Balai Berita

2012

Ogos 2012

Ogos 03

3 Ogos 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Majlis Ihya Ramadhan Peringkat Negeri Pulau Pinang

BAYAN LEPAS, Jumaat, 3 Ogos 2012: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan majlis berbuka puasa sempena penyerahan surau kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan sumbangan zakat sempena Aidilfitri kepada golongan asnaf yang diadakan di TaHa D’ Mutiara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Ogos 02

2 Ogos 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Majlis Ihya Ramadhan Peringkat Melaka

MELAKA, Khamis, 2 Ogos 2012: Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan majlis penyampaian sumbangan zakat sempena Aidilfitri kepada seramai 150 orang golongan asnaf yang diadakan di Auditorium Masjid Al-Azim, hari ini.

Julai 2012

Julai 14

14 Julai 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Majlis Anugerah Cemerlang Kelab TaHa

PETALING JAYA, Sabtu, 14 Julai 2012: Lembaga Tabung Haji (LTH) organisasi Islam yang unggul di Malaysia, meraikan kejayaan 100 ahli Kelab TaHanya yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 2011, di TAHA D’KELANA , Kelana Jaya hari ini.

Jun 2012

Jun 20

20 Jun 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Tabung Haji Terima Dua Pensijilan ISO

KUALA LUMPUR, Rabu, 20 Jun 2012: Lembaga Tabung Haji (TH), organisasi Islam yang unggul di Malaysia, dengan visi untuk menjadi tunggak kejayaan ekonomi ummah, pengurusan haji terbilang, hari ini menerima dua pensijilan ISO – ISO/IEC 207001:2005 Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) dan MS ISO 9001:2008 Pengurusan Perkhidmatan dan Operasi Haji di Malaysia dan Arab Saudi daripada dua badan pensijilan ternama antarabangsa dan tempatan dalam satu majlis penyampaian sijil yang di Ibu Pejabat Tabung Haji.

Mei 2012

Mei 10

10 Mei 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Majlis Pelancaran Skim Biasiswa Tabung Haji

Kuala Lumpur, Khamis, 10 Mei 2012, Lembaga Tabung Haji menawarkan biasiswa kepada 15 orang Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kalangan anakanak anggota bagi membiayai pengajian di dalam atau luar negara.

Mac 2012

Mac 26

26 Mac 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Penamaan Waris Penting Bagi Pendeposit Tabung Haji

KUALA LUMPUR – 26 Mac 2012, Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan seramai 3 juta daripada lebih 7 juta pendepositnya tidak mempunyai penamaan waris yang boleh mendatangkan kesukaran ahli keluarga untuk membuat tuntutan wang pusaka sekiranya pendeposit tersebut meninggal dunia.

Februari 2012

Februari 18

18 Februari 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Bicara Haji

Kuala Lumpur Sabtu, 18 Februari 2012, Mohd Amin bin Ahamad Sayuti dari Pulau Indah, Selangor dan Zulkarnain bin Safiei dari Bentong Pahang diumumkan sebagai pemenang utama Kuiz Bicara Haji anjuran Tabung Haji dan Utusan Malaysia bersempena Musim Haji 1432 hijrah/2011 yang lalu. Kedua-dua pemenang menerima hadiah pakej menunaikan umrah tajaan TH Travel & Services Sdn. Bhd yang bernilai RM12,000.

Januari 2012

Januari 18

18 Januari 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Bicara Haji

Kuala Lumpur Sabtu, 18 Februari 2012, Mohd Amin bin Ahamad Sayuti dari Pulau Indah, Selangor dan Zulkarnain bin Safiei dari Bentong Pahang diumumkan sebagai pemenang utama Kuiz Bicara Haji anjuran Tabung Haji dan Utusan Malaysia bersempena Musim Haji 1432 hijrah/2011 yang lalu. Kedua-dua pemenang menerima hadiah pakej menunaikan umrah tajaan TH Travel & Services Sdn. Bhd yang bernilai RM12,000.