Balai Berita

2024

Januari 2024

Januari 07

7 Januari 2024 Kenyataan Akhbar | Korporat
Musabaqah Cilik TaHa Peringkat Kebangsaan 2023

KUALA LUMPUR, 7 JANUARI 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menganjurkan Musabaqah Cilik TaHa Peringkat Kebangsaan baru-baru ini bertempat di Dewan Besar TH, Menara TH Jalan Tun Razak dan telah disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi TH.

2023

Disember 2023

Disember 20

20 Disember 2023 Kenyataan Akhbar | Korporat
Tan Sri Abdul Rashid Hussain Dilantik Sebagai Pengerusi Baharu TH

KUALA LUMPUR, 20 DISEMBER 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengalualukan pelantikan Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pengerusi baharu, berkuatkuasa pada 20 Disember 2023.

Disember 07

7 Disember 2023 Kenyataan Akhbar | Haji
25 Syarikat Menerima Lesen Pengelola Jemaah Haji Daripada TH

KUALA LUMPUR, 7 DISEMBER 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 25 syarikat pelancongan tempatan, termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk Musim Haji 1445H/2024M.


November 2023

November 22

22 November 2023 Kenyataan Akhbar | Korporat
Tabung Azam Ke Baitullah (TABAH) Raih Sambutan Warga PDRM

KUALA LUMPUR, 22 NOVEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bekerjasama bagi menggalakkan semua warga PDRM beragama Islam untuk membuka akaun TH dan membuat caruman menerusi potongan gaji bulanan ke dalam akaun TH serta mendaftar untuk mengerjakan Haji.

November 12

12 November 2023 Kenyataan Akhbar | Haji
Ramai Sudah Mula Faham, Hayati Istito'ah Ibadat Haji

KUALA LUMPUR, 12 NOVEMBER 2023: Peningkatan mendadak jemaah haji yang menolak bantuan kewangan haji pada tahun 2023 mencerminkan ramai yang sudah mula memahami dan menghayati konsep istito’ah bagi mengerjakan rukun Islam ke-lima. Ibadat haji merupakan rukun Islam yang hanya diwajibkan kepada mereka yang mampu dari segi kesihatan, kewangan, keselamatan dan mempunyai kebenaran untuk menunaikannya.

November 10

10 November 2023 Kenyataan Akhbar | Simpanan
TH Raih Pengiktirafan Terbaik Anugerah Inovasi Sektor Awam 2023

KUALA LUMPUR, 10 NOVEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) telah diiktiraf sebagai Penerima Terbaik Trek Sosial Anugerah Inovasi Sektor Awam bagi projek yang berimpak tinggi untuk inisiatif perkhidmatan digital THiJARI.

November 02

2 November 2023 Kenyataan Akhbar | Haji
Jumlah Jemaah Haji Tolak Bantuan Kewangan Haji Meningkat

KUALA LUMPUR, 2 NOVEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini meraikan sebahagian daripada jemaah haji musim 1443H dan 1444H yang telah menolak Bantuan Kewangan Haji dalam usaha mendapatkan haji mabrur dan juga selari dengan syarat istito’ah bagi rukun Islam ke-lima.

Oktober 2023

Oktober 25

25 Oktober 2023 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Lancar Aplikasi E-Bimbingan Di Majlis Penutup Muzakarah

SEPANG, 25 OKTOBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini meneruskan usaha digitalisasinya dengan melancarkan aplikasi e-bimbingan Haji bagi memudahkan urusan pembelajaran bakal jemaah haji termasuklah petugas haji serta Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA).

Oktober 21

21 Oktober 2023 Kenyataan Akhbar | Korporat
Waspada Taktik Baharu 'Scammer'

KUALA LUMPUR, 21 OKTOBER 2023 : Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan para pendeposit dan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tipu helah yang dilakukan oleh ‘scammer’.

Oktober 05

5 Oktober 2023 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Sumbang Setengah Juta Kepada Universiti Malaysia Sabah

KOTA KINABALU, 5 OKTOBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyalurkan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Program Iqra IPTA 2023 bagi membantu meringankan beban kewangan dan memudahkan urusan mahasiswa berstatus B40 atau asnaf.