Balai Berita

2024

Mei 2024

Mei 14

14 Mei 2024 Kenyataan Akhbar | Haji
Waspada Visa Tidak Sah Untuk Tunai Haji

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2024 – Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan umat Islam Malaysia supaya lebih berwaspada dengan sebarang tawaran pakej haji oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan visa yang tidak sah.

Mei 14

14 Mei 2024 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Dan Malaysia Airports Bekerjasama Pastikan Keselamatan Jemaah Haji Di KLIA

SEPANG, 8 MEI 2024 – Bagi memastikan bakal jemaah haji bersedia dengansebarang kemungkinan situasi kecemasan dan insiden luar jangka, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah melakukan simulasi latihan pengungsian bangunan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini.

Mei 14

14 Mei 2024 Kenyataan Akhbar | Haji
Jemaah Terkandas Perlu Buat Laporan Segera

Kuala Lumpur, 12 Mei 2024. Lembaga Tabung Haji (TH) merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato' Setia Mohd Na'im Hj Mokhtar berkenaan 300 bakal haji yang terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej haji visa pelancong.

Mei 14


Mei 07

7 Mei 2024 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Perkhidmatan Bayaran Dam dan Qurban Melalui THiJARI

KUALA LUMPUR, 7 MEI 2024 – Bagi memudahkan bakal-bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab, Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran Dam dan Qurban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

April 2024

April 22

22 April 2024 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Cawangan Baharu TH Kulai Untuk Perkhidmatan Komprehensif Kepada Penduduk Setempat

KULAI, 22 APRIL 2024: Selaras dengan matlamat menyediakan perkhidmatan yang lengkap kepada pendeposit di daerah Kulai, Pejabat Cawangan Tabung Haji (TH) telah berpindah ke premis baharu di Bandar Putra, Kulai, Johor.

April 02

2 April 2024 Kenyataan Akhbar | Simpanan
TH Umum Agihan Keuntungan Mampan 3.10% Dan Pelunasan Zakat Sebanyak 2.57% Bagi Pihak Pendeposit

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2024. Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Agihan Keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 yang mampan pada kadar 3.10 peratus setelah mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.57 peratus.

Mac 2024

Mac 09

9 Mac 2024 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Terima Permohonan Maaf Pengadu, Dakwaan Kehilangan Wang Selesai

KUALA LUMPUR, 9 MAC 2024 – Berikutan dakwaan kehilangan wang yang telah memberi kesan kepada imej dan reputasi, Lembaga Tabung Haji (TH) telah memberikan penerangan terperinci kepada pengadu berdasarkan bukti-bukti yang jelas.

Mac 06

6 Mac 2024 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Ambil Langkah Proaktif Bendung Penipuan Scammer

KUALA LUMPUR, 6 MAC 2024 – Merujuk kepada kes pengeluaran tidak sah yang dilaporkan di media baru ini, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mendapati bahawa pendeposit terlibat merupakan mangsa penipuan scammer dimana sejumlah RM12,000 telah dipindahkan melalui 5 transaksi dalam masa 4 hari.

Februari 2024

Februari 22

22 Februari 2024 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Sumbang RM1 Juta Bantu Asnaf Bermasalah Pendengaran

KAJANG, 22 FEBRUARI 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang RM1 juta bagi Program ‘Pusat Audiometrik Bergerak (Mobile Hearing)’ yang pertama kali diadakan dengan kerjasama Yayasan Pelangi Malaysia (YAPEL) untuk membantu para asnaf yang mempunyai masalah pendengaran.