Korporat
BADAL HAJI UNTUK PERWIRA NEGARA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan sijil-sijil Badal Haji untuk perwira negara yang telah terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara dalam Ops Daulat di Lahad Datu dan Semporna, Sabah tahun lalu.
TH telah melaksanakan badal haji untuk enam pegawai Polis Diraja Malaysia dan seorang anggota tentera yang terkorban sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan besar mereka demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.
Bank Islam, Tabung Haji Dan VISA Lancar Kad Debit-i Jenama Bersama
PUTRAJAYA, 11 Februari 2020 – Lembaga Tabung Haji ( TH) dengan usaha sama Bank Islam dan Visa melancarkan Kad Debit - i Bank Islam Visa Tabung Haji hari ini di Dorsett Putrajaya.
Kad Debit - i ini dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan dan ganjaran eksklusif untuk para pemegang kad. Selain menawarkan rangkaian pembayaran dan akses tunai yang meluas di seluruh dunia, ia juga memudahkan urusan traksaksi kewangan bagi jemaah haji ketika berada di Arab Saudi.
Bantuan kepada Golongan Asnaf di Negeri Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak
SABAH - Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama YAPIEM menyampaikan sumbangan kepada 1000 keluarga asnaf yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 di negeri Sabah, Sarawak, Pahang dan Terengganu.
Bantuan adalah berupa wang tunai RM200.00 dan barangan/makanan kering bernilai RM300.00 bagi setiap keluarga yang berjumlah keseluruhan RM500,000.00 diagihkan secara berperingkat bermula Isnin, 23 Mac 2020 selama dua (2) hari.
Barisan Pengurusan
Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif
Pengarah Eksekutif Haji
Bayaran Zakat TH Memperkasa Sosioekonomi Golongan Asnaf Johor
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM 7,680,292.46 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Negeri Johor dalam satu majlis ringkas di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mustakim bin Mohamad, Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH.
Bayaran zakat bagi negeri Johor ini mencatatkan peningkatan sebanyak 27.3% berbanding tahun 2017 (RM6,032,522.73).