Balai Berita

2024

April 2024

26 April 2024 Berita | Haji
Warga KKM Galas Tanggungjawab Santuni Tetamu Allah

KUALA LUMPUR, 26 April 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Majlis Perjumpaan Pengurusan Tertinggi KKM bagi Petugas Haji (Perubatan) dengan seramai 270 orang bakal petugas yang akan menggalas tanggungjawab bagi menyantuni tetamu Allah bagi musim haji tahun ini.

23 April 2024 Berita | Korporat
Majlis Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM) 2023

SELANGOR, 23 April 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menerima anugerah Penyumbang Berimpak Tinggi di Majlis Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM). Canselor Universiti Malaya, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak telah berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tuan Syed Hamadah Syed Othman di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.

21 April 2024 Berita | Simpanan
Cawangan Baharu TH Kulai Untuk Perkhidmatan Komprehensif Kepada Penduduk Setempat

KULAI, 22 APRIL 2024: Selaras dengan matlamat menyediakan perkhidmatan yang lengkap kepada pendeposit di daerah Kulai, Pejabat Cawangan Tabung Haji (TH) telah berpindah ke premis baharu di Bandar Putra, Kulai, Johor. Majlis perasmian Pejabat Cawangan TH Kulai, Johor telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman semalam. 

20 April 2024 Berita | Haji
Kursus Perdana Haji (KPH) Peringkat Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 20 April 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Kursus Perdana Haji (KPH) Peringkat Wilayah Wilayah Persekutuan 1445H/2024M dan dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Naim Bin Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Wilayah Persekutuan.

4 April 2024 Berita | Korporat
Penyerahan Zakat TH Bagi Negeri Selangor Berjumlah RM28,421,099.74

SELANGOR, 4 April 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan serahan zakat TH bagi negeri Selangor berjumlah RM28,421,099.74. TH diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar menyerahkan replika cek serahan zakat TH Selangor bagi tahun kewangan 2023 kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

2 April 2024 Berita | Simpanan
TH Umum Agihan Keuntungan 2023

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2024. Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Agihan Keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 yang mampan pada kadar 3.10 peratus setelah mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.57 peratus.

Mac 2024

15 Mac 2024 Berita | Korporat
Sumbangan TH sebanyak RM400,000.00 kepada Hospital Pengajar UPM (HPUPM)

SERDANG, 15 Mac 2024 - Lembaga Tabung Haji ( TH ) hari ini, membuat serahan Mock Cheque kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Merangkap Tunku Canselor UPM di Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih anjuran UPM.

7 Mac 2024 Berita | Korporat
Kunjungan Hormat YBTM JPM ke Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 7 Mac 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan hormat daripada YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur.

Februari 2024

24 Februari 2024 Berita | Korporat
TH Bantu Asnaf Bermasalah Pendengaran

KAJANG, 22 Februari 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang RM1 juta bagi Program ‘Pusat Audiometrik Bergerak (Mobile Hearing)’ yang pertama kali diadakan dengan kerjasama Yayasan Pelangi Malaysia (YAPEL) untuk membantu para asnaf yang mempunyai masalah pendengaran. Program bersepadu ini merangkumi tiga aspek utama iaitu penyediaan Pusat Audiometrik Bergerak, program saringan dan pemberian alat bantuan pendengaran untuk asnaf.

18 Februari 2024 Berita | Simpanan
Penyerahan Tuntutan Kepada Penerima Manfaat TH Khairat

PULAU PINANG, 18 Februari 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) telah menyerahkan tuntutan perlindungan TH Khairat sebanyak RM12,000 kepada Encik Shamshul Feekar bin Ahmad bagi perlindungan TH Khairat milik isterinya yang meninggal dunia baru-baru ini.