telefon bimbit anda untuk pengalaman yang optimum.

Apa yang berlaku sekiranya saya kehilangan telefon bimbit? Sekiranya telefon bimbit anda dicuri, tiada siapa yang dapat mengakses aplikasi tanpa ID pengguna dan kata laluan anda. Namun, untuk keselamatan, jangan simpan maklumat atau kata laluan akaun peribadi di dalam telefon bimbit anda. Selain itu, anda juga harus mempertimbangkan untuk menghubungi khidmat pelanggan telco anda untuk membekukan nombor telefon buat sementara waktu.
Bolehkah saya mengakses aplikasi THiJARI semasa saya berada di luar negara? Ya, dengan syarat anda mempunyai akses ke Internet di telefon bimbit anda. Sila semak dengan perkhidmatan mudah alih anda untuk caj perayauan (roaming) yang dikenakan semasa di luar negara.
Adakah terdapat caj untuk memuat turun aplikasi THiJARI? Aplikasi ini percuma untuk dimuat turun di ‘App Store’ yang berkenaan, seperti Play Store dan App Store.
Saya menerima mesej ralat yang mengatakan "Device not compatible" atau “Insufficient storage” dari Play Store ketika saya mencuba muat turun aplikasi. Apa patut saya buat?

Salah satu sebab yang mungkin berlaku untuk sesetengah telefon, terutamanya telefon bimbit lama adalah kerana sistem operasi telefon yang lama atau saiz memori tidak mencukupi 25 MB. 

Sila pastikan sistem operasi telefon bimbit anda adalah iOS 11.0 ke atas atau Android 5.0 ke atas dan juga memori telefon bimbit anda mencukupi.

Adakah Aplikasi THiJARI ini selamat?

Ya. Aplikasi THiJARI ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan:-

  • Akses ke THiJARI dilindungi dengan prosedur yang selamat, iaitu dengan menggunakan gambar keselamatan untuk memastikan aplikasi tersebut disambungkan ke laman web rasmi THiJARI.
  • Hanya satu (1) sesi log masuk sahaja yang dibenarkan bagi setiap akses THiJARI. Sekiranya terdapat  akses kedua di peranti lain, sesi semasa akan diberhentikan.
  • Maklumat sulit akaun tidak akan disimpan pada telefon bimbit.

Kami akan sentiasa melakukan kemaskini dan penambahbaikan kawalan keselamatan teknologi sedia ada secara berterusan.

"Tabung Haji adalah Institusi Pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001"

Alhamdulillah, portal ini telah dilawati:
34714592 kali
Pelawat unik: 8175268
Telah dikemaskini pada: 18-04-2021

Pelayar yang disyorkan : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 Portal ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.

Penafian:
Lembaga Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Polisi TH

Terma & Syarat
Dasar Privasi Portal TH
Dasar Keselamatan
Hak Cipta Terpelihara

Perhubungan & Bantuan

Soalan Lazim
Borang Maklumbalas
Direktori
Peta Laman
Notis Privasi TH

Media Sosial

Official Facebook TH Official Twitter TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ Official TH You Tube

Karier di TH

  • CareerKarier & Latihan Industri

Anggota TH

  • kakitanganE-Anggota
Assalamualaikum, selamat datang ke laman portal rasmi Tabung Haji
Wukuf
92
Hari Lagi
19 Julai 2021 9 Zulhijjah 1442H