Balai Berita

2022

Mei 2022

Mei 07

7 Mei 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
Semua Cawangan TH Seluruh Negara Dibuka Ahad Ini

KUALA LUMPUR, 7 MEI 2022: Semua 123 cawangan Lembaga Tabung Haji (TH) di seluruh negara akan beroperasi pada hari Ahad, 8 Mei 2022, bagi membolehkan bakal haji yang terpilih pada Musim Haji 1443H/2022M untuk menghantar surat terima tawaran haji, buku rekod rawatan setelah pemeriksaan kesihatan dibuat dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran.

Mei 05

5 Mei 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
Bayaran Dam Dan Qurban Melalui THiJARI

KUALA LUMPUR, 5 MEI 2022: Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan perkhidmatan bayaran Dam dan Qurban melalui aplikasi THiJARI untuk para bakal jemaah haji yang akan melaksanakan Rukun Islam ke lima pada musim haji tahun 1443H/2022.

April 2022

April 25

25 April 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
Bakal Haji Dinasihat Segera Jawab Surat Tawaran

KUALA LUMPUR, 25 April 2022- Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan surat tawaran tunai haji kepada 14,306 bakal jemaah bagi musim haji 1443H/2022M mulai hari ini, Isnin, 25 April 2022.

April 22

22 April 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Umum Bayaran Haji Bersasar

KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji untuk tahun ini (1443H/2022M) dan memperkenalkan pendekatan secara bersasar bagi memastikan manfaat bantuan tersebut dapat dirasai sepenuhnya oleh golongan yang paling memerlukan. Bantuan Kewangan Haji ini juga adalah selari dengan usaha TH untuk memastikan kebajikan jemaah Haji Malaysia kekal terjamin.

April 21

21 April 2022 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Sambut Baik Pengumuman Kuota Haji Jemaah Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik pengumuman Kerajaan Arab Saudi yang memberikan kuota sebanyak 14,306 kepada Jemaah Haji Malaysia bagi menunaikan ibadat haji pada tahun 1443H/2022M.

April 20

20 April 2022 Kenyataan Akhbar | Korporat
YAB PM Lancar Pelan Transformasi TH - HIJRAH24

KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan Pelan Transformasi Strategik HIJRAH24 yang bertujuan memastikan institusi pengurusan haji negara terus kekal berdaya saing dan bersedia untuk masa depan demi kesejahteraan pendeposit, jemaah haji dan umat Islam umumnya.

April 18

18 April 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
Rayuan Haji Dibuka Bermula 19 April 2022

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2022- Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuka
permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1443H/2022 bermula 19 April 2022 sehingga 18 Mei 2022.

April 12

12 April 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
Pendeposit Dinasihatkan Tidak Dedah Maklumat Peribadi Akaun TH Kepada Pihak Yang Tidak Dikenali

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati semua pendeposit agar tidak mudah percaya dengan pihak yang tidak dikenali sekiranya menerima panggilan telefon berhubung dengan transaksi pemindahan wang bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

April 07

7 April 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
Kos Haji 2022 Mencecah Lebih RM25,000

KUALA LUMPUR, 7 APRIL 2022: Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji pada tahun ini (1443H/2022M) akan meningkat kepada lebih RM25,000 untuk seorang jemaah haji Muassasah susulan peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan Kerajaan Arab Saudi.

Mac 2022

Mac 31

31 Mac 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
Awas Tawaran Pakej Haji 2022

KUALA LUMPUR , 31 Mac 2022: Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati orang ramai terutamanya umat Islam di Malaysia untuk lebih berhati hati dengan tawaran pakej Haji bagi tujuan menunaikan ibadat Haji untuk tahun 2022.