Balai Berita

2021

Mei 2021

Mei 31

31 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
Operasi Kaunter Perkhidmatan TH Ditutup Sementara

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2021 – Sejajar dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melaksanakan Perintah Penutupan Penuh (Total Lockdown), Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memaklumkan kesemua operasi kaunter perkhidmatannya di seluruh negara ditutup sementara bermula 1 Jun ini sehingga diberitahu kemudian melainkan urusan janji temu bagi perkara kritikal sahaja. 

Mei 27

27 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Pembukaan Akuan Baru TH Secara Maya

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2021 –Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memperkenalkan platform terbaharu iaitu Pembukaan Akaun secara Maya (Virtual Account Opening - VAO) menerusi pautan dan aplikasi THiJARI bagi menggalakkan bakal pendeposit TH membuka akaun secara dalam talian. 

Mei 24

24 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Guna Perkhidmatan Dalam Talian Semasa PKP - Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2021 – Transaksi melalui platform dalam talian jelas menjadi pilihan pelanggan Lembaga Tabung Haji (TH) apabila hampir 80 peratus dari jumlah keseluruhan transaksi kewangan berlaku dalam talian.

Mei 23

23 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
PKP 3.0 - TH Guna Sistem Janji Temu Bagi Urusan Kaunter

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan kepada semua pendepositnya yang memilih untuk berurusan di kaunter TH supaya terlebih dahulu membuat janji temu sebelum hadir di mana mana 123 pejabat cawangan TH seluruh Malaysia bermula dari 25 Mei 2021 selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Diperketatkan.

Mei 10

10 Mei 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
Jemaah Haji Perlu Sedia Sekiranya Saudi Benarkan Jemaah Luar Negara Tunai Haji

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menasihatkan bakal haji Malaysia agar bersedia sekiranya kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara tersebut menunaikan ibadat haji pada tahun ini.

April 2021

April 28

28 April 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
Dato' Sri Amrin Awaluddin Dilantik CEO Baharu TH

KUALA LUMPUR, 28 April 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) ingin mengumumkan bahawa Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff akan melepaskan jawatannya sebagai Ahli Lembaga, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 5 Mei 2021. 

Mac 2021

Mac 26

26 Mac 2021 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Bersedia Urus Haji Norma Baharu

KUALA LUMPUR, 26 MAC 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) telah dan sedang giat membuat persediaan bagi memastikan kelancaran operasi haji musim 1442H/2021M meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran ekoran pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Mac 25

25 Mac 2021 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Lantik 22 Syarikat Sebagai Pengelola Jemaah Haji Musim 1442H/2021M

KUALA LUMPUR, 25 MAC 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi lesen haji kepada 22 buah syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi tahun 2021.

Mac 15

15 Mac 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Penjenamaan Semula Kelab TaHa TH Tawar Kelebihan Menarik Untuk Pendeposit Muda

SHAH ALAM, 15 Mac 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) telah melancarkan majlis penjenamaan semula Kelab TaHa bagi menarik minat dan tawar pelbagai kelebihan menarik kepada lebih dua (2) juta ahli kelab terdiri daripada kalangan para pendeposit muda. 

Mac 10

10 Mac 2021 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Sambut Baik Usaha YAB Perdana Menteri Dapat Kuota Tambahan

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik usaha YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia yang berjaya memperolehi 10,000 kuota tambahan semasa pertemuannya dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud semalam.