Balai Berita

2023

Februari 2023

19 Februari 2023 Berita | Haji
Majlis Penutup Bagi Kursus Asas Haji (KAH) 1444H/2023M

SELANGOR, 19 Februari 2023 - Kursus Asas Haji (KAH) bagi Musim Haji 1444H/2023M telah berada dalam sesi terakhir hari ini. Kursus KAH ini telah berlangsung selama tiga (3) bulan dengan kelas pengajian sebanyak 13 siri bermula pada 25 Nov 2022 hingga 19 Feb 2023. Sebanyak 201 masjid di seluruh negara terpilih mengadakan kursus ini dengan melibatkan hampir 40 ribu calon-calon jemaah haji.

7 Februari 2023 Berita | Haji
Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) 2022/1444H Kali ke-11

BANGI, 6 Februari 2023 - Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) 2022/1444H Kali ke-11 bermula dari 26 Disember 2022 hingga 7 Februari 2023 kepada Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) dan turut terbuka kepada guru-guru Agama syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH).

7 Februari 2023 Berita | Korporat
TH Anjurkan Kempen Derma Darah 2023

KUALA LUMPUR, 7 Februari 2023 - Kempen Derma Darah peringkat Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) bagi tahun 2023 dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan pada hari ini di Menara TH Tun Razak.

Januari 2023

30 Januari 2023 Berita | Haji
Majlis Penyerahan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Kepada 23 Syarikat Yang Terpilih

KUALA LUMPUR, 30 JANUARI 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya TH Travel & Services Sdn Bhd untuk Musim Haji 1444H/2023.

2022

Disember 2022

22 Disember 2022 Berita | Korporat
Pelancaran Dan Pelepasan Skuad Musa'adah Agensi-agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

PUTRAJAYA, 22 Disember 2022 - Majlis Pelancaran Dan Perlepasan Skuad Musa'adah Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) di Pekarangan Kompleks Islam Putrajaya.

7 Disember 2022 Berita | Korporat
Majlis Penutup Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat TH 1444H/2022M

Kuala Lumpur, 7 Disember 2022 - YBhg. Dato' Sri Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah menyempurnakan Majlis Penutup Musabaqah Al-Quran Peringkat TH 1444H/2022M dan seterusnya melancarkan Modul Tafhim Qiraah TH.

November 2022

10 November 2022 Berita | Korporat
Majlis Pelancaran Projek Caring Centre Mentari Kuala Lumpur

HOSPITAL KUALA LUMPUR, 10 NOVEMBER 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH dengan kerjasama PERKESO dan Hospital Lumpur telah merasmikan pelancaran Projek Caring Centre MENTARI Kuala Lumpur. Projek ini adalah aktiviti sokongan kembali bekerja kepada pesakit psikiatri serta dikalangan pencarum PERKESO melalui program Re-employment support, treatment and rehabilitation team (“RESTART”). 

8 November 2022 Berita | Haji
TH Anjur Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-39

SEPANG, 8 NOVEMBER 2022- Lembaga Tabung Haji (TH) telah memulakan persediaan bagi Musim Haji 1444H dengan mengadakan Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) Kali Ke-39 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA hari ini.

4 November 2022 Berita | Korporat
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) Anak-Anak Tentera Darat Tahun 2022

KEM PERDANA SUNGAI BESI, 4 NOVEMBER 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM90 ribu melalui penyerahan Mock Cheque untuk senggaraan Pusat Tuisyen di bawah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Kem Tentera Darat pada Majlis Anugerah bagi peringkat zon tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor) yang disampaikan oleh Tuan Haji Khairul Azihar bin Rapar, Pengarah Negeri Wilayah Tengah (TH) di Dewan Zulkifeli Zin , Kem Perdana Sg Besi dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain. Majlis anugerah ini juga turut dilaksanakan di peringkat Formasi dan Pangkalan seluruh Malaysia secara _yang dibahagikan mengikut beberapa zon.

Oktober 2022

26 Oktober 2022 Berita | Korporat
TH Bantu Lebih 30,000 Penuntut IPTA Seluruh Negara

BATU PAHAT, 26 OKTOBER 2022-Lembaga Tabung Haji ( TH ) hari ini menyalurkan sumbangan RM600 ribu kepada setiap 20 Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) terpilih seluruh negara melalui Program Iqra’ TH IPTA 2022. Dana ini akan diagihkan kepada lebih 30,000 penuntut IPTA dalam kalangan keluarga asnaf atau kurang berkemampuan terutamanya masyarakat pedalaman, luar bandar dan miskin bandar.