Balai Berita

2020

Disember 2020

Disember 22

22 Disember 2020 Kenyataan Akhbar | Haji
Kini Rayuan Haji Lebih Mudah Melalui Aplikasi THiJARI

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2020 - Para pendeposit TH yang ingin membuat rayuan haji kini boleh menggunakan aplikasi THiJARI. Rayuan haji untuk tahun 1442H/2021M dibuka bermula hari ini 22 Disember 2020 sehingga 13 Februari 2021.

Disember 21

21 Disember 2020 Kenyataan Akhbar | Pelaburan
Tabung Haji Melabur Dalam Hartanah Di Petaling Jaya

PETALING JAYA, 21 Disember 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menandatangani tawaran pembelian sebuah menara pejabat daripada Bukit Damansara Development Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh Johor Corporation (JCorp) dengan harga RM147 juta. Menara VSQ 1 ialah menara pejabat 20 tingkat yang terletak di Petaling Jaya, Selangor dan berfungsi sebagai ibu pejabat QSR Brands, yang mengendalikan rangkaian restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut di Malaysia.

Disember 17

17 Disember 2020 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Deposit Wang Simpanan Ke Akaun Tabung Haji Melalui Pos Online

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan bahawa kerjasama dengan Pos Malaysia telah dinaik taraf dengan pengenalan perkhidmatan deposit wang ke akaun TH secara dalam talian (online) melalui Pos Online di www.posonline.com.my.

Disember 15

15 Disember 2020 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Tabung Haji Gesa Pendeposit Kemas Kini Maklumat Peribadi

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menasihati para pendeposit supaya mengemas kini maklumat peribadi masing-masing sekiranya terdapat sebarang perubahan pada alamat, nombor telefon dan penamaan waris.

Oktober 2020

Oktober 05

5 Oktober 2020 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Lancar Aplikasi THiJARI

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2020 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan aplikasi telefon pintar THiJARI dalam usaha memudahkan capaian para pendeposit TH kepada sistem perkhidmatan dalam talian THiJARI, selari dengan kehendak dan kepesatan teknologi semasa.

September 2020

September 21

21 September 2020 Kenyataan Akhbar | Korporat
Mövenpick Hotel Menang Dua Anugerah

KUALA LUMPUR, 21 September 2020 – Mövenpick Hotel & Convention Center (MHCC) KLIA, sebuah hotel milik Lembaga Tabung Haji (TH), telah menerima dua pengiktirafan sebagai hartanah mesra alam dan juga penginapan mesra muslim.

September 04

4 September 2020 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Saran Pendeposit Pastikan Akaun Kekal Aktif

Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan kepada para pendeposit TH yang tidak melakukan sebarang transaksi di TH melebihi tujuh (7) tahun berturut-turut mulai tahun 2013 untuk berbuat demikian bagi mengelakkan akaun mereka dikategorikan sebagai tidak aktif atau berstatus dorman.

Ogos 2020

Ogos 28

28 Ogos 2020 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Bayar Zakat Sebanyak RM7.08 Juta Kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM7,082,402.81 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam satu majlis di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Ogos 26

26 Ogos 2020 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Bayar Zakat Sebanyak RM3.45 Juta Kepada Zakat Pulau Pinang

PULAU PINANG, 26 Ogos 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM 3,447,686.44 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Zakat Pulau Pinang dalam satu majlis ringkas di Seri Mutiara, kediaman Rasmi Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Ogos 25

25 Ogos 2020 Kenyataan Akhbar | Isu-Isu Semasa
Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan TH 2018 Dibentangkan Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2020 - Lembaga Tabung Haji (TH) telah membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan TH bagi Tahun 2018 (Telah Diaudit) di Parlimen pada 25 Ogos 2020.