Balai Berita

2012

September 2012

September 14

14 September 2012 Keratan Akhbar |
Utusan Malaysia Urusan Keberangkatan


9 September 2012 Berita | Korporat
MAJLIS PERASMIAN PUSAT KHIDMAT KEWANGAN ISLAM (IFIC)

Majlis Perasmian Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) Menara TH, Jalan Ayer Molek, JB pada hari Isnin, 9 Januari 2012.

6 September 2012 Berita | Korporat
MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA OPERASI HAJI 1433H

Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji telah menyertai majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid TaHa D'Kelana di sini untuk mendapat keberkatan dan kemudahan daripada Allah S.W.T sempena operasi haji bagi musim haji 1433 Hijrah. Turut hadir Tan Sri Dato' Hashim Meon dan Haji Ghazali Awang, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji dan beberapa pengurusan tertinggi Tabung Haji. Kira-kira 100 orang termasuk anggota Tabung Haji turut menghadiri majlis itu. Majlis yang dipimpin imam Masjid TaHa D'Kelana dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan solat Maghrib dan diikuti bacaan Yasin, tahlil, doa selamat dan solat Isyak secara berjemaah.

5 September 2012 Berita | Korporat
LAWATAN FACT-FINDING MISSION REPUBLIK KYRGYZ KE TABUNG HAJI

Delegasi seramai 9 orang ini telah diberikan taklimat oleh Tuan Haji Abd Kadir Sahlan, Pengurus Besar Kanan Pelaburan. Tujuan lawatan berkenaan untuk mengetahui mengenai pengurusan Tabung Haji

4 September 2012 Berita | Korporat
MAJLIS SAHABAT KORPORAT DAN RUMAH TERBUKA TABUNG HAJI

Lembaga Tabung Haji mengadakan Majlis Sahabat Korporat dan Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihadiri oleh lebih seribu jemputan di Dewan Perdana FELDA.

3 September 2012 Berita | Korporat
MAJLIS AMANAT PENGARAH URUSAN KUMPULAN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TABUNG HAJI

Sempena persediaan terakhir operasi musim Haji 1433H, satu majlis amanat kepada petugas haji telah disempurnakan oleh Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji di DewanTabung Haji yang dihadiri seramai 300 Petugas.

1 September 2012 Berita | Korporat
KURSUS PERDANA HAJI

Kursus Haji Perdana 1431H/2010 peringkat Kebangsaan telah berlangsung pada hujung minggu pertama dan kedua September bertempat di setiap negeri.

Ogos 2012

Ogos 31

31 Ogos 2012 Keratan Akhbar |
Utusan Malaysia M'sia Masih Tunggu Keputusan


31 Ogos 2012 Berita | Korporat
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 55 TAHUN

Dua acara utama telah diatur bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 yang dimulakan dengan perbarisan kontinjen-kontinjen terbabit di Dataran Merdeka dan pada sebelah malamnya pula, berlangsung Himpunan Merdeka 55 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ogos 31

31 Ogos 2012 Keratan Akhbar |
The Borneo Post Jamil- Govt Still Waiting For Confirmation On Haj Quota