Balai Berita

2020

November 2020

16 November 2020 Berita | Korporat
Agihan Pek Makanan COVID-19 Sabah kepada Petugas Barisan Hadapan di Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 16 November 2020 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, mengagihkan Pek Makanan Covid-19 Sabah kepada Petugas Barisan Hadapan di Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Kota Kinabalu.

Oktober 2020

5 Oktober 2020 Berita | Simpanan
TH Lancar Aplikasi THiJARI

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2020 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan aplikasi telefon pintar THiJARI dalam usaha memudahkan capaian para pendeposit TH kepada sistem perkhidmatan dalam talian THiJARI, selari dengan kehendak dan kepesatan teknologi semasa.

September 2020

30 September 2020 Berita | Korporat
Lawatan Kerja PUK/KPE ke TH Selangor

KELANA JAYA, 30 September 2020 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan sebuah program Lawatan Kerja YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (PUK/KPE) TH bersama-sama barisan Pengurusan TH di TH Kelana Jaya, Selangor.

28 September 2020 Berita | Korporat
Penyampaian Hadiah Kuiz "Salam Baitullah 2020 Edisi Ke-12"

ANGKASAPURI, 28 September 2020 - RTM senantiasa berusaha membuat liputan dan menyediakan program berdasarkan keperluan semasa serta menyediakan program-program dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Di antara program-program yang dilaksanakan oleh RTM adalah “Program Salam Baitullah”.

24 September 2020 Berita | Korporat
Program Khas, Teh Tarik Bersama YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif (PUK/KPE)

KUALA LUMPUR, 24 September 2020 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan sebuah program khas, Teh Tarik Bersama YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif (PUK/KPE) yang bertempat di Bilik Mesyuarat AM di Lantai 38, Menara TH Tun Razak.

23 September 2020 Berita | Korporat
TH Bayar Zakat Sebanyak RM6.7 Juta Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

KUALA TERENGGANU, 23 September 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM6,746,851.95 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam satu majlis ringkas di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

15 September 2020 Berita | Korporat
TH Menerima Anugerah ‘Awards Trophy & Certificate’

SEPANG, 15 September 2020 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menerima ‘Awards Trophy & Certificate’ oleh Malaysia Green Buildings Council (MGBC) bagi kategori Leadership in Sustainability Awards 2020 - Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang - Honourable Mention Of Best New Green Commercial Building.

15 September 2020 Berita | Korporat
Pertandingan Fotografi Klik @ Merdeka Peringkat TH

KUALA LUMPUR, 15 September 2020 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengumumkan tiga (3) pemenang utama Pertandingan Fotografi Klik @ Merdeka Peringkat TH Tahun 2020 dan sebanyak 30 hadiah saguhati juga diberikan kepada warga kerja TH yang menyertai. Majlis ringkas ini diadakan sebagai penutup bulan Kemerdekaan bagi tahun 2020 yang bertempat di Dewan Besar TH.

9 September 2020 Berita | Korporat
Klinik e-CENSUS Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020

KUALA LUMPUR, 9 September 2020 - Bagi mendapatkan maklumat stok dan profil penduduk serta perumahan yang komprehensif dan terperinci sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosioekonomi penduduk, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah diberikan mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2020 atau Banci 2020. Kesemua Penjawat Awam diwajibkan untuk menyertai dan menjawab soal selidik Banci 2020 secara dalam talian iaitu e-Census. 

8 September 2020 Berita | Simpanan
TH Bantu 121 Pelajar Asnaf SMK (P) Likas

KOTA KINABALU, 7 September 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan sumbangan zakat kepada 121 orang para pelajar berstatus asnaf di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan (SMP), Likas, Kota Kinabalu, Sabah semasa majlis Amanat YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kepada anggota agensi agama di Sabah bertempat di Raia Hotel.