Balai Berita

2021

Disember 2021

Disember 14

14 Disember 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Potongan Gaji Menerusi THiJARI Biz Memudahkan Majikan

KUALA LUMPUR, 14 November 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memperkenalkan satu lagi inisiatif perkhidmatan dalam talian baru yang dikenali sebagai THiJARI Biz khusus untuk memudahkan para majikan. YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary hadir merasmikan inisiatif digitalisasi terbaharu TH ini.

Disember 06

6 Disember 2021 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Lancar e-Taib Mudahkan Jemaah Haji

KUALA LUMPUR, 6 Disember 2021: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan aplikasi e-TAIB bersempena Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-38 bertempat di Menara TH Tun Razak. YB Senator Tuan Haji Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hadir melancarkan inisiatif digitalisasi terbaharu TH ini.

Disember 04

4 Disember 2021 Kenyataan Akhbar | Haji
Tabung Haji Mula Anjur Kursus Asas Haji Dalam Talian Seluruh Negara

KUCHING, 4 Disember 2021 – Seramai 685 orang bakal Jemaah Haji Negeri Sarawak bagi Musim Haji 1443H/2022M kini menjalani Kursus Asas Haji (KAH) secara dalam talian bermula pada 19 November 2021 hingga 20 Februari 2022 serentak seluruh Malaysia.

November 2021

November 26

26 November 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
Tempoh Penukaran Status Akaun Kanak-kanak Ke Dewasa Dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 26 November 2021 – Ekoran maklumbalas dan permintaan ramai, Lembaga Tabung Haji (TH) sukacitanya melanjutkan tempoh penukaran status akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa daripada 1 Disember 2021 kepada 1 Mei 2022.

November 11

11 November 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Serah Zakat RM2.1 Juta Bagi Kemaslahatan Asnaf Sabah

KOTA KINABALU, 11 November 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM2,104,543.47 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis bertempat di Pejabat Ketua Menteri, Sabah.

November 05

5 November 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
Jangan Terpedaya Tajaan Dana Haji Melalui Telefon

KUALA LUMPUR, 5 November 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menasihati orang ramai agar berwaspada dan tidak terperdaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan sebarang bentuk dana bagi tujuan mengerjakan ibadat haji melalui panggilan telefon.

November 03

3 November 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Pengguna THiJARI Cecah Lebih 1 Juta

KUALA LUMPUR, 3 November 2021 – Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) ternyata cenderung dengan penggunaan teknologi dan kemudahan digital apabila platform THiJARI telah menarik lebih satu (1) juta pengguna sejak pelancarannya pada Februari tahun lepas.

Oktober 2021

Oktober 30

30 Oktober 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
Anak-Anak Asnaf Sabah Terima Sumbangan Van TH

KOTA KINABALU, 30 Oktober 2021 - Setelah hampir 20 tahun memohon sumbangan kenderaan bagi kegunaan harian, kini Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Selawat Nabi, Sandakan, Sabah (PPPASN) tidak lagi perlu bersusah payah meminta pertolongan pengangkutan apabila Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang sebuah van menerusi Program Mobiliti TH.

Oktober 25

25 Oktober 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Sumbang Sebuah Van Bagi Kegunaan Pusat Jagaan Nur Murni

KUCHING, 24 Oktober 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan sebuah van bagi kegunaan harian Pusat Jagaan Nur Murni, Batu Kawa Sarawak.

Oktober 15

15 Oktober 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
Tan Sri Mohd Nor Yusof Lepas Jawatan Sebagai Pengerusi TH

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pengerusinya Tan Sri Md Nor Yusof telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi TH berkuatkuasa 15 Oktober 2021.