Balai Berita

2024

Januari 2024

19 Januari 2024 Berita | Haji
Tawaran Haji Mula keluar, Bantuan Naik Kepada RM350juta

KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2024 – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mula mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji bagi tahun 1445H/2024M bermula pada hari ini.

15 Januari 2024 Berita | Haji
Majlis Pra-pelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2024 - Lembaga Tabung Haji (TH) dan Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) pada hari ini mengadakan Majlis Pra-pelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024. Karnival kali ke-dua ini bakal berlangsung bermula 19 hingga 21 Januari ini di Hotel Movenpick KLIA, Sepang dijangka menarik 10,000 pengunjung.

10 Januari 2024 Berita | Korporat
Sumbangan Program Iqra’ kepada Universiti Sains Malaysia (USM)

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, telah menyerahkan sebanyak RM500,000.00 bagi Program Iqra’ kepada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Dewan Canselori USM, Pulau Pinang.

2023

Disember 2023

7 Disember 2023 Berita | Haji
Sebanyak 25 Syarikat Menerima Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Daripada TH

KUALA LUMPUR, 7 DISEMBER 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 25 syarikat pelancongan tempatan, termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk Musim Haji 1445H/2024M.


November 2023

7 November 2023 Berita | Simpanan
TH Dinobatkan 'Penerima Terbaik Trek Sosial Anugerah Inovasi Sektor Awam (AINSA) 2023'

KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, telah dinobatkan sebagai Penerima Terbaik Trek Sosial Anugerah Inovasi Sektor Awam (AINSA) 2023 bagi aplikasi perkhidmatan dalam talian iaitu THiJARI di dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

2 November 2023 Berita | Haji
TH Meraikan Jemaah Haji Tolak Bantuan Kewangan Haji

KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini meraikan sebahagian daripada jemaah haji musim 1443H dan 1444H yang telah menolak Bantuan Kewangan Haji dalam usaha mendapatkan haji mabrur dan juga selari dengan syarat istito’ah bagi rukun Islam ke-lima.

Oktober 2023

31 Oktober 2023 Berita | Korporat
TH Serah Zakat RM7.5 Juta Kepada MAIDAM Dan Serahan Van Bagi Program Mobiliti TH

TERENGGANU, 31 Oktober 2023 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat Perniagaan berjumlah RM7,580,295.38 bagi tahun kewangan berakhir 2022 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. DYMM Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan menerima bayaran zakat tersebut bagi pihak MAIDAM yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBrs. Tuan Syed Hamadah bin Tuan Othman.

8 Oktober 2023 Berita | Korporat
TH Merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program Tuisyen Pintar YPM@KPLB 2023 Di MRSM Beseri, Perlis

BESERI PERLIS, 7 OKT 2023 - Program Tuisyen Pintar YPM@KPLB 2023 di MRSM Beseri tajaan Lembaga Tabung Haji (LTH) yang bermula sejak 8 Julai yang lalu telah pun melabuhkan tirainya pada hari ini. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Nasrul Bin Ahmad@Amad, Pengurus Cawangan TH, Padang Besar dan turut disaksikan oleh En. Ku Madzly Bin Ku Yahya, Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Negeri Perlis.

5 Oktober 2023 Berita | Korporat
TH Sumbang RM500,000 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS), Program Iqra TH IPTA 2023

KOTA KINABALU, 5 OKTOBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyalurkan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Program Iqra IPTA 2023 bagi membantu meringankan beban kewangan dan memudahkan urusan mahasiswa berstatus B40 atau asnaf.

2 Oktober 2023 Berita | Haji
TH Hargai Sumbangan Semua Petugas Dan Agensi Menjayakan Operasi Haji

KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER 2023: Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1444Hijrah yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebagai tanda kesyukuran atas hasil kejayaan TH, agensi agensi kerajaan, swasta dan rakan-rakan strategiknya dalam menguruskan operasi haji pada tahun ini.