Balai Berita

2022

Jun 2022

4 Jun 2022 Berita | Haji
Pelepasan Jemaah Haji KT01 Oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

SEPANG, 4 JUN 2022 : Lembaga Tabung Haji pada hari ini, seramai 295 orang jemaah haji Malaysia musim 1443H/2022M telah berlepas ke Tanah Suci. Penerbangan pertama ini telah berlepas pada jam 1:35 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menerusi penerbangan Saudi Airlines dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 4:55 petang waktu Arab Saudi.

Mei 2022

24 Mei 2022 Berita | Haji
PERJANJIAN PENERBANGAN CARTER DI ANTARA TH DAN AMAL MALAYSIA AIRLINES (AMAL)

KELANA JAYA, 24 MEI 2022 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, telah memeterai perjanjian penerbangan carter haji bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB) selama (3) tiga tahun untuk menyediakan operasi penerbangan carter haji bagi jemaah dari Malaysia.

21 Mei 2022 Berita | Haji
TH Anjur Kursus Perdana Haji Secara Berperingkat Di Seluruh Negara

SHAH ALAM, 21 MEI 2022: Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Perdana Haji Musim 1442H/2022M secara berperingkat di seluruh negara bermula 15 Mei sehingga 29 Mei 2022.

15 Mei 2022 Berita | Haji
Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2022 - Lembaga Tabung Haji telah mengadakan Kursus Perdana Haji bagi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari ini yang bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Haji.

April 2022

21 April 2022 Berita | Korporat
Serahan Bantuan Ehsan Ramadan TH Sempena Majlis Iftar Perdana UMS

KOTA KINABALU, 21 April 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyerahkan Cek Cura Bantuan Ehsan Ramadan TH berjumlah RM45,000 kepada Pengarah Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ustaz Md Razali Saibin bersempena Majlis Iftar Perdana UMS di Masjid UMS pada hari ini.

20 April 2022 Berita | Korporat
YAB PM Lancar Pelan Transformasi TH - HIJRAH24

KUALA LUMPUR, 20 April 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan Pelan Transformasi Strategik HIJRAH24 yang bertujuan memastikan institusi pengurusan haji negara terus kekal berdaya saing dan bersedia untuk masa depan demi kesejahteraan pendeposit, jemaah haji dan umat Islam umumnya.

Mac 2022

22 Mac 2022 Berita | Korporat
TH, Dana Kita Lancar Program Sinar Baru Cipta Usahawan Jahitan

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) dan Pertubuhan Dana Kita, sebuah badan bukan kerajaan, telah melancarkan Program Sinar Baru yang bertujuan untuk membantu golongan asnaf yang berminat untuk menjadi usahawan dalam bidang jahitan.

14 Mac 2022 Berita | Korporat
TH Kerjasama Dengan UTP Bina e-Learning Haji

Kuala Lumpur, 14 Mac 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) untuk membangunkan sistem e-Learning Haji.

Februari 2022

24 Februari 2022 Berita | Korporat
TH Umum Agihan Keuntungan Selepas Zakat Kompetitif Tahun 2021

KUALA LUMPUR, 24 Feb 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus (selepas zakat) yang akan memberi manfaat kepada lebih 8.4 juta pendepositnya bagi tahun 2021 melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.46 bilion. Jumlah keuntungan yang diagih bagi tahun 2021 adalah RM219 juta lebih tinggi berbanding RM2.24 bilion yang telah diagih bagi tahun kewangan 2020.