Balai Berita

2021

Julai 2021

Julai 18

18 Julai 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH : Kepentingan Pendeposit Terpelihara Dan Akan Ditambah Baik

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2021 – Pelbagai pandangan telah disuarakan tentang pengumuman Kerajaan ke atas Lembaga Tabung Haji (TH). Ini menggambarkan keprihatinan semua pemegang taruh terhadap TH sebagai institusi unggul dalam pengurusan jemaah haji dan TH amat menghargai semua pandangan ini.

Julai 14

14 Julai 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Akan Beri Kerjasama Penuh Untuk RCI

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) mengambil maklum dan menyambut baik keputusan Kerajaan untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas isu-isu berbangkit mengenai TH hasil pengauditan perunding-perunding dari tahun 2014 hingga 2020.

Julai 05

5 Julai 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Menang Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021 (Malaysian Technology Excellence Award) dalam kategori Perkhidmatan Dalam Talian - Perkhidmatan Kewangan buat julung-julung kalinya bagi platform THiJARI yang dianugerahkan oleh Singapore Business Review.

Jun 2021

Jun 13

13 Jun 2021 Kenyataan Akhbar | Haji
Lembaga Tabung Haji Tangguh Urusan Haji Musim 1442H

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 1442H/2021M selaras dengan keputusan muktamad Kerajaan Arab Saudi bahawa tiada jemaah negara luar termasuk Malaysia yang akan dibenarkan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji, atas faktor keselamatan dan kesihatan semua. 

Jun 10

10 Jun 2021 Kenyataan Akhbar | Haji
Berhati-hati Tawaran Badal Haji

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan tawaran badal (upah) haji yang sering dipromosikan di media sosial oleh agensi pelancongan dan individu tertentu. 

Jun 04

4 Jun 2021 Kenyataan Akhbar | Haji
Pengumuman Akan Dibuat Bila Terima Makluman Rasmi Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2021 – Bakal haji Malaysia dinasihatkan untuk sabar menunggu pengumuman rasmi dari Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai status ibadat haji tahun ini. TH akan memaklumkan sebaik sahaja keputusan rasmi diperolehi dari Kerajaan Arab Saudi berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji untuk musim ini. 

Mei 2021

Mei 31

31 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
Operasi Kaunter Perkhidmatan TH Ditutup Sementara

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2021 – Sejajar dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melaksanakan Perintah Penutupan Penuh (Total Lockdown), Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memaklumkan kesemua operasi kaunter perkhidmatannya di seluruh negara ditutup sementara bermula 1 Jun ini sehingga diberitahu kemudian melainkan urusan janji temu bagi perkara kritikal sahaja. 

Mei 27

27 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Pembukaan Akuan Baru TH Secara Maya

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2021 –Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memperkenalkan platform terbaharu iaitu Pembukaan Akaun secara Maya (Virtual Account Opening - VAO) menerusi pautan dan aplikasi THiJARI bagi menggalakkan bakal pendeposit TH membuka akaun secara dalam talian. 

Mei 24

24 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Guna Perkhidmatan Dalam Talian Semasa PKP - Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2021 – Transaksi melalui platform dalam talian jelas menjadi pilihan pelanggan Lembaga Tabung Haji (TH) apabila hampir 80 peratus dari jumlah keseluruhan transaksi kewangan berlaku dalam talian.

Mei 23

23 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
PKP 3.0 - TH Guna Sistem Janji Temu Bagi Urusan Kaunter

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan kepada semua pendepositnya yang memilih untuk berurusan di kaunter TH supaya terlebih dahulu membuat janji temu sebelum hadir di mana mana 123 pejabat cawangan TH seluruh Malaysia bermula dari 25 Mei 2021 selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Diperketatkan.