Balai Berita

2021

Mac 2021

Mac 03

3 Mac 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
TH Sasar Agihan Keuntungan Lebih Stabil Di Masa Hadapan

KUALA LUMPUR, 3 Mac 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) mensasarkan agihan keuntungan yang lebih stabil pada masa hadapan selaras dengan matlamat penubuhannya untuk mengurus wang umat Islam bagi mengerjakan ibadah haji.

Mac 02

2 Mac 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
TH Agih Untung Lebih Baik Untuk 2020

KUALA LUMPUR, 2 Mac 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan yang lebih baik sebanyak 3.10% selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding 3.05% pada tahun 2019, kepada kira-kira sembilan (9) juta pendepositnya.

Februari 2021

Februari 03

3 Februari 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Urusan Perbankan TH Lebih Mudah Dengan JomPAY

KUALA LUMPUR, 3 Februari 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana dalam talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak touchpoints untuk kemudahan para pendepositnya.

Januari 2021

Januari 20

20 Januari 2021 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Peluang Menang Hadiah Setengah Juta Ringgit

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan kempen Simpan, Daftar Dan Menang berikutan sambutan yang menggalakkan pada tahun 2020 dengan tawaran hadiah bernilai RM400,000 berbanding RM300,000 tahun sebelumnya. Turut diperkenalkan kempen Simpan, Daftar Dan Menang Kelab TaHa yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Januari 11

11 Januari 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Lantik Pengarah Eksekutif (Pelaburan) Baharu

KUALA LUMPUR, 11 Januari 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini sukacita mengumumkan pelantikan Encik Mohamad Damshal Awang Damit sebagai Pengarah Eksekutif (Pelaburan) baharu berkuatkuasa 11 Januari 2021.

Januari 05

5 Januari 2021 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Lantik Ketua Pegawai Risiko Dan Ketua Pegawai Audit Baharu

KUALA LUMPUR, 5 Januari 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan dua (2) lantikan baharu pengurusan kanannya iaitu Ketua Pegawai Risiko & Pematuhan dan Ketua Pegawai Audit & Integriti.

2020

Disember 2020

Disember 29

29 Disember 2020 Kenyataan Akhbar | Korporat
Usah Tular Yang Belum Pasti Tentang Haji

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan mana-mana maklumat berkaitan pelaksanaan ibadat haji 2021M/1442H yang telah tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Disember 28

28 Disember 2020 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Menang Anugerah Pilihan Graduan Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini telah menerima pengiktirafan pemenang Tempat Kedua - institusi pilihan graduan Malaysia di bawah kategori sektor badan-badan berkanun.

Disember 24

24 Disember 2020 Kenyataan Akhbar | Korporat
Ketua Pegawai Modal Insan TH Menang Anugerah ‘Women In HR Leadership’

KUALA LUMPUR, 24 Disember 2020 – Ketua Pegawai Modal Insan Lembaga Tabung Haji (TH), Rina Sarif baru-baru ini telah menerima anugerah Women in HR Leadership Awards sempena majlis Malaysia Leadership Awards anjuran World HRD Congress ke-28 edisi 2020-2021 yang berlangsung secara dalam talian dan dipancarkan ke seluruh dunia.

Disember 23

23 Disember 2020 Kenyataan Akhbar | Haji
Ralat Tajuk Laporan Akhbar Sinar Harian

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2020 – Merujuk laporan akhbar bertajuk ‘Bakal Jemaah Kena Tanggung Sendiri Kenaikan Kos Haji' yang disiarkan Sinar Harian pada hari ini, 23 Disember 2020, terdapat kesilapan yang memetik kenyataan YB Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.