Balai Berita

2022

November 2022

November 25

25 November 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Anjur Kursus Asas Haji Di 201 Masjid Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 25 November 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) akan menganjurkan Kursus Asas Haji (KAH) 1444H/2023M bagi bakal bakal haji bermula 25 November 2022 sehingga 17 Februari 2023 di 201 masjid di seluruh negara.

November 11

11 November 2022 Kenyataan Akhbar | Korporat
Projek Caring Centre Beri Sinar Baharu Kepada OKU Mental Untuk Kesejahteraan Sosial Dan Ekonomi Mereka

KUALA LUMPUR, 11 November 2022 – Kesejahteraan sosial golongan orang kurang upaya (OKU) mental akan diperkasakan lagi menerusi kerjasama tiga pihak melibatkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga Tabung Haji (TH) dan hospital-hospital kerajaan yang menyediakan sokongan dan latihan pekerjaan sehingga mereka kembali berdikari dan mampu menyara diri dan keluarga.

10 November 2022 Berita | Korporat
Majlis Pelancaran Projek Caring Centre Mentari Kuala Lumpur

HOSPITAL KUALA LUMPUR, 10 NOVEMBER 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH dengan kerjasama PERKESO dan Hospital Lumpur telah merasmikan pelancaran Projek Caring Centre MENTARI Kuala Lumpur. Projek ini adalah aktiviti sokongan kembali bekerja kepada pesakit psikiatri serta dikalangan pencarum PERKESO melalui program Re-employment support, treatment and rehabilitation team (“RESTART”). 

8 November 2022 Berita | Haji
TH Anjur Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-39

SEPANG, 8 NOVEMBER 2022- Lembaga Tabung Haji (TH) telah memulakan persediaan bagi Musim Haji 1444H dengan mengadakan Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) Kali Ke-39 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA hari ini.

November 08

8 November 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Anjur Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-39

SEPANG, 8 NOVEMBER 2022- Lembaga Tabung Haji (TH) telah memulakan persediaan bagi Musim Haji 1444H dengan mengadakan Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) Kali Ke-39 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA hari ini.

4 November 2022 Berita | Korporat
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) Anak-Anak Tentera Darat Tahun 2022

KEM PERDANA SUNGAI BESI, 4 NOVEMBER 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM90 ribu melalui penyerahan Mock Cheque untuk senggaraan Pusat Tuisyen di bawah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Kem Tentera Darat pada Majlis Anugerah bagi peringkat zon tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor) yang disampaikan oleh Tuan Haji Khairul Azihar bin Rapar, Pengarah Negeri Wilayah Tengah (TH) di Dewan Zulkifeli Zin , Kem Perdana Sg Besi dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain. Majlis anugerah ini juga turut dilaksanakan di peringkat Formasi dan Pangkalan seluruh Malaysia secara _yang dibahagikan mengikut beberapa zon.

Oktober 2022

26 Oktober 2022 Berita | Korporat
TH Bantu Lebih 30,000 Penuntut IPTA Seluruh Negara

BATU PAHAT, 26 OKTOBER 2022-Lembaga Tabung Haji ( TH ) hari ini menyalurkan sumbangan RM600 ribu kepada setiap 20 Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) terpilih seluruh negara melalui Program Iqra’ TH IPTA 2022. Dana ini akan diagihkan kepada lebih 30,000 penuntut IPTA dalam kalangan keluarga asnaf atau kurang berkemampuan terutamanya masyarakat pedalaman, luar bandar dan miskin bandar.

Oktober 26

26 Oktober 2022 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Bantu Lebih 30,000 Penuntut IPTA Seluruh Negara

BATU PAHAT, 26 OKTOBER 2022- Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyalurkan sumbangan RM600 ribu kepada setiap 20 Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) terpilih seluruh negara melalui Program Iqra’ TH IPTA 2022.

19 Oktober 2022 Berita | Haji
Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1443H

KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1443H di Dewan Besar, Tabung Haji. 

Oktober 19

19 Oktober 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Kekal Komited Tingkatkan Perkhidmatan Haji

KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2022- Lembaga Tabung Haji (TH) kekal komited untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua jemaah haji Malaysia pada setiap musim Haji.