Balai Berita

2013

Julai 2013

Julai 06

6 Julai 2013 Kenyataan Akhbar | Korporat
Lembaga Tabung Haji Serah Proton Preve

Kuala Lumpur, 6 Julai 2013 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan hadiah berupa kereta Proton Preve kepada Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-56 yang telah berlangsung pada 10 hingga 14 Jun 2013 di Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Julai 01

1 Julai 2013 Kenyataan Akhbar | Korporat
YB Datuk Haji Abdul Azeez Abdul Rahim Dilantik Sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2013 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari mengumumkan pelantikan YB Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim sebagai Pengerusi TH berkuatkuasa 1 Julai 2013, menggantikan YBhg Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor yang telah berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.

Jun 2013

Jun 27

27 Jun 2013 Kenyataan Akhbar | Korporat
Lembaga Tabung Haji Dan Harian Metro Anjur Pertandingan Fotografi "Kenangan Abadi Tanah Suci"

KUALA LUMPUR, Khamis, 27 Jun 2013: Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama akhbar Harian Metro hari ini menganjurkan pertandingan fotografi bertemakan „Kenangan Abadi Tanah Suci‟. Majlis penyerahan tajaan pertandingan tersebut disempurnakan oleh YBhg. Dato‟ Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada YBhg. Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan Harian Metro, di Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Mei 2013

Mei 18

18 Mei 2013 Kenyataan Akhbar | Korporat
Lembaga Tabung Haji Anjur Program Khidmat Komuniti "50 Jam SL1M-TH bersama PAYASUM"

Melaka,18 Mei 2013 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan Program Khidmat Komuniti “50 Jam SL1M-TH Bersama PAYASUM”. Program yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 17 Mei hingga 19 Mei 2013 bertempat di Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim Miskin, Sungai Udang, Melaka (PAYASUM) ini, telah dirasmikan oleh YAB Datuk Wira Ir. Haji Idris b. Haji Harun, Ketua Menteri Melaka dan turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH.

Mei 10

10 Mei 2013 Kenyataan Akhbar | Korporat
Tabung Haji Serah Zakat Perniagaan TH 2012 Berjumlah RM10.9Juta Kepada Lembaga Zakat Selangor

Shah Alam, 10 Mei 2013 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM10,907,614. 88.

April 2013

April 19

19 April 2013 Kenyataan Akhbar |
Tabung Haji Serah Zakat Perniagaan TH 2012 Kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor

Johor Bahru, 19 April 2013 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor berjumlah RM3,700,181.43.

April 17

17 April 2013 Kenyataan Akhbar | Korporat
Tabung Haji Serah Zakat Perniagaan TH 2012 Kepada Zakat Pulau Pinang (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang)

Pulau Pinang,17 April 2013 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya kepada Zakat Pulau Pinang (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang) berjumlah RM1,684,247.35.

April 12

12 April 2013 Kenyataan Akhbar | Korporat
Tabung Haji Serah Zakat Perniagaan TH 2012 Kepada Pusat Zakat Melaka

Ayer Keroh, Melaka, 12 April 2013 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya kepada Pusat Zakat Melaka (PZM) berjumlah RM1,253, 005.19.

April 09

9 April 2013 Kenyataan Akhbar | Korporat
Tabung Haji Serah Zakat Perniagaan 2012 Berjumlah RM848,899.59 Kepada Pusat Zakat Sabah

Kota Kinabalu, Sabah 9 April 2013 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya kepada Pusat Zakat Sabah berjumlah RM848, 899.59.