Balai Berita

2013

Februari 2013

Februari 02

2 Februari 2013 Kenyataan Akhbar | Korporat
Lembaga Tabung Haji Anjur Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29

KUANTAN, Sabtu, 2 Februari 2013: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menganjurkan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali Ke-29. Muzakarah yang berlangsung selama empat (4) hari bermula dari 1 Februari hingga 4 Februari 2013 di Hotel Hyatt Regency, Kuantan Pahang, telah dirasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

2012

Disember 2012

Disember 13

13 Disember 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji 1433H

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2012: Tabung Haji (TH) mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Tamatnya Operasi Haji Musim 1433 Hijrah sebagai tanda kesyukuran atas hasil kejayaan TH dan rakan-rakan strategiknya dalam menguruskan operasi haji pada tahun ini. Majlis ini juga adalah untuk merakamkan tanda penghargaan TH kepada pihak-pihak yang telah bersama-sama menjayakan operasi haji di Tanah Air dan Tanah Suci.

Disember 12

12 Disember 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Anggota TH Sumbang RM20,500 Untuk Tabung Tangisan Gaza

KUALA LUMPUR, Rabu, 12 Disember 2012: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan kutipan sumbangan kepada Tabung Tangisan Gaza, berjumlah RM20,500.00 kepada wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM), di ibu pejabatnya di Jalan Tun Razak, malam tadi.

November 2012

November 29

29 November 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Majlis Sambutan Penerbangan Balik Terakhir Bagi Musim Haji 1433H

SEPANG, 29 November 2012: Penerbangan terakhir KT106 yang membawa pulang jemaah haji ke tanah air menerusi pesawat MH8291 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira *jam 1.45 petang ini dengan membawa seramai 351 jemaah. Ketibaan jemaah yang keluar dari balai ketibaan disambut oleh ahli keluarga dan saudara-mara masing-masing yang sudah berada di KLIA sejak awal lagi.

November 08

8 November 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Program Bantuan Pendidikan Tabung Haji 2012 Peringkat Negeri Perak

IPOH, Khamis, 8 November 2012: Lembaga Tabung Haji (TH), selaras dengan komitmennya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat khususnya komuniti Islam yang lestari, hari ini mengagihkan bantuan pendidikan kepada 200 orang pelajar daripada 10 buah sekolah rendah dan menengah di sekitar Daerah Kinta Utara dan Selatan.

November 07

7 November 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Program Bantuan Pendidikan Tabung Haji 2012 Peringkat Negeri Sabah

KOTA KINABALU, Rabu, 7 November 2012: Lembaga Tabung Haji (TH), selaras dengan komitmennya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat khususnya komuniti Islam yang lestari, hari ini mengagihkan bantuan pendidikan kepada 100 orang pelajar daripada lima buah sekolah rendah dan lima buah sekolah menengah di sekitar Daerah Papar dan Tuaran.

November 07

7 November 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Program Bantuan Pendidikan Tabung Haji 2012 Peringkat Negeri Kelantan

KOTA BHARU, Rabu, 7 November 2012: Lembaga Tabung Haji (TH), selaras dengan komitmennya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat khususnya komuniti Islam yang lestari, hari ini mengagihkan bantuan pendidikan kepada 200 orang pelajar daripada 20 buah sekolah rendah dan menengah terpilih di sekitar daerah Kota Bharu.

November 06

6 November 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Program Bantuan Pendidikan Tabung Haji 2012 Peringkat Negeri Pulau Pinang

BAYAN LEPAS, Selasa, 6 November 2012: Lembaga Tabung Haji (TH), selaras dengan komitmennya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat khususnya komuniti Islam yang lestari, hari ini mengagihkan bantuan pendidikan kepada 200 orang pelajar daripada beberapa buah sekolah rendah dan menengah terpilih di sekitar negeri Pulau Pinang.

November 05

5 November 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Program Bantuan Pendidikan Tabung Haji 2012 Peringkat Negeri Selangor

SUNGAI BESAR, Isnin, 5 November 2012: Lembaga Tabung Haji (TH), selaras dengan komitmennya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat khususnya komuniti Islam yang lestari, hari ini mengagihkan bantuan pendidikan kepada 200 orang pelajar daripada empat buah sekolah menengah terpilih di sekitar daerah Sabak Bernam.

November 04

4 November 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Program Bantuan Pendidikan Tabung Haji 2012 Peringkat Negeri Terengganu

DUNGUN, Ahad, 4 November 2012: Lembaga Tabung Haji (TH), selaras dengan komitmennya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat khususnya komuniti Islam yang lestari, hari ini mengagihkan bantuan pendidikan kepada 200 orang pelajar daripada beberapa buah sekolah di sekitar daerah Dungun.